ADA PILIHAN....we have got the freedom to choose
Kuasa ada
pada kita
Kita boleh
rancang apa yang mata kita lihat. Memang ada perkara yang kita ternampak dengan
tidak sengaja disebabkan kita kebetulan lalu di sesuatu tempat: apa orang
pakai, apa orang buat apa orang tampal atau iklan ,kita tidak ada kuasa untuk
tentukan. Namun, kita masih ada kuasa untuk tidak terus melihat perkara yang
menganggu kita dengan mengalih pandangan daripada perkara punca tersebut.
Kita juga
boleh merancang apa yang kita dengar. Logiknya memang ada suara atau bunyi yang
kita ‘terdengar’ kerana kita melalui kawasan yang wujudnya punca suara atu
bunyi tersebut. Contoh, kita berjalan di kawasan yang orang berkelahi atau
pasaraya yang memasang lagu cinta.
Kita juga
boleh pilih ke mana kaki kita jejaki. Ke pantai, ke pasaraya, ke sungai, ke
dewan orang ramai?
Kita juga boleh pilih apa yang tangan kita
lakukan. Apa yang kita pegang. Apa yang kita usap. Apa yang kita tolak. Apa
yang kita tarik.
Hakikatnya, kita
boleh pilih tempat yang kurang risiko untuk melihat perkara yang tidak baik
atau tidak senonoh.Kita boleh pilih dengar apa yang bagus untuk kita. Kita
boleh pilih ke mana kaki kita jejaki, yang akan menambah ilmu pengetahuan dan banyak
manfaat untuk kita dan keluarga kita.
Kita ada
pilihan untuk tidak memilih sesuatu. Contoh kalau kita tahu sesuatu lokasi
adalah wabak DENGGI atau ZIKA kita
mungkin elakkan ke tempat itu. Atau tempat penyamun dan perompak, kita boleh
pilih untuk tidak melawat di situ contoh:
Kawasan
tidak ada air
Kawasan tidak
ada makanan
Kawasan gempa
bumi
Kawasan di
isytihar tidak diterima oleh Donald Trump
Itulah kuasa
memilih kita. Orang berakal mempunyai kuasa memilih yang sangat
berharga dan menguntungkan diri,keluarga dan masyarakat umumnya.
Kita perlu
menyedari dan menghargai kuasa memilih yang ada pada kita.
Paling
penting, gunakan kuasa memilih pemimpin pada pilihanraya. Ia menentukan
arah tuju sesebuah negeri dan negara.....Cuba perhatikan apa terjadi kepada
Amerika Syarikat setelah Presiden Donald Trump dapat kuasa diberi majoriti oleh
rakyatnya.......
Siiru ‘ala
barakatillah
Comments :
Post a Comment