"Dimanakah Keadilan Sultan Dalam isu pemilihan SUK Siapa Lebih Berhak?"

Pinda Perlembagaan: DUN S'gor bersidang 24 Januari Read More “TAKTIK KOTOR PIHAK TERTENTU MENJELANG SIDANG TERGEMPAR DUN SELANGOR” »»
"Dimanakah Keadilan Sultan Dalam isu pemilihan SUK Siapa Lebih Berhak?"

SELCAT Tidak Akan Di Rombak: MB
SHAH ALAM, 29 September- Kerajaan negeri Selangor malam tadi memutuskan untuk tidak merombak prosedur dan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).
Keputusan itu dibuat dalam perbincangan hampir dua jam membabitkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid, Barisan Exco Selangor termasuk Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Teng Chang Khim, Pegawai Daerah, Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT), wakil rakyat dan ahli parlimen.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor berkata, sebarang perubahan terhadap Selcat perlu dibincangkan dan dibahaskan pada sidang Dewan, jika perlu.
Beliau turut mengingatkan bahawa sebarang perbincangan mengenai Selcat tidak perlu dibincangkan dengan pihak luar.
Beliau berkata demikian selepas menpengerusikan mesyuarat tertutup itu di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) di Shah Alam.
Sebelum ini, Datuk Dr Hasan mengkritik prosedur Selcat yang menyoal pegawai daerah berhubung perbelanjaan peruntukan tahunan wakil rakyat pada sesi pendengaran, baru-baru ini.
Datuk Dr Hasan dilaporkan berkata, prosedur yang diamalkan oleh Selcat itu tidak sesuai dan seolah-olah cuba mengaibkan pegawai kerajaan terbabit.
Malah, beliau turut mencadangkan supaya rombakan ahli jawatankuasa selcat dilakukan bagi meningkatkan integriti jawatankuasa bebas itu.
Walaubagaimanapun ketika ditanya pihak media, beliau enggan mengulas mengenai keputusan perbincangan yang diputuskan itu.
KEMALIA OTHMAN TVSELANGOR

Rata-rata kedudukan kakitangan kerajaan di negara kita boleh diibaratkan seperti telor dihujung tanduk serta laksana pepatah Melayu ditelan mati emak, diluah mati bapak. Untuk terus berpegang teguh pada prinsip hidup dan istiqomah dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan jujur serta berkesan memerlukan mahar serta pengorbanan yang amat tinggi.
Secara teori, kakaitangan kerajaan tertakluk kepada semua arahan dalam Perintah Am Bab D, arahan Perbendaharaan serta arahan ketua jabatan yang dikeluarkan dari masa ke semasa. Namun, realitinya Ketua Jabatan serta kakitangan kerajaan lebih banyak akur kepada arahan "Parti Pemerintah" atau "government of the day".
Kita maklum, kerajaan Barisan Nasional telah memerintah Kerajaan Pusat selama 52 tahun. Barisan Nasional telah menguasai dan memanipulasi kesemua agensi kerajaan bagi tujuan politik, khususnya puak UMNO untuk terus berkuasa pada waktu yang sama menimbun kekeyaan peribadi serta kroni mereka.
Di sinilah para pegawai serta kakitangan kerajaan tersepit. Kebanyakan mereka terpaksa mengikut rentak irama serta tarian ahli politik UMNO atas alasan "demi menjaga periuk nasi". Perintah Am Bab D atau apa jua peraturan Jabatan terpaksa diketepikan demi "survival keluarga" yakni untuk mengelak dari dipindah ke pedalaman, mencegah laporan prestasi kurang baik sekaligus agar tangga gaji naik melintang, supaya mendapat laporan cemerlang bagi tujuan penganugerahan pangkat Istana dan seribu satu macam alasan peribadi yang lain.
Terdapat juga kakitangan kerajaan yang telah mengikut gaya ahli politik UMNO seperti menerima rasuah secara tersembunyi ( "in kind") dan tidak langsung ( bukan "in cash") seperti untuk mendapat kelulusan seorang pegawai kerajaan, pelanggan (rakyat) terpaksa menampung kos menukar tayar kereta atau memasang aksesori kereta pegawai yang berkenaan.
Dalam isu SELCAT Selangor, yang terpaksa menjawab dan berdepan dengan ahli SELCAT ialah para pegawai kerajaan seperti Pegawai Daerah (DO) , Pen Pegawai Daerah (ADO), Ketua Penolong Pegawai Daerah (KADO) dan kakitangan sokongan. Pihak yang mengarah serta mendesak penyalahgunaan serta penyelewengan peruntukan DUN ialah ADUN Barisan Nasional. Agen yang membuat kerja mempercepatkan proses pengeluaran peruntukan ialah para pegawai Kerajaan.
Demi keadilan seharusnya semua pihak yang terlibat harus dihadapkan ke Pendengaran SELCAT. Inilah yang diutarakan oleh Datuk Dr Hasan Mohd Ali selaku Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam.
MB Yakin Isu Selcat Dapat Diselesai Dengan Baik
SHAH ALAM, 25 September - Kerajaan Selangor yakin isu Selcat yang hangat diperkatakan sekarang, dapat diselesaikan dengan cara baik dan berhemah, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Justeru, katanya kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat khas bersama ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Exco-exco selangor dan Pegawai Daerah untuk berbincang dan menyelesaikan isu tersebut secara dalaman.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang tadi, beliau berkata, isu yang timbul itu hanyalah salah faham yang berlaku antara beberapa pihak, berkaitan perbicaraan awam Selcat baru-baru ini.
Beliau yakin, ia akan dapat diselesaikan dengan baik kerana semua pihak yang terbabit adalah professional dan memahami tugasan dan tanggungjawab masing-masing serta dapat bekerjasama sebagai satu pasukan yang cekap dan berkesan.
Mesyuarat tertutup ini akan dipengerusikan sendiri oleh Tan Sri Khalid di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, SUK Isnin ini.
Selangorkini

Sambutan ulangtahun ke-50 Dewan Negeri Selangor simbol demokratik rakyat
SHAH ALAM, 8 Julai - Dewan Negeri Selangor hari ini meraikan sambutan ulangtahun yang ke-50, bertemakan “Merakyatkan Dewan Negeri”.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemilihan tema itu bertujuan memberi peluang demokratik kepada rakyat untuk mengambil bahagian dalam proses perundangan dan perbincangan mengenai dasar pentadbiran kerajaan Negeri.
“Tema ini dipilih dengan tujuan memperluaskan penyertaan demokratik rakyat dalam proses perundangan dan perbincangan dalam dasar dan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.
Tan Sri Abdul Khalid berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat kedua penggal kedua sidang Dewan Negeri Selangor ke-12, tengah hari tadi.
Katanya, pelbagai acara sambutan telah diatur selama setahun, bermula hari ini hingga 8 Julai, tahun depan.
Antaranya, Konvensyen Demokrasi dan Badan Perundangan, Debat Siswa, Penerbitan Buku Sejarah Dewan Negeri, Penerbitan Video Dewan Negeri, Pameran Badan Perundangan, Menaiktaraf website Dewan, dan menjadikan Dewan institusi pendidikan rakyat.
Pada persidangan Dewan Selangor kali ini, Jawatankuasa Induk Sambutan 50 tahun, turut mengundang semua Speaker dan Timbalan Speaker dari negeri lain.
Speaker dan Timbalan Speaker yang hadir ialah dari negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah. Mereka juga dijemput menghadiri majlis santapan Di Raja malam ini.
Speaker Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail ketika ditemui berkata, pengendalian dewan Selangor dilihat lebih banyak memberi peluang kepada ahli untuk berbahas.
“Banyak manfaat dan pengalaman mengikut sidang ini apatah lagi ia di ketuai oleh antara speaker yang berpengalaman dalam Malaysia, konfiden, dan perubahan yang banyak dibuat seperti perubahan masa soal jawab daripada 1 jam kepada 1 setengah jam, jadi saya kira ini benda yang baik di buat di Selangor,” katanya.
Speaker Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain pula berpendapat, sidang ini adalah bagus dijadikan pengalaman terutama dalam penekanan sistem demokrasi yang diperkatakan.
“Kita lihat ini perkembangan yang bagus di dewan, demokrasi yang di nyatakan oleh Tan Sri Khalid, patut dikaji bersama dan perlu diuar-uarkan , lebih lagi kepada generasi muda, pelajar untuk memahami proses demokrasi,” katanya.
ATIQAH YAACOB-TVSELANGOR/selangorkini
© Copyright by N45 Dr Halimah Ali | Template Blog Tutorial