An internal investigations division should be set up to prevent any malpractice or abuse of power by commission officers in MACC. Who keeps watch on MACC to ensure there is no black sheep in the organisation or guards turning into poachers????
MACC needs in-house watchdog
The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) must have a mechanism to carry out checks and balances among its members, especially to ensure there are no black sheep in the commission.
Ramon Navaratnam (foto)
Its Corruption Consultation and Prevention Panel chairman Tan Sri Ramon Navaratnam told theSun that an internal investigations division should be set up to prevent any malpractice or abuse of power by commission officers.
“We don’t want the guards turning poachers,” Navaratnam said, referring to officers who might be susceptible to wrong practices.
He said although most officers of MACC uphold high standards of moral ethics and integrity, the fact that some officers might compromise their values can’t be ruled out.
“I don’t think the problem (of corrupt officers) is widespread,” said Navaratnam.
“But it could happen on an individual basis. That is why we must have a proper check and balance system.”
He said the MACC should establish an internal investigations division to probe its own members similar to the police, which has a criminal inspectorate division that sacks or suspends policemen who commit any offence.
He said such a measure will ensure the MACC projects a credible image to the public.
He told about 400 MACC officers at a meeting last week that it was important for the commssion to show a difference from the days of the Anti-Corruption Agency (ACA).
“The public expect MACC to perform and there is no significant evidence that the MACC is performing better than the ACA,” he said.
Recently, there were news reports in local dailies that an officer from MACC was under probe for malpractices and abuse of power.
The MACC subsequently denied the allegations.
Tim Leonard/sun2surf
SPRM / MACC PERLU BADAN PEMANTAUAN DALAMAN
SPRM TUTUP SATU KES SIASATAN VIDEO LINGAM

Panel lima anggota suruhanjaya mendapati klip video yang menunjukkan peguam Datuk V.K.Lingam sedang berbual di telefon dengan bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.
SPRM Tutup Satu Daripada Kertas Siasatan Video Lingam
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menutup satu daripada empat kertas siasatan yang dibuka berhubung kes klip video V.K.Lingam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata ini kerana tiada keterangan mencukupi untuk membuktikan pertuduhan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
"Lanjutan daripada cadangan-cadangan yang dibuat Suruhanjaya Diraja berkenaan pita rakaman V.K.Lingam, empat kertas siasatan dibuka oleh Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali sebagai SPRM).
"Tiga daripada kertas siasatan itu telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara," katanya dalam jawapan bertulis kepada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Karpal dalam soalannya ingin tahu mengapa tiada sebarang tindakan susulan diambil terhadap mana-mana individu berikutan cadangan yang dibuat Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video V.K Lingam.
Mohamed Nazri berkata tiada tindakan lanjut diambil dalam dua daripada kertas siasatan yang dirujuk itu memandangkan tiada keterangan yang menunjukkan bahawa terdapat sebarang kesalahan jenayah telah dilakukan.
Manakala satu lagi kertas siasatan belum lengkap kerana seorang saksi penting belum dapat dikesan, katanya.
Selain itu, beliau berkata tiada sesiapa dapat dikenalpasti melakukan kesalahan semasa pengendalian dokumen terperingkat dalam pertimbangan lantikan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.
Panel lima anggota suruhanjaya mendapati klip video yang menunjukkan peguam Datuk V.K.Lingam sedang berbual di telefon dengan bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.
Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu -- Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan seorang lagi bekas ketua hakim negara Tun Mohd Eusoff Chin -- kerana salah laku.
Suruhanjaya itu mendapati terdapat bukti mencukupi untuk menyiasat enam individu berkenaan bagi kesalahan itu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan serta Akta Profesion Undang-undang 1976.
-- BERNAMA
PERIHAL SPRM (BPR) DARI PENGALAMAN CHE GU BARD
Gendang perang yang dipalu kerajaan amat menarik dan ramai mula bernafas lega. Namun sejak gendang itu dipalu seolah tiada tindakan konkrit sehinggalah Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan.
Walaupun SPRM gagal menjawab dua persoalan penting yang menjadi punca utama kelemahan BRP iaitu
* masih tidak bebas semua lantikan dan kenaikan pangkat masih dibawah ketiak Perdana Menteri seharusnya diletakkan terus di bawah Parlimen Malaysia untuk menjamin kebebasan.
* masih terikat iaitu tidak punya kuasa pendakwaan. Maknanya kejadian siasatan keatas menteri boleh disiapkan namun tidak boleh didakwa kerana Peguam Negara mendapat arahan dari atas boleh berulang.
Namun ramai yang masih cuba melihat positif. Saya sendiri telah menjadi individu pertama menghantar laporan beserta bukti rasuah kepada SPRM pada hari pertama kewujudanya. Laporan ini menguji sejauh mana efisyensi SPRM yang menggunakan buget wang rakyat yang jauh lebih banyak dari BPR.
Namun setelah namun setelah masuk bulan ketiga langsung tiada khabar dari laporan yang mengandungi bukti dan kes rasuah yang amat mudah diselesaikan itu. Ada maklumat dalaman yang diperolehi ada antara kes yang dihantar tersebut ditutup begitu sahaja. Malah jauh dari itu SPRM kelihatan lebih berminat bertindak berdasarkan kepentingan politik pihak tertentu.
Kes 1
10 orang pegawai SPRM telah menahan ahli Puteri Umno di bahagian Jempol, lalu sesi soal siasat dijalankan di sebuah hotel murah di Bahau. Ahli Puteri ini yang dikerutung oleh 10 lelaki pegawai SPRM tanpa ditemani sesiapa ketakutan dan dipaksa menandatangani surat akuan palsu bahawa dia menerima rasuah. Selepas perkara ini terdedah Setiausaha KEADILAN Rembau telah membuat laporan polis sebaliknya SPRM telah membuat laporan balas dan mengugut untuk saman. Kes ini disenyapkan begitu sahaja.
Kes 2
Seorang AJK Umno Bahagian Temerloh telah diseksa 'ala siksaan Abu Gharib' untuk mendapatkan tandatanganya dalam satu akuan 'palsu' yang mengakui dia menerima wang dari seorang pemimpin Umno
Setelah diselidiki dua kes ini bukan kes terpencil. Banyak kes berlaku lagi namun ahli Umno yang 'terkena' takut untuk tampil ke depan. Perkembangan ini membuktikan SPRM kelihatan seronok diperkudakan oleh kumpulan politik tertentu untuk mencapai kehendak politik mereka.
Dalam perkembangan antara parti pula SPRM jelas menjalankan kerja politik bagi pihak BN.
Kes 1
Seorang ahli KEADILAN bahagian Kuala Pilah pilah telah ditangkap ekoran laporan Ahli Parlimen Kuala Pilah. Kononya dia yang bekerja sebagai budak pejabat di sebuah institusi kewangan menawarkan jumlah wang mencecah jutaan ringgit untuk memujuk ahli parlimen Kuala Pilah untuk keluar Bn. Ahli KEADILAN yang ditahan ketika bekerja di pejabatnya ini dibawa ke Pejabat SPRM Seremban untuk sesi soal siasat. Namun amat menyedihkan sesi soal siasat ini bertukar menjadi sesi brain wash atau turn over dimana Pegawai Penyiasat menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kes 2
Dalam isu hangat bertukar parti akhir - akhir ini, Ketua Pengarah SPRM secara tiba - tiba mengeluarkan kenyataan berminat untuk menyiasat ADUN Bota apabila beliau mengistiharkan masuk KEADILAN. Namun apabila 4 ADUN Pakatan Rakyat masuk BN, SPRM seolah seronok dengan perkembangan tersebut dan tidak pun keluar kenyataan minat untuk siasat.
Kes 3 dan seterusnya
Berkaitan dengan ratusan malah mungkin mencecah ribuan laporan yang dibuat semenjak BPR dan kini di bawa kehadapan atas nama SPRM mengenai salahguna kuasa pemimpin politik Bn mahupun pegawai tinggi kerajaan. Namun seolah tiada tindakan diambil. Saya pernah menghantar semula kertas siasatan dimana BPR pernah menyelesaikan kertas siasatan dengan mendapati 2 menteri bersalah kerana rasuah namun BPR sendiri dalam kertas siasatan yang sama menyarankan agar pendakwaan tidak dilakukan jika menteri tersebut meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti politik. Nampaknya SPRM juga gagal berbuat apa-apa ke atas kertas siasatan tersebut.
Laporan kes penglibatan Peguam Negara dan Ketua Polis negara mereka bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim juga gagal disiasat. Kes Pita Linggam SPRM diamkan. Malah dalam kes melibatkan Ketua Hakim Negara SPRM langsung tidak menunjukkan minat walaupun YB Karpal Singh telah mendedahkan bukti rakaman suara Tun Zaki mengaku menerima rasuah.
Pendedahan terbaru Datuk Seri Anwar di parlimen juga memeranjatkan dimana SPRM punya bukti pernah memerangkap BN Kedah ketika sedang dalam operasi membeli ADUN Kulim.
Di Selangor tentu ramai yang pertikaikan sebelum PRU 12, terlalu banyak tuduhan rasuah ke atas Khir Toyo tetapi selepas Khir Toyo tumbang sebagai MB kenapa tiada pendakwaan. Untuk pengetahuan semua Khir masih selamat kerana dilindungi aparat kerajaan seperti SPRM. Selepas kalah polis mengepung bangunan yang menempatkan SUK dan Pejabat MB Selangor untuk operasi musnahkan dokumen. Laporan rasuah telah dibuat bukan dalam satu isu tetapi berpuluh isu ke atas Khir Toyo namun SPRM kelihatan mandul.
Jika BPR kelihatan sebagai kuda tunggangan BN tapi kini SPRM ini kelihatan bukan setakat jadi kuda tetapi kelihatan seronok dan bersungguh untuk jadi kuda terbaik kumpulan politik tertentu dalam BN.
SUMBER http://chegubard.blogspot.com/2009/02/pengumuman-perhimpunan-anak-muda.html
PERIHAL SPRM (BPR) DARI AHMAD LUTFI OTHMAN SENDIRI
Oleh Ahmad Lutfi Othman
www.mindalutfi.blogspot.com
Apabila ketua Pembangkang di Dun Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo melakukan serangan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dua tiga orang pembaca menggesa agar saya memberikan reaksi.
Mereka mahu saya menyerang balas Khir kerana, bagi mereka, saya mempunyai banyak "peluru" untuk ditujukan kepada calon Ketua Pemuda Umno itu.
Saya menjawab: "Semuanya cerita lama, saya sudah serahkan laporan lengkap, rasanya lebih daripada lima kali kepada BPR, sama ada di Putrajaya mahupun Shah Alam. Saya terbitkan akhbar tentang hal itu, ada yang dirampas, babitkan lebih 50,000 naskhah, kereta dipecahkan dan kemudiannya sakit hampir dua tahun!"
Bagaimanapun, apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan mahu membanteras amalan rasuah, suatu jenayah paling merbahaya dan kronik, secara lebih serius dan menyeluruh itu, melalui Ketua Pesuruhjayanya, Dato' Seri Ahmad Said Hamdan membuat kenyataan bahawa terdapat bukti-bukti kukuh menunjukkan Khalid menyalahguna kuasanya berhubung penyelenggaran kereta peribadinya serta pembelian 46 lembu korban, saya dihubungi lebih ramai pembaca.
"Sudah sampai masanya saudara bongkar kembali kes-kes lama Khir Toyo, yang babitkan jauh lebih banyak wang rakyat dan pembayar cukai," tegas seorang pembaca yang mengaku mengikuti setiap laporan saya terhadap BPR. "Saya tidak mahu jadikan ia konflik peribadi berpanjangan," sambut saya. Pastinya saya yakin mereka tidak puas hati dengan jawapan mengelak itu.
Mengenali agak dekat karenah BPR ketika mula membuat laporan rasmi di ibu pejabatnya, di Putrajaya, pada 23 Oktober 2001, saya langsung tidak menaruh keyakinan bahawa badan itu boleh bertindak efektif memerangi rasuah dan salahguna kuasa, apatah lagi menyedari bahawa ia merupakan jenayah paling sukar untuk mendapat kerjasama saksi.
Selain itu, kes rasuah yang sering menjadi pendakwaan terpilih Jabatan Peguam Negara diperalatkan untuk kepentingan politik parti pemerintah, yang menguasai kerajaan pusat.
Sikap kakitangan BPR pula jarang menunjukkan mereka meraikan sumber yang bersedia memberi maklumat, terutama apabila berkaitan jerung-jerung besar yang dekat dengan serambi kuasa, sementalahan pula jika membabitkan tokoh-tokoh utama BN.
Kadang-kadang, belum pun kita melangkah keluar dari pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), laporan kita sudah difaks kepada tokoh yang kita adukan kesnya itu. Jadi, mana-mana yang masih boleh "dibetulkan" tentulah akan diperbetulkan segera, selain menghilangkan bukti-bukti yang ada.
Saya bersetuju dengan pandangan sinis yang mengatakan BPR ada kalanya bertindak sebagai "badan yang membersihkan orang yang dituduh rasuah", bukannya agensi untuk memastikan setiap tuduhan, walaupun tidak dibuat secara rasmi, termasuk melalui surat layang, akan disiasat sampai "ke lubang cacing.
Malah, BPR lebih berminat untuk mengetahui dari mana sumber yang mendedahkan info rasuah itu kepada pengadu. Justeru, semakin kecillah bilangan warga prihatin yang mahu "menyusahkan diri" untuk memberi maklumat.
Rupanya hanya sekadar nama yang bertukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, tetapi perangai masih membeku di tahap lama. Lihat saja aduan rasuah kepada Abdul Khalid Ibrahim.
Difahamkan sekumpulan penyiasat SPRM berkampung di bangunan SUK, Shah Alam, mengesan apa jua bukti untuk menyabitkan Menteri Besar Selangor itu. Saksi-saksi dicari termasuk secara "ugutan". Nampaknya usaha dilakukan dengan "penuh minat" sehingga Ketua Pesuruhjayanya tidak sabar-sabar lagi mendedahkan hasil siasatan, sesuatu yang tidak berlaku selama ini.
Benar seperti kata peguam Khalid, Sankara Nair, tindakan SPRM itu, harus dipandang berat kerana anak guamnya - seorang ahli politik pembangkang - telah ditonjolkan agar kelihatan bersalah "di mata umum sebelum beliau didakwa dan didapati bersalah oleh mahkamah".
Saya cuba membayangkan, alangkah baiknya jika SPRM dapat bertindak proaktif, seperti dalam kes Khalid, kepada semua kes yang diadukan kepada mereka termasuk usaha sogokan membeli Adun-Adun Pakatan Rakyat bagi menumbangkan kerajaan-kerajaan negeri tertentu.
Banyak lagi nak diceritakan tentang kes rasuah ini ..._
(Pendedahan Ahmad Lutfi Othman, Ketika dahulu boleh didapati di laman web http://detik.daily.tripod.com/khir.htm )
Senarai Anggota dan lembaga SPRM
