SATU TITIK HITAM BUAT GENERASI MENDATANG PERIHAL KEPENTINGAN MELAYU DI"SABOTAJ" OLEH UMNO
Bahasa Melayu memang kaya dengan peribahasa. Sebagai contoh, peribahasa durian runtuh mempunyai sekurang-kurang tujuh peribahasa lain yang membawa maksud yang sama iaitu mendapat keuntungan tanpa bersusah payah. Tanah FELDA yang peneroka miliki sekarang mungkin diperolehi secara percuma tetapi telah dibangunkan oleh peneroka dengan titik peluh tulang empat kerat generasi pertama peneroka FELDA di seluruh negara zaman YAB Tun Razak sebagai PM. Begitu juga dengan lain-lain polisi kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru yang pada dasarnya ingin menaikkan taraf hidup serta ekonomi kaum bumiputera.
Apa salahnya mengagihkan sumber negara kepada rakyat sendiri. Kenapa tidak menyalurkan kekakyaan negara kepada rakyat negara ini. Dengan kata lain, merakyatkan ekonomi negara yakni mengembalikan balik pendapatan serta hasil mahsul negara kepada warganegaranya. Pemimpin sekadar diamanahkan untuk mengurustadbir negara. Harta serta pendapatan negara bukan milik mana-mana individu atau parti politik..Harta serta pendapatan sesebuah negara bukan hak mutlak negara tersebut tetapi milik mutlak Sang Pencipta alam ini.
Peneroka FELDA telah disebut-sebut untuk menerima kononnya durian runtuh RM15 ribu dibayar tiga kali, Generasi FELDA pertama mungkin rata-rata tidak memiliki segulung diploma atau ijazah tetapi anak-anak peneroka ramai yang telah keluar dengan cemerlang dari menara gading dalam atau luar negara. Generasi kedua ini jika dikira dari segi pencapaian akademik memang hebat-hebat belaka seperti Pengarah Urusan Syarikat Puncak Niaga. Terfikirkah anak-anak peneroka FELDA apa yang disebuat oleh PM Malaysia sebagai durian runtuh tetapi sebenarnya UMPAN, perangkap, JERAT, token, saguhati, GULA-GULA dan PENIPUAN agar peneroka melepaskan pegangan serta hak mereka ke atas tanah yang telah mereka usahakan.
Suatu ketika dahulu orang Melayu memang kaya dengan budi bahasa dan sangat bersopan santun. Mereka akan berpantun sebelum berkelahi, membiarkan mati anak asalkan adat terjaga dan tidak seperti kacang lupakan kulit. Mereka pernah ditipu oleh Belanda yang ingin membeli tanah seluas belulang kerbau, Portugis yang mahu membeli rempah dan British yang segaja dijemput untuk memberi nasihat. Kini peneroka FELDA akan diperdaya dengan pemberian SAHAM untuk sebidang tanah sawit atau getah..
Sila ikuti penjelasan di bawah.
Dari mana Felda ambil wang bayar durian runtuh?
Dr. Rosli Yaakop, 09 Mei 2012
Semalam, Perdana Menteri mengumumkan di Felda Jengka 8 seramai 112,635 peneroka Felda akan mendapat durian runtuh RM5,000 setiap orang. Isteri mereka – dibayar kemudian – akan juga mendapat RM5,000 se orang. Kemudian, anak-anak mereka akan mendapat RM5,000. Kalau keluarga peneroka mempunyai 5 orang anak, anak-anak mereka akan mendapat RM1,000 se orang. Jumlah kesemuanya RM15,000 bagi se tiap keluarga peneroka. Kalau setiap keluarga mempunyai ahli seramai 7 orang (ayah, ibu dan lima orang anak), maka secara puratanya, mereka akan mendapat RM2,143 seorang. Satu jumlah yang biasa sahaja, tidak memeranjatkan.
Dengan membayar durian runtuh RM15,000 bagi setiap keluarga, Felda akan membelanjakan RM1.69 bilion. Ini bayaran “one-off” yang boleh meringankan beban kewangan peneroka sekadar sementara. Wang itu bolehlah digunakan untuk menampung belanja kenduri kendara, melupuskan hutang atau belanja pergi umrah untuk dua orang. Bagi peneroka yang cermat, bolehlah meningkatkan tabungan. Namun, majoriti peneroka yang menerima bayaran “one-off” ini akan membelanjakan wang ini untuk penggunaan, bukan pelaburan. Maklumlah, ini “rezeki terpijak.”
Tentu rasa sayang peneroka kepada kerajaan UMNO-BN terus bersemarak, maklumlah ini kali pertama dalam 55 tahun sejarah Felda, peneroka mendapat wang tunai yang begitu besar, walaupun pada hakikatnya, nilai wang ini tidak seberapa dalam ukuran sekarang. Satu ekar tanah di Felda sekarang sudah berpuluh ribu malah dalam ratusan ribu harganya. Undi mereka sudah dibeli dengan harga murah (demolition price) dan Perdana Menteri cukup yakin, majoriti peneroka akan terus mengundi UMNO-BN di dalam PRU13 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja sekarang, besar kemungkinan dalam bulan Jun ini. Dengan bayaran ini, UMNO-BN mengharapkan 58 kerusi yang menjadi simpanan tetapnya akan terselamat dari disambar Pakatan Rakyat.
Dari manakah datangnya wang sebanyak RM1.69 bilion yang akan ditaburkan kepada peneroka itu?
Felda Global Ventures Holdings Berhad akan mengapungkan 2,188,890,900 unit saham di Bursa Malaysia pada harga Tawaran Awam Awal - TAA (Initial Public Offer – IPO) RM4.65 se saham. Ini bermakana, ia akan menjana RM10.18 bilion. Dari jumlah ini, Felda akan mendapat RM5.62 billion. Ini kerana sebahagian besar, iaitu, 1,208,890,900 unit saham adalah milik Felda. FGVHB akan hanya menjana RM4.56 bilion dari pengapongkan saham ini. Jumlah ini relatif kecil untuk bercatur di dalam perniagaan peringkat global. Lagi pun, sebahagian besarnya akan diguna untuk membayar hutang dan kos penanaman semula.
Dengan melupuskan kesemua kepentingannya kepada FGVHB, Felda Badan Berkanun hanya mendapat RM5.65 bilion. Dari jumlah ini, RM1.69 bilion akan dibelanjakan untuk membayar RM15,000 durian runtuh kepada setiap keluarga peneroka. Baki yang ada pada Felda BB hanyalah RM3.96 bilion. Harus diingat bahawa Felda BB berbelanja kira-kira RM2 bilion setahun. Wang yang baki itu hanya cukup untuk menampong perbelanjaan 2 tahun. Selepas itu, wang pembayar cukai perlu disuntikkan kembali kepada Felda BB.
Harta yang dilupuskan kepada FGVHB adalah harta peneroka. Ia akhirnya akan dipindah milik, melalui jual beli saham di pasaran, kepada pelabur-pelabur bukan peneroka termasuklah taukeh-taukeh besar dan pelabur-pelabur asing yang memang sudah sedia kaya. Maknanya, yang dijual adalah harta peneroka. Oleh itu, wang yang dikatakan durian runtuh itu sebenarnya adalah hak peneroka. Tidak ada durian runtuh sebenarnya. Felda menjual hak peneroka kepada orang lain, dan sebahagian kecil dari wang itu diberikan kepada peneroka. Peneroka menerima wang yang dijana dari titik peluh mereka sendiri.
Siapakah yang sebenarnya mendapat untung besar dari pengapongan saham FGVHB?
Pada awalnya, harga TAA ditetapkan pada RM5.85 se saham. Di dalam prospektus yang dipaparkan dalam sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, harga TAA diturunkan kepada RM4.65 se saham, iaitu, penurunan sebanyak RM1.20 se saham atau diskaun sebanyak 20.5%. Ini bermakna, sebelum diapongkan, Felda BB telah rugi RM1.45 bilion. Penurunan harga ini bakal menguntungkan pelabur-pelabur dalam negera dan asing yang membeli saham FGVHB ini pada harga lebih murah, iaitu, diskaun 20.5%. Bila saham FGVHB mula dijual beli di pasaran nanti, akan ada pelabur-pelabur kaya tunai yang akan mengutip setiap unit saham yang dijual oleh pelabur runcit dan juga pelabur institusi sehingga mereka berjaya menguasai 30% daripada jumlah saham. Ketika itu, mereka akan berkuasa ke atas FGVHB dan kepentingan peneroka akan mengambil tempat duduk belakang.
Pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI, majoritinya kroni pemerintah dan penama UMNO, bakal mengaut untung besar. Golongan pelabur terpilih ini diperuntukkan 419,537,000 unit saham atau 11.5% dari jumlah saham yang diapongkan. Mereka, sebagai satu kumpulan, membeli saham ini pada harga RM1,950,847,050 (pada harga RM4.65 se saham). Jika harga naik ke RM5.85 sesaham (+RM1.20), mereka sudah mendapat untung RM503 juta. Kalau harga naik sebanyak RM2.40 (ke RM7.05 sesaham), golongan pelabur Bumiputera terpilih ini akan untung RM1 bilion. Ini tidak mustahil. Pembiayaan tidak menjadi masalah kepada mereka kerana disediakan oleh bank-bank. Pembeli saham pun tidak menjadi masalah kerana badan kerajaan kaya tunai seperti Tabung Haji, KWSP, PNB dan lain-lain sudah sedia untuk membeli dari mereka. Inilah dana PRU13 untuk UMNO.
Bila saham FGVHB yang aset utamanya tanah diapongkan, harta peneroka – tanah ladang dan kilang-kilang pemprosesan sawit – akan bertukar tangan secepat putaran jual beli saham di pasaran saham. Tiada siapa boleh menjamin harta bernilai peneroka ini tidak akan terlepas kepada pelabur asing yang rakus dan tamak. Peluang untuk memiliki tanah tidak ternilai ini dan menguasai minyak sawit, komoditi makanan yang amat penting di dunia hari ini, yang selama ini mereka intai, sudah sedia untuk digenggam.
harakahdaily Read More “SATU TITIK HITAM BUAT GENERASI MENDATANG PERIHAL KEPENTINGAN MELAYU DI"SABOTAJ" OLEH UMNO” »»
PERKONGSIAN PAK PANDIR BAKAL MENANTI PENEROKA FELDA
Oleh itu, kesan utama daripada penyenaraian FGVHB ialah pemindahan harta Felda kepada pelabur-pelabur institusi dalam negara dan luar negara dan sebuah syarikat asing yang diangkat sebagai “rakan kongsi strategik” bakal berkongsi milik tanah dan lain-lain harta Felda dengan peneroka.
Post ini memuatkan kajian oleh Dr Rosli Yaakop phD, bekas pegawai Bank Negara Malaysia dari prospektus yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan laporan oleh ANAK yang dipengerusikan oleh Sdr Mazlan Alimin. Penyelidikan dan usaha di atas tidak dibayaai oleh mana-mana pihak tetapi berdasarkan keprihatinan dan rasa tanggungjawab agar kita mempunyai hujjah di hadapan ALLAH pemilik semua yang ada di langit dan di bumi, mengenai usaha pihak pemimpin UMNO yang ingin menghancurkan umat Islam dan ekonomi mereka.
FGVHB: Menang sorak kampung tergadai
Dr. Rosli Yaakop, 03 Mei 2012

==================================================================
Permohonan saham FGVH melalui MITI ditutup esok
9:41PM Mei 3, 2012
Warga Felda, khususnya anggota Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang berkemampuan, disaran segera memohon saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).
Permohonan boleh dilakukan melalui peruntukan saham kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), khas untuk terbitan saham Bumiputera.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail berkata permohonan pembelian saham MITI akan ditutup esok.
Namun, katanya anggota masih berpeluang memohon saham FGVH dengan melayari laman web kementerian iaitu http://saham.miti.gov.my untuk memperoleh maklumat
berkaitan saham tersebut.
"Peluang ini harus direbut oleh warga Felda sebelum penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia nanti," kata Rozali.
Menurutnya Gabungan itu tidak mendapat peruntukan saham istimewa daripada FGVH.
Oleh itu, katanya warga Felda, khususnya anggota GWGF, boleh terus berhubung dengan MITI, Felda dan FGVH, bagi mendapat maklumat sebenar berkaitan saham yang ditawarkan.
- Bernama
http://www.malaysiakini.com/news/196888
========================================
Felda perlu mewujudkan satu mekanisma bagi generasi kedua tanah rancangan itu memiliki saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia.
Wakil gabungan empat badan bukan kerajaan generasi kedua Felda iaitu Majlis Belia Felda Malaysia, Gabungan Wawasan Generasi Felda, Persatuan Usahawan Felda dan Persatuan Pengamal-pengamal Undang-Undang Generasi Felda berkata mereka menyokong usaha kerajaan untuk menyenaraikan FGVH, dan berharap mereka diberikan
peruntukan khas.
Pengerusi Persatuan Pengamal Undang-Undang Generasi Felda, Roshidi Hasan, yang mewakili kumpulan itu, berkata di bawah peruntukan pembelian saham FGVH, generasi kedua Felda tidak ada diperuntukan khas untuk memiliki saham itu, kecuali membelinya di pasaran terbuka.
Justeru itu, mereka berharap FGVH dapat memberikan peruntukan khas baru atau menawarkan saham di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, katanya dalam satu sidang media di ibunegara malam tadi.
Beliau juga berkata pihak Felda perlu memberi penerangan kepada peneroka dan keluarga mereka mengenai penyenaraian FGVH memandangkan masih ramai tidak memahami kebaikan tindakan tersebut.
Katanya, Felda perlu menangkis kesemua dakyah yang dijaja oleh pelbagai pihak yang membantah penyenaraian FGVH yang telah mewujudkan kekeliruan di kalangan peneroka mengenai hasrat murni Felda itu.
Beliau juga berkata keempat-empat badan itu juga turut menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hari ini untuk mendapat beberapa penjelasan mengenai kepentingan generasi kedua Felda dalam penyenaraian FGVH itu
http://www.malaysiakini.com/news/196768
- Bernama
------------------------------
7:15PM Mei 2, 2012
Terdapat peneroka yang menyesal selepas menandatangani borang permohonan pinjaman dari institusi perbankan bagi membeli saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia, dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK).
Presidennya Mazlan Aliman mendakwa, kekesalan itu apabila mereka mengetahui risiko yang mungkin ditanggung setelah mendapat maklumat sebenar.
Malah, dakwanya, ada peneroka yang berjumpa dengan pengurusan Felda untuk menarik balik borang yang ditandatangani itu.
NONE"(Bagaimanapun) respons pengurusan Felda sangat negatif," katanya sambil mendakwa terdapat peneroka yang 'diugut dan diancam' disingkir dari Felda jika berbuat demikian.
Dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini, Mazlan turut menunjukkan, mengedarkan dan membaca dokumen perjanjian dan surat tanggung kerugian itu.
"Satu yang pelik, kita berniaga memikirkan pasal keuntungan, tetapi (di sini) fikir tentang kerugian," katanya sambil mengangkat surat tanggung kerugian.
"Jadi pihak bank pun tidak yakin... Saya yakin mereka tidak mahu tanggung risiko jika saham FGVH yang (disenaraikan) diapungkan," katanya yang juga ahli jawatankuasa Pusat PAS.
Pasaran saham dijangka merudum
Mazlan berkata penganalisis ekonomi meramalkan pasaran saham akan terus merudum dalam tempoh enam bulan akan datang menyebabkan peneroka bakal menanggung risikonya.
NONE"Saya merujuk kepada pegawai bank, risiko bankrap (bakal ditanggung) jika gagal membayar pinjaman bank... Perkembangan ini, (dilihat) sangat menzalimi, satu penipuan dan pengkhianatan kepada peneroka.
"Skim yang diperkenalkan ini, hampir menyerupai skim Pak Man Telo (iaitu) kumpul saham peneroka dan dipaksa jual dalam tempoh enam bulan," katanya.
Menurutnya lagi, beliau turut berasa pelik apabila peneroka yang berumur 65 tahun turut diberi pinjaman dalam jumlah yang besar sehingga mencecah antara RM50,000 dan RM100,000.
Mazlan mendakwa separuh daripada dana yang dikumpulkan daripada saham peneroka akan digunakan untuk pemberian 'durian runtuh' oleh perdana menteri pada 8 April dan hanya separuh lagi digunakan untuk pelaburan.
Turut hadir bekas pegawai Bank Negara Dr Rosli Yaacob yang kini bergiat aktif bersama PAS.
http://www.malaysiakini.com/news/196744
Biodata Dr Rosli Yaakop
Born in Kampong Kundur, Rembau, Negeri Sembilan in 1952. Currently he is the CEO of Ahsania-Malaysia Hajj Investment and Finance Company Limited, Dhaka, Bangladesh. Obtained his first degree in Economics from UM in 1975. Obtained masters and PHD in the same field from the University of Wisconsin, USA on BNM scholarship. He served BNM for 18 years. Previously served as Senior Vice President, Global Hajj and Umrah Corporation (Labuan) Limited, CEO, Golden Pharos Berhad, Director, Islamic Banking Scheme and Special Project, Abrar Discount Berhad, CEO, Abrar Finance Berhad, part-time lecturer on financial markets and institutions at the University of Malaya and board member of several companies. Areas of expertise included regulation of financial institutions, formulation and implementation of monetary, fiscal and economic policies, liquidity management, Islamic banking and finance and developing business strategies. Writes regularly on economic issues and presents papers in economic seminars. Current research interest is on the return of Gold Dinar as the currency of the Islamic World. 21 July 2007
APA RASIONALNYA MANSUH MECD DAN TUDING KE MITI
Apakan jadi pada MARA, TEKUN, LPKP jika diletak dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri?
Mungkin semua usahawan Melayu akan dibantu untuk dapat AP permit import kereta atau jadi agen syarikat kereta antarabangsa. Cepat sikit melayu jadi kaya.
Ataupun MITI bantu usahawan melayu buka kilang di Vietnam atau China di mana kos buruh serta kos operasi masih rendah.
Dulu MECD adalah payung dan tongkat usahawan Melayu, tetapi kini mungkin akan dibiarkan tempang dan berhujan panas bagi mematangkan mereka.
MECD, payung usahawan yang direntap Najib
Keadaan mula kecoh selepas Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dimansuhkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Ramai yang mula melenting terutamanya usahawan Melayu yang merasakan organisasi yang ada di bawah MECD ini akan terabai jika ia diletakkan di bawah kementerian lain.
Pastinya persepsi kegagalan agensi yang sudah tersedia di kementerian lain yang akan menjadi payung baru MARA, TEKUN, LPKP dan sebagainya membayangi perihal pemansuhan MECD ini.
Sebelum ini pun seperti kata beberapa tokoh usahawan, MECD sendiri masih belum cukup kuat dalam pencapaiannya dan ia perlu diperkasakan lagi.
Malangnya tak sempat untuk diperkasakan, MECD dihapuskan menyebabkan usahawan hilang 'arah', terkapai tanpa arah tujuannya hingga detik ini.
Hingga kini kedudukan MARA, TEKUN, LPKP, UDA dan sebagainya termasuk Bank Rakyat belum tentu pastinya, dan ramai yang menyatakan jika agensi ini diletakkan di bawah kementerian lain, apa pula dasarnya selepas ini.
Timbul bibit kebimbangan, tak kira di kalangan orang Umno, PAS, KeADILan mahupun pihak lain akan pemansuhan ini, yang ratanya bimbang dengan nasib usahawan tatkala ekonomi negara pun terumbang ambing,
Sebagai contoh, Pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahawanan Majlis Veteran Umno, Dato' Razali Isohak, sendiri berkata majoriti usahawan Bumiputera khususnya orang Melayu kecewa dengan pembubaran MECD.
Razali sendiri menyatakan, sepatutnya kementerian itu perlu diperkukuh dan dipertahankan bagi memperjuangkan nasib usahawan Bumiputera yang masih jauh ketinggalan.
Seperti juga kata Dato' Mahfuz Omar bahawa tindakan kerajaan dengan membubarkan MECD ini sebagai tindakan yang terkebelakang yang hanya akan menjadikan pembangunan usahawan itu terbantut.
Mengikut maklumat, lebih kurang empat juta pertubuhan koperasi dan enam juta ahli koperasi yang akan hilang tempat "berteduh" dan "mengadu nasib".
Malangnya apa yang mungkin difikirkan Najib dalam perihal melaksanakan agenda memansuhkan MECD tatkala usahawan masih belum benar-benar dimantapkan untuk pembangunan ekonomi yang lebih jitu.
Apakah Najib tidak mengambil iktibar dari pembangunan di Jepun dab Korea sebelum ini yang dipacu antaranya dengan pembikinan golongan usahawan yang mantap?
Perihal ini pernah disentuh oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang nyata memberi cadangan agar MECD dikembalikan semula dengan penyegaran kepada agensi yang ada di bawahnya supaya ia lebih mantap.
Sejauh mana suara-suara ini akan didengar Najib dalam melakukan reformnya, ia bergantung juga kepada sejauh mana Najib tidak mampu di'kawal' oleh orang-orang di belakangnya.
Namun setakat ini, MECD selaku payung kepada golongan usahawan direntap Najib sebaik sahaja naik takhta, dan entah apa muslihatnya.
Mks/Wan Nordin Wan Yaacob/HARAKAHDAILY
PAUTAN: AGENSI DIBAWAH MECD AKAN JADI SEPERTI FACEBOOK