PELAJAR UNIVERSITI MESIR SILA AMBIL PERHATIAN
26.2.11
SHAH ALAM
Mesyuarat khas mengenai pelajar Selangor yang mahu dihantar balik untuk melanjutkan pelajaran di Mesir telah memutuskan kemungkinan operasi penghantaran akan bermula se awal 3.3.11 sekiranya keadaan di Mesir terus reda dan urusan tempahan penerbangan selesai.
Mesyuarat bersama EXCO Pendidikan Tinggi, SUK, JAIS, LZS, Tourism Selangor dan Air Asia serta wakil persatuan pelajar bersetuju akan menghantar pelajar perubatan dan pelajar yang perlu menduduki peperiksaan dalam masa terdekat akan diutamakan.
Untuk itu mereka harus mendaftarkan diri dalam program holistik tajaan kerajaan Selangor bagi mempastikan kebajikan mereka terpelihara dan tersenarai dalam pangkalan data BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM(BPI) JAIS untuk urusan selanjutnya.
Program terdekat ialah
28.2-1.3.11;
2-3.3.11;
Tempat:AMPANG PECAH ,KUALA KUBU BARU SELANGOR
Bas akan disediakan di Masjid negeri SHAH ALAM (bertolak 7.30pagi)
Wajib bawa PASSPORT ANTARABANGSA(untuk urusan penerbangan)
Sebarang pertanyaan sila hubungi CIK SYAZWANI 0193806478
Di BAHAGIAN PENDIDIKAN JAIS Read More “OPS EHSAN PELAJAR MESIR SELANGOR dijangka bermula awal MAC” »»