Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label Gempa Bumi Sumatra Barat. Show all posts
Showing posts with label Gempa Bumi Sumatra Barat. Show all posts

AIR BERSIH DI PADANG MELALUI TELAGA TIUB OLEH YAYASAN AMAL

Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) telah menghantar beberapa sukarelawan melalui misi kemanusiaan mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. AMAL Malaysia telah beroperasi di Bandar Periaman, Kota Padang. Beberapa team telah di hantar ke sana termasuk Team Medikal (Pemeriksaan Kesihatan) & Team Teknikal (Water Tube Well).


Yayasan Amal bina 14 telaga tiub untuk mangsa gempa


PADANG, Sumatera Barat, 20 Okt: Yayasan Amal Malaysia berjaya menyumbangkan 14 telaga air bawah tanah kepada mangsa gempa bumi di Kampung Lubuk Pandan, Pariaman kira-kira 40 km dari Padang.

Kesemua telaga tiub dengan pam itu dipasang oleh pasukan kedua Yayasan Amal yang pulang ke tanah air semalam.

Sumbangan ini sangat bermakna bagi penduduk di situ kerana sumber air mereka kini hanya sungai sahaja sedangkan ia telah banyak tercemar ekoran gempa bumi baru-baru ini.

Yayasan Amal telah menghantar pasukan pertama yang terdiri dari pasukan perubatan sebaik sahaja gempa berlaku.

Pasukan kedua yang terdiri dari 14 anggota ini adalah pasukan teknikal yang mahir dengan pembinaan telaga tiub untuk membolehkan penduduk yang sedang trauma ini mendapat bekalan air bersih.

Mereka berlepas ke Padang melalui KLIA pada 15 Oktober lalu dengan membawa wang tunai dan membeli segala keperluan membuat telaga ini di Padang.

Antaranya motor penyedut air, hos besar, paip dan sebagainya.

Untuk membeli motor sahaja, mereka telah belanjakan RM4 juta Rupiah.

Motor dan paip itu kemudiannya mereka pasang di kawasan-kawasan strategik penduduk yang dilanda gempa itu.

Masjid, sekolah, rumah, kedai semuanya runtuh. Sebahgian kawasan sudah menjadi padang jarak padang tekukur akibat gempa itu.

Pasukan Yayasan Amal ini memberikan fokus kepada kerja-kerja menyiapkan telaga tiub ini sahaja. Mereka dapat menjalankan tugas dengan baik dengan bantuan aktivis Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di sana.

Pasukan ketiga dijangka akan bertolak beberapa hari lagi. Mereka terdiri dari pasukan perubatan sebagaimana pasukan pertama. Antaranya turut membawa sumbangan yang diberikan pembaca Harakahdaily.

Selain bantuan orang ramai, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM500,000 untuk membantu mangsa gempa di Padang.

Ketika di sana, wakil Harakahdaily turut bertemu dengan kain rentang yang menandakan kehadiran wakil mereka di samping petugas yang dihantar kerajaan negeri Selangor untuk membantu mangsa gempa.

Harakahdaily



Misi Kemanusiaan ke Padang akan di teruskan oleh Yayasan Amal Malaysia


13 Okt 2009, K.Lumpur (AMAL) - Bencana yang menimpa Kota Padang baru-baru ini meninggalkan kesan yang besar kepada rakyat di sana. Ramai lagi mangsa yang memerlukan bantuan kemanusiaan dari negara-negara luar. Oleh itu, hasil pemerhatian dari beberapa misi kemanusiaan yang di lakukan oleh Yayasan Amal Malaysia (AMAL), maka bantuan akan cuba di salurkan secara berterusan sehingga suatu tahap yang stabil di sana. Pihak AMAL telah mengatur beberapa jadual Misi Kemanusiaan ke Padang iaitu pada 15-19 Oktober yang terdiri dari Team Teknikal (Water Supply Tube Well), 22-27 Okt terdiri dari Team Medik serta Team Teknikal dan seterusnya.

Selanjutnya di SINI

Read More “AIR BERSIH DI PADANG MELALUI TELAGA TIUB OLEH YAYASAN AMAL”  »»

PELUANG UNTUK MEMBELANJAKAN HARTA DI JALAN ALLAH

Bantuan kewangan untuk mangsa gempa bumi Sumatra boleh disalurkan ke akaun Yayasan AMAL Malaysia iaitu:

MAYBANK Malaysia Berhad (MBMB) NO: 553010122090,




Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) NO: 13010002499715 dan

Hongkong & Shanghai Bank (HSBC No: 001057884021

Para dermawan boleh menghubungi talian 03-61874382 atau

datang terus ke pejabat di alamat 127-2, Jalan SBC 1, TAman Seri

Batu Caves, Selangor.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut juga boleh menghubungi Husin sendiri di talian 019-9511860, Jamuliddin yang juga Ketua Bantuan Kemanusian di talian 019 6644796.

AMAL MALAYSIA rayu bantuan mangsa gempa bumi Padang

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) menyeru seluruh rakyat yang prihatin untuk menghulurkan sumbangan kepada mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia Rabu lalu.

Menurut Presidennya, Husin Ismail dalam laman rasmi NGO berkenaan, Amal Malaysia mangambil tanggungjawab untuk menjadi perantara kepada masyarakat Malaysia yang mempunyai kesedaran untuk menyalurkan bantuan khususnya bantuan kewangan kepada mangsa yang sedang berhadapan dengan ancaman maut akibat bencana alam yang melanda.

"Kami terus merayu orang-orang perseorangan, badan-badan swasta, organisasi-organisasi masyarakat, masjid dan lain-lain untuk terus menghulurkan sumbangan kepada saudara-saudara kita yang sedang menerima ujian Allah, kesempitan dan ancaman maut di Padang Sumatera sekarang ini."tulis beliau dalam laman rasmi pertubuhan itu.

Beliau berkata, Jumaat lalu, AMAL Malaysia telah menghantar satu pasukan peninjau Misi Kemanusiaan Mangsa Gempa Bumi di Padang, Sumatera. Pasukan yang diketuai Timbalan Presidennya, Jamuliddin Elias, dan Naib Pengerusi 1 AMAL Selangor Jamel Saring bertujuan untuk melihat dan menilai keadaan selepas gempa bumi yang melanda di situ, bagi persiapan pasukan bantuan seterusnya.

ImageSetelah mendapatkan maklumat awal dari pasukan sukarelawan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) dan NGO di Indonesia, Persatuan Muamalat Indonesia (MUAMALAT), AMAL Malaysia menghantar pasukan kedua yang terdiri daripada pasukan perubatan, logistik dan kaunselor sosial pada Sabtu lalu.

Manakala pasukan ketiga akan berlepas pada 7 Oktober ini. Selain bekerjasama dengan BSMI dan MUAMALAT, misi itu turut disertai beberapa NGO dari Turkey dan Eropah.

"Misi bantuan kemanusiaan AMAL lebih tertumpu kepada bidang perubatan, bantuan makanan, khemah penginapan sementara, dan bekalan air bersih.

Dua pasukan teknikal bekalan air bersih akan berlepas pada 10 Oktober ini."ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, AMAL Malaysia mengalu-alukan penyertaan tenaga-tenaga perubatan serta tenaga-tenaga pakar yang ingin mengambil pengalaman berkhidmat dengan misi kemanusiaan.

Mereka boleh dihubungi di talian 03-61874382 atau datang terus ke pejabat di alamat 127-2, Jalan SBC 1, TAman Seri Batu Caves, Selangor.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut juga boleh menghubungi Husin sendiri di talian 019-9511860, Jamuliddin yang juga Ketua Bantuan Kemanusian di talian 019 6644796.

Manakala bantuan kewangan boleh disalurkan ke akaun Yayasan AMAL Malaysia iaitu:

MAYBANK Malaysia Berhad (MBMB) NO: 553010122090, Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) NO: 13010002499715 dan Hongkong & Shanghai Bank (HSBC No: 001057884021

AMAL Malaysia merupakan antara NGO yang mendapat pengiktirafan dari Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri Malaysia untuk menggerakkan misi menyalurkan bantuan kemanusiaan dan pemulihan semula kawasan konflik Gaza, Palestin.

Mereka turut terlibat menyalurkan bantuan kemanusiaan di hampir semua kawasan konflik dan bencana besar di rantau ini seperti di Indonesia, Sri Langka, Bangladesh, Lubnan, Iran, Myanmar Thailand, Pakistan, Kashmir, China, dan Mindanao di samping program korban di kawasan miskin tegar di 12 negara serantau.

Selain itu, mereka juga antara NGO penting yang memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia sendiri seperti mangsa tsunami di Kuala Kedah 2006 lalu.

Rabu lalu, Sumatera Barat khasnya ibu kotanya Padang digegarkan dengan gempa bumi berkekuatan 7.6 pada skala Richter pada 5.16 petang Rabu lalu.

Gempa bumi itu mengakibatkan kepanikan luar biasa di kalangan penduduk yang bertempiaran keluar menyelamatkan diri.

Ia disusuli gempa bumi kedua sebesar 6.2 pada skala Richter pada 5.38 petang berpusat di kilometer 22 ke Barat Laut Pariaman.

Sehingga kini, misi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan di sekitar kawasan yang dilanda bencana tersebut. Di Kampung Lubuklaweh, Kecamatan Patamuan, Padang Pariaman, dipercayai lebih 100 lagi penduduk masih tertimbus.


Hazayani Zakaria/mna/harakahdaily

Read More “PELUANG UNTUK MEMBELANJAKAN HARTA DI JALAN ALLAH”  »»

GEMPA BUMI 6.6 & 5.0 R.S MELANDA SUMATRA SELATAN SEBENTAR TADI

Read More “GEMPA BUMI 6.6 & 5.0 R.S MELANDA SUMATRA SELATAN SEBENTAR TADI”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com