Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label KAFE BERINTERNET. Show all posts
Showing posts with label KAFE BERINTERNET. Show all posts

ANAK LUAR NIKAH SEMAKIN MENJADI-JADI

257000 anak luar nikah membimbangkan

Sejumlah 257,000 kelahiran tanpa bapa yang didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara tahun 2000 hingga Julai 2009 wajar membimbangkan semua pihak berwajib, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Ini kerana, menurut beliau, sebanyak 30,978 kelahiran yang terdaftar membabitkan bayi beragama Islam.

"Bagi saya, semua pihak perlu bertanggungjawab, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang yang lebih ketat, ibu bapa perlu ajar agama pada anak-anak," jelas beliau ketika mengulas pendedahan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berhubung perkara itu pada 1 Julai lalu.

Sedangkan, menurut beliau, perangkaan kelahiran tanpa bapa mengikut beberapa agama yang lain adalah 18,085 bayi beragama Hindu; 17,236 (Buddha); dan 3,395 (Kristian).



Melihat pada perangkaan rasmi JPN itu, beliau mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil langkah yang lebih dinamik sebagaimana yang diperkenalkan oleh Islam.

"Tak cukup dengan menyediakan khidmat kaunseling dan apa yang sedia ada selagi kementerian wanita tak laksanakan pendidikan Islam dan kempen-kempen yang dinamik supaya rakyat tinggalkan aktiviti penzinaan ini," tegas beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat.

Tambahnya, sistem pendidikan yang tidak melahirkan rasa takut kepada Allah menyebabkan mereka yang terbabit tidak gentar dengan undang-undang ciptaan manusia.

"Undang-undang yang ada memang tak menakutkan penzina-penzina ini, kerajaan wajar mengkaji dan jelaskan apakah keindahan dan hikmah di sebalik undang-undang Allah kepada semua rakyat untuk mereka membuat pertimbangan," tambah beliau sambil menyeru kerjaaan melihat inisiatif yang cuba dilaksanakan oleh PAS di Kelantan dan Terengganu sebelum ini.

Dari segi yang lain, beliau turut mengkritik amalan meletakkan mahar atau 'hantaran' yang agak tinggi sehingga menyukarkan pasangan yang mahu hidup secara beragama dengan berkahwin.

Lanjutan itu, beliau mencadangkan kementerian berusaha untuk mengubah budaya itu, selain meneruskan kempen hidup secara sihat yang sedia ada.

Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin pula menyalahkan Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kerana gagal membentangkan dasar pembangunan wanita yang lebih komprehensif untuk menangani gejala sosial seperti penzinaan ini.

"Sudah lama saya membangkitkan soal dasar wanita di Dewan Rakyat, tetapi menteri ini tidak layan," ujar beliau dalam nada yang kesal.

Akibatnya, insiden seperti gadis-gadis Penan yang dirogol oleh para peneroka balak seperti yang dibangkitkan di Dewan Rakyat sebelum ini terus berpanjangan.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan sikap sambil lewa menteri sebagai mengkhianati rakyat serta mengajak kaum wanita memilih kepemimpinan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Dzulfikar Mashoor/Harakahdaily

Read More “ANAK LUAR NIKAH SEMAKIN MENJADI-JADI”  »»

USAH DISOROKKAN DI BAWAH KARPIT

Semua pihak perlu bertegas dan mengambil langkah segera bagi membendung penularan gejala sosial di kalangan generasi pelapis rakyat Malaysia terutama pelajar sekolah.

Bagi satu kes jenayah juvana atau gejala sosial yang dikenalpasti (dicekup) di sana wujud sembilan kes lagi bermaharajalela. Malangnya setiap sebuah tangan yang cuba membenteras gejala sosial, terdapat sembilan tangan-tangan lagi yang menyokong, mendokong serta menyemarakkan aktiviti gejala sosial.

Polis kenal pasti 10 'sekolah panas' di KL



Sepuluh sekolah menengah di sekitar ibu negara dikenalpasti sebagai sekolah bermasalah atau "sekolah panas" kerana masalah disiplin, jenayah dan sosial di kalangan pelajarnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata polis telah menyenaraikan sekolah berkenaan supaya usaha dapat digembleng ke arah menangani masalah itu dan memastikan sekolah sifar jenayah.

"Berikutan banyak kes jenayah dan sosial berlaku membabitkan pelajar sekolah, kami bertindak mengenalpasti sekolah panas agar kami dapat memberi fokus dan menjalankan kempen pencegahan jenayah secara kerap di sekolah berkenaan.

"Kami tidak mahu umumkan sekolah mana yang terbabit kerana ia tidak elok untuk imej dan reputasi sekolah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan Jenayah 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Maluri di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata aktiviti seperti pameran, ceramah, dialog dan edaran risalah pencegahan jenayah akan diadakan dari semasa ke semasa di sekolah panas yang telah dikenalpasti itu bagi mengingatkan pelajar agar menjauhkan diri daripada masalah sosial dan jenayah.

Muhammad Sabtu berkata, seorang pegawai polis berpangkat ASP turut ditugaskan ke sekolah berkenaan sebagai liaison officer untuk memantau serta berbincang bersama pihak sekolah termasuk menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

"Aduan dan masalah yang diutarakan akan dibincang bersama pihak sekolah berkenaan agar ia dapat ditangani dengan kadar segera. Pegawai itu turut ditugas menyerahkan laporan kepada kami setiap bulan.

"Program ini adalah satu usaha untuk mendekatkan pelajar dan polis bagi memudahkan proses penyaluran maklumat, mengesan aktiviti dan permasalahan jenayah yang wujud, sekaligus membanteras kegiatan tidak sihat di kalangan murid dan pelajar sekolah," katanya.

Muhammad Sabtu berkata, pada tahun lalu seramai 179 tangkapan dicatat membabitkan kanak-kanak berusia seawal tujuh tahun hingga remaja berusia 18 tahun atas pelbagai kesalahan membabitkan jenayah kekerasan dan harta benda termasuk mencuri, samun dan merusuh.

Beliau berkata, pada 2008, seramai 202 pelajar berusia 11 hingga 18 tahun ditahan, juga atas jenayah kekerasan dan harta benda termasuk rogol, samun dan pemerasan.

Muhammad Sabtu berkata, bagi kes dadah, pada tahun lalu sahaja seramai 67 pelajar, termasuk sembilan pelajar sekolah, ditahan manakala pada 2008 seramai 17 orang pelajar termasuk empat pelajar sekolah ditahan dan seramai 13 orang pelajar termasuk seorang pelajar sekolah ditahan pada 2007.

"Situasi ini sangat membimbangkan apabila menunjukkan kenaikan setiap tahun...harap ini dapat memberi iktibar kepada yang lain terutama pelajar sekolah agar tidak sesekali terjerumus dalam jenayah dan dadah.

"Masalah sosial dan jenayah turut berpunca daripada pelajar yang suka meniru gaya hidup sosial ala barat dan mengikut budaya negatif...jika meniru dari segi pembangunan, kami alukan tetapi dari segi sosial, ia hanya merosakkan diri," katanya.

- Bernama

Read More “USAH DISOROKKAN DI BAWAH KARPIT”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    9 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com