Pray For MH370

Pray For MH370

TADIKA KEMAS TAKUT TERIMA SKIM TUNAS

Dr Halimah: Bantuan Tunas diberi berperingkat-peringkat

 
 
 
KUALA LUMPUR, 21 Feb - Exco Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali berkata bantuan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) diberi secara berperingkat-peringkat, dan mengambil kira pendapatan dan keperluan rakyat.

Beliau yang merupakan ahli dewan undangan negeri Selat Klang menepis dakwaan Badan Bertindak Rakyat Selangor (BBRS) yang mengatakan kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) gagal menguruskan kewangan dengan baik dan gagal menunaikan janji manifesto pilihan raya 2008 untuk memberi RM50 sebulan kepada ibu bapa yang mempunyai anak pra sekolah.

“Dia kena tahu BN ni memerintah bila, PR ni bila pula memerintah. Kita buat kerja ni berfasa, kita ada pelan kita sendiri.

“Kita bukan seperti Umno dan Barisan Nasional yang terburu-buru buat kerja. Kita laksanakan apa yang kita mampu buat, dan kemudian kita akan buat secara berperingkat-peringkat,” kata Dr Halimah ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.
Pengerusi BBRS, Datuk Said Anuar Said Ahmad pagi ini berkata kerajaan negeri tidak membuat kiraan yang betul semasa membuat manifesto pada 2008 untuk memberi bantuan RM50 setiap bulan kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak pra sekolah.
“Ada 130,000 kanak-kanak pra-sekolah di negeri Selangor, 30,000 kanak-kanak belajar di tadika Kemas tapi kerajaan negeri hanya peruntukkan 5,000 sahaja.
“Dan bantuan tersebut cuma disalurkan kepada tadika PASTI sahaja,” kata Said Anuar dalam sidang media, semasa bersama-sama 100 ibu bapa yang berhimpun membantah kerajaan negeri di sini pagi tadi.
Dr Halimah berkata, program Tunas dilancarkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah, iaitu kelompok sasaran mereka yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,500.
“Kita mahu bantu orang miskin. Kita mahu memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Orang yang dah kemampuan, yang hantar tadika mahal-mahal, kenapa perlu bagi lagi. Kita tolonglah orang yang berpendapatan rendah,” kata Dr Halimah lagi.
Dr Halimah juga mengalu-alukan kerajaan Persekutuan yang diperintah Barisan Nasional (BN) untuk membantu kerajaan negeri, tetapi mengulangi kenyataannya bahawa meminta agar bantuan ke atas tadika-tadika yang menyertai Tunas tidak disekat.
Dr Halimah mendakwa apabila beliau selaku Exco Pendidikan negeri melawat sekolah-sekolah atau tadika, pihak guru-guru sering dipanggil oleh kementerian dan ini menyebabkan mereka takut untuk menerima skim bantuan kerajaan negeri itu.
“Saya selaku exco pendidikan, kita mengalu-alukan kerajaan Persekutuan untuk membantu rakyat di negeri Selangor. Tapi kalau tak sekat kenapa mereka halang kami exco dari nak melawat sekolah?
“Jadi mereka takut nak menyertai Skim Bantuan Tunas ni,” katanya lagi.
Beliau juga mencabar BBRS untuk mendesak Kementerian Pelajaran untuk tidak menghalang mana-mana tadika yang mengambil bantuan Tunas dan tidak diambil tindakan.
“Saya mengharapkan mereka mendesak kementerian pelajaran supaya tidak mempolitikkan pendidikan.
“Kita dalam rangka untuk merancang dan buat laporan apa yang kita tunaikan apa yang belum ditunaikan,” kata Dr Halimah lagi.

Comments :

0 comments to “TADIKA KEMAS TAKUT TERIMA SKIM TUNAS”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com