Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label FITNAH. Show all posts
Showing posts with label FITNAH. Show all posts

JANGAN KEJUTKAN "FITNAH" YANG SEDANG TIDUR






Tidak mustahil fitnah dikembalikan kepada tuannya

(Gambar: Ribuan turut menunaikan solat hajat yang diimamkan Presiden PAS)



Ismail Hashim, Foto: Shukri  /HARAKAHDAILY


SHAH ALAM, 28 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan umat Islam jangan mengejutkan fitnah yang sedang tidur kerana bahayanya akan menimpa semua orang.

Menurutnya, Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena orang zalim sebaliknya akan terkena sesiapa sahaja.

Katanya, fitnah apabila melanda dalam masyarakat  adalah seperti malam gelap gelita dan sesiapapun sudah tidak dapat membezakan siapa yang ada di hadapannya.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Maghrib dalam majlis Solat Hajat dan Pidato Khas anjuran Pakatan Rakyat yang sedang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini.


Tuan Ibrahim berkata sifat fitnah, ia hanya laku ketika awal sahaja selepas itu, ia akan ditolak oleh masyarakat dan rakyat.

Beliau mengaitkan fitnah isu video seks yang ditolak selepas sahaja saiz perut pelakon kelihatan berbeza.

"Kerana itu, dalam hal ini kita kena menjaga perut kita kerana kini ia sudah menjadi bahan bukti.

"Dalam zaman teknologi tinggi kini, jika perut atau bahu kelihatan berbeza, keadaan ini masih boleh dibaiki dengan editan dalam waktu sekejap sahaja," tegasnya.

Disiplin Islam, ujarnya, menegaskan setiap berita apabila ia datang wajib dikaji selidik terlebih dahulu, bukan tayang baru hendak dikaji.

Inilah yang menyebabkan berlakunya fitnah besar, ujarnya, melibatkan maruah termasuk keluarga dan sanak saudara.

"Tidak mustahil untuk Allah kembalikan fitnah itu kepada tuannya dan jadikan fitnah itu sebagi sumber  kebangkitan rakyat," katanya.

Sementara itu selepas solat Isyak tadi, berlangsung solat hajat yang diimamkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut berlangsung sekarang ini adalah pidato khas oleh pimpinan PR seperti Presiden PAS sendiri, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Read More “JANGAN KEJUTKAN "FITNAH" YANG SEDANG TIDUR”  »»

FITNA SATU PERKATAAN YANG SERING DIFITNAH

Memang banyak perkataan dan istilah dalam bahasa Melayu datang dari bahasa 'Arab. Banyak

buku-buku telah ditulis mengenainya. Satu ketika dahulu, sebuatan 'Arab digunapakai dalam

tulisan dan sebutan bahasa Melayu baku tetapi kini hanya tinggal sejarah. Sebutan baku dengan

ejaan rumi yang diamalkan masa kini banyak menukar makna perkataan yang datang dari

bahasa 'Arab. Sebagai contoh, perkataan takzim pada "JOHOR DARUL TAKZIM" berbeza dari

maksud yang dihajatkan iaitu "ta'zim".

Kerajaan Mustafa Kamal atartuk di Turki telah mensekularkan banyak perkara termasuk

bahasa Al Quran. Di negara kita kini ramai anak murid dan pengikut atartuk, SINI,

Satu perkataan yang berasal dari bahasa 'Arab dan telah dimelayukan ialah perkataan FITNAH


Kupasan lanjut di [SINI].

VIDEO untuk tontonan dan kajian ORANG DEWASA sahaja. Unsur ILMIAH yang hendak ditonjolkan. Kanak-kanak DILARANG KERAS menyaksikannya. Pelawat NON-MUSLIM tidak digalakkan menyaksikannya. Kandungannya mungkin menyentuh perasaan anda. Jika berkeras juga ingin menyaksikan video ini tolong bincangkan isi kandungan dan mesej di dalamnya dengan seorang yang berpendidikan agama. Terima kasih.




Read More “FITNA SATU PERKATAAN YANG SERING DIFITNAH”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com