Pray For MH370

Pray For MH370

Mahasiswa Malaysia mula berjiwa rakyat

Tahniah kepada mahasiswa yang mempunyai jati diri dan kesedaran untuk bangkit menebus maruah bangsa yang kian hari merudum dek nafsu jahat pemerintah elitis untuk kepentingan peribadi dan kroni.
Daya kekuatan sesebuah masyarakat tercermin daripada daya kekuatan golongan intelek muda untuk bersinergi dengan penggerak ummah untuk merubah keadaan sistem sosial yang membimbangkan dan akan memberi natijah parah jika tidak dihenti dan dirawat segera.
Betapa pentingnya kebangkitan anak muda menara gading bergabung tenaga bersatu hati berkongsi visi bagi mencetus gelombang kesedaran berskala besar di kalangan rakyat biasa yang majoriti masih diulit mimpi indah kerana didodoikan oleh kaca tv yang sarat memuatkan berita dan cerita khayalan.


Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat diteruskan
Hazayani Zakaria  (harakahdaily) 
KUALA LUMPUR, 4 Mei: Sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR) akan mengadakan Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat ke seluruh negeri di Malaysia untuk turun kepada masyarakat.
Ia sebagai rentetan daripada Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat dari KL Sentral ke Seremban pada 10 April lalu.
Dengan membawa mesej mahasiswa akan terus bersama dan merungkai segala permasalahan rakyat serta akan turut bersama menyelesaikan permasalahan yang melanda rakyat, mereka mensasarkan tiga negeri sebagai permulaan iaitu Pahang, Perak dan Sabah.
GMSR akan turun ke Pahang 10 Jun depan bagi meneliti dan turut membantu penduduk Gebeng, Kuantan yang sedang diancam bahaya akibat rancangan projek loji nadir bumi yang dikelolakan oleh Lynas Corporation.
Dari Pahang, GMSR yang terdiri daripada 20 ajk pelaksana akan ke Perak yang diketahui umum sedang berhadapan pencabulan demokrasi.
GMSR akan turun dengan membawa manifestasi pendedahan demi pendedahan terhadap pencabulan demokrasi di negeri yang dimenangi Paktan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu, kemudiannya dirampas oleh BN.
Seterusnya GMSR akan terbang ke Sabah bagi menemui masyarakat yang kini berhadapan dengan measalah pemilikan tanah akinat penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan negeri.
Bagaimanapun, bagi siri jelajah ke Sabah, tidak akan disertai oleh semua ahli jawatankuasa GMSR dari Semenanjung kerana akan dibantu oleh Gamis Borneo, sebuah gerakan mahasiswa di sana.
Bercakap pada sidang media di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya hari ini, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Abdul Razak berkata, GMSR sedang giat melakukan persiapan bagi tujuan siri jelajah itu seperti mengumpul dana dan memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab di kawasan yang akan dikunjungi mereka.
"Kami sedang dalam proses melakukan persiapan ke arah siri jelajah ini dan sedang berusaha memaklumkan kepada pihak terbabit mengenai kehadiran kami," katanya.
Menyentuh mengenai dana GMSR, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional(MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini pula berkata, mereka menggunakan dana hasil sumbangan mahasiswa sendiri, tanpa meminta bantuan daripada mana-mana pihak.
"Setakat ini kami gunakan dana daripada mahasiswa sendiri, dan tak bercadang untuk meminta bantuan daripada mana-mana pihak termasuk parti-parti politik. Kami mahu tunjukkan ketulenan perjuangan mahasiswa," tegasnya.
Ditanya mengenai kemungkinan halangan yang timbul akibat berlaku tangkapan pada siri jelajah pertama, jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamaruddin berkata, mereka telah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan menegaskan apa yang dilakukan itu tidak salah malah untuk menunjukkan peranan mahasiswa di kalangan masyarakat.
"Tangkapan itu perkara biasa, dan kami akan teruskan perjuangan kami untuk bersama masyarakat dan kami yakin kami tidak melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang, sama juga seperti NGO-NGO lain yang ingin membantu rakyat," katanya yang merupakan salah seorang yang ditangkap di KL Sentral.
GMSR merangkumi beberapa kumpulan mahasiswa antaranya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Pro Mahasiswa Nasional (Pro MN) dan Sister In Movement (SIM).

Comments :

0 comments to “Mahasiswa Malaysia mula berjiwa rakyat”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com