Pray For MH370

Pray For MH370

Tak Kecewa Sekadar Terkilan Setelah Tangan Yang Dihulurkan diTepis

 Peneroka: Mana janjimu Umno?


Mazlan Aliman    31 Mei 2013

Belum ada sebulan selesainya PRU 13, Macam-macam aduan saya terima khususnya dari warga Felda seluruh negara. Ada anak peneroka mengadu, rumah Generasi ke- 2 mereka terbengkalai. Duit dah keluar banyak.
Ada peneroka Palong 6 maklumkan sesi dialog dengan Pegawai Felda dari HQ KL semalam jadi kecoh bila dimaklumkan hutang tanam semula peneroka sudah mencecah RM 80-90 ribu. Ada juga yg merintih baki pendapatan bulanan dah tak sampai RM1,000. Hidup makin susah kata mereka.

Saya tetap simpati pada mereka. Meskipun apa yang di ajukan, telah pun di perjuang dan diperingatkan puluh tahun oleh saya dan rakan-rakan.

Antara tawaran Pakatan Rakyat dalam kempen PRU baru-baru ini ialah menyemak dan memberi subsidi atas hutang peneroka. Diterangkan secara sistematik bagaiamana hutang peneroka boleh dikurangkan. Namun, sesetengah peneroka begitu angkuh mengatakan; ' hutang tu kat pokok, bukannya nampak'. Hutang wajib bayar, berapa pun jumlahnya. Kita makan duit pencen je!, kata peneroka.

Logiknya, jika peneroka lebih yakin dengan BN, kenapa hari ini mereka marah dan mengamuk kepada Felda?
Bayar sajalah berapa pun hutang yg dikenakan!

Bila rumah Generasi ke-2 terbengkalai, panggil semua pemilik-pemilik tapak rumah. Tukar kontraktor. Macamana format rumah asal, sebahagiannya dah buat...



Duit untuk bersihkan tapak dah beberapa kali dibayar. Nak mengaku kena tipu, tidak juga. Tetap BN, demi ketuanan melayu kononnya....

Saya bukan nak pulangkan paku buah keras pada peneroka dan warga Felda akan apa yg mereka rasai selepas PRU 13. Gambaran telah diberikan jika BN terus berkuasa. Nasib FGVH, pekerja-pekerja Felda Plantation, penyelenggaraan kebun dan lain-lain. Hari ini telah jadi kenyataan.

Bila warga Felda mengadu, apa yg ANAK boleh bantu?
ANAK hanya badan NGO, apatah lagi apabila dasar-dasar Felda kekal dengan mandat semula BN; kena bersedia dengan padah yang mula dirasai.

Isa Samad, MP Jempol, Eshanudin MP Kota Tinggi, Azalina MP Pengerang, Halimah Sadique MP Tenggara, Anuar Manap MP Sekijang, Ismail Sabri MP Bera (sekadar beberapa nama). Ini kawasan Parlimen yg banyak Felda.

Warga Felda jumpa mereka, kerana mereka telah berjanji untuk sehidup semati dengan peneroka. Saya yakin dengan slogan janji ditepati, MP BN ini akan bermati matian menyelesaikan apa jua masalah rakyat dalam tempoh yang singkat.

Kalau Ahmad Maslan mula-mula jadi Timbalan Menteri boleh berlakon menoreh getah, tidur rumah peneroka dan tubuhkan Badan Bertindak Peneroka(BAPAK) untuk selesaikan masalah peneroka dalam tempoh 2 minggu; Tok Limah (nama glamour Dato' Halimah Sadique) tentu sedang berkobar-kobar nak tolong rakyat sebab dah jadi Timbalan Menteri. Tak cukup siang, tengah malam pun Tok Limah sedia berbakti....

Saya dan rakan-rakan ANAK tidak kecewa, malah sedang merencana gerakan seterusnya. Cuma terkilan, pakej menarik untuk warga felda ditolak. Ada seorang peneroka kata kat saya, calon BN ni aku tau; kaki judi dan joli sana sini. Akhlak pun teruk. Tapi demi Melayu, aku terpaksa undi dia. Kalau undi PAS, negeri aku nanti jatuh kat Cina!

Alahai bangsaku..
 http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19672-peneroka-mana-janjimu-umn
http://terengganutoday.com/berita-utama/rm2-juta-duit-raya-felda-pas-tadah-tin-kutip-derma

Comments :

3 comments to “Tak Kecewa Sekadar Terkilan Setelah Tangan Yang Dihulurkan diTepis”
zavckk said...
on 

PADAN MUKA PENEROKA2 FELDA YG TOTOK UMNGOK.SDR MAZLAN ALIMAN TAK YAH NAK PENING2 KEPALA NAK MENOLONG MANGKUK2 HAYUN NI.SDR TELAH berusaha seblum PRU 13 dulu.tapi depa BANGANG,SAMDOL BONGGOK .KALU KEPALA DAH KARAT BIRU,SUSAH NAK DINASIHATKAN.ALLAH S.W.T TELAH BERFIRMAN,TAKAN BERUBAH NASIB SATU2 KAUM KALU DEPA TAL BERUBAH SENDIRI.HAH KAU KENA TEPAT PD MANGKOK2 NI.INI MASANYE MEREKA BERPESTA UTK BAYAR HUTANG FELDA,KAHKAHKAH.MINTAK TOLONG DGN ISA SAMAD KE,AHMAD MASLAN KE,NAJIB KE KAN DEPA NI PENYELAMAT BANGSA ME-layu.PADAN MUKA KORANG

nshinah said...
on 

NON-MILITARY warfare......read here...

http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/08/foreign-agencies-orchestrate-events.html

Part of a global agenda, driven by the greed of the banking elites in the West (and pro-Zionist) and their longterm desire to control the world through local proxies.....

nshinah said...
on 

NON-MILITARY warfare......read here...

http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/08/foreign-agencies-orchestrate-events.html

Part of a global agenda, driven by the greed of the banking elites in the West (and pro-Zionist) and their longterm desire to control the world through local proxies.....

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com