Pray For MH370

Pray For MH370

KERAJAAN SELANGOR BANTU SEKOLAH TERBAKAR


Sebaran Media
2 Ogos 2010





Selangor Salur Bantuan Kepada Pusat Pengajian Hayatul Uloom



Kerajaan Negeri Selangor menyalurkan peruntukan sebanyak RM100,000.00 kepada Pusat Pengajian Hayatul Uloom bagi pembinaan semula asrama pusat pengajian yang musnah dalam kebakaran dan meragut nyawa seorang penuntut pada 25 Julai 2010 yang lalu.



Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor Dr Halimah Ali kepada Dr Sharil Hussin PhD atau dikenali sebagai Dr. Zubir merangkap Pengetua Pusat Pengajian Hayatul Uloom pada 30 Julai lalu.



Sumbangan ini akan disalurkan melalui Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat secara 'Direct Grant'. Segala pembinaan dan baik pulih yang akan dilakukan akan diuruskan oleh pihak Pejabat Daerah Hulu Langat.



Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan adalah Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat, Ahli Majlis Hulu Langat, En Mohd Sani Hamzah, Pengerusi dan pengurusan DUN Dusun, Pejabat Daerah Hulu Langat serta pengerusi dan AJK MAPPIS (Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor).



Halimah juga meluangkan masa melawat Pusat Pengajian yang terbakar sambil ditemani pengetua dan mendengar penjelasan punca terjadinya kebakaran tersebut.



“Kami amat sedih dengan kejadian ini dan berharap bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ini dapat membantu pengetua untuk meneruskan operasi Pusat Pengajian tersebut,” kata Halimah.

Comments :

0 comments to “KERAJAAN SELANGOR BANTU SEKOLAH TERBAKAR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com