

Terdapat sekolah-sekolah di Negeri Sembilan yang telah menerima notis agar semua peperiksaan dalaman disempurnakan di bulan Mei 2011. Juga arahan supaya dewan sekolah tidak disewakan mulai Jun 2011. Menurut laporan Sin Chew, pemberitahuan sedemikian biasa dihantar sebulan dua sebelum pilihanraya umum walaupun ia tidak menyebut secara khusus tentang pilihanraya. Namun, pemberitahuan sebegini sebagai petunjuk pilihanraya umum lazimnya tepat.
Some Negeri Sembilan schools have received notices asking internal exams to be concluded by May and school halls should not be leased out from June onwards. Such notices are usually sent by the government one or two months before general elections although the letters never explicitly mention it as the reason.
These kinds of notices can be an indicator of elections and it’s usually quite accurate.
School notices point to June polls
By Yow Hong Chieh
Malaysian Insider
April 11, 2011
KUALA LUMPUR, April 11 — Government notices regimenting school exam may suggest June or July snap polls, depending on the Sarawak state election outcome, Sin Chew Daily has reported.
The Chinese-language daily said today some Negeri Sembilan schools have received notices asking internal exams to be concluded by May and school halls should not be leased out from June onwards.
A Selangor Chinese primary school principal told the paper such notices are usually sent by the government one or two months before general elections although the letters never explicitly mention it as the reason.
“But these kinds of notices can be an indicator of elections and it’s usually quite accurate,” said the principal, who declined to be named.
According to Sin Chew Daily, only a small number of schools have received notices so far and that the timing of the next general election will likely depend on how well Barisan Nasional (BN) does in the Sarawak polls.
Sarawak will go to polls this April 16 in an election that is fast becoming BN’s to lose.
While PR’s leaders have long admitted that BN would successfully keep the hornbill state, many have expressed confidence that the state assembly majority would be significantly reduced.
BN presently has 63 seats in the 71-seat assembly while DAP has six and PKR and Parti Cinta Malaysia have one each.
SEKOLAH TELAH MENERIMA NOTIS PETUNJUK PILIHANRAYA UMUM
PILIHANRAYA DUN BERASINGAN UNTUK TIGA NEGERI


Bubar DUN: PAS mahu tiga
negeri Pakatan sokong Selangor
Oleh G Manimaran
April 04, 2011
Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, 4 April — PAS Selangor berharap kesemua kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) akan ikut langkah Selangor yang memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika pusat memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Mac 2012.
Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir Foto kiri) berkata, pihaknya yakin langkah itu akan membolehkan ‘risiko’ jentera Barisan Nasional (BN) bertumpu di Selangor dapat dielakkan.
“Pendirian PAS Selangor ialah negeri-negeri lain, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan akan bubarkan DUN serentak dengan Selangor selepas Mac 2012... jika ini dilakukan, kita boleh mengelakkan jentera BN hanya tumpu di satu negeri,” kata beliau kepada The Malaysian insider.
Katanya, PAS selari dengan pendirian yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Jumaat lalu bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan sebelum 2012.
“PAS pun merasakan tempoh selepas Mac 2012 adalah sesuai kerana empat tahun selepas pilihan raya umum 2008, dan kita boleh menunjukkan hasil pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Rakyat,” katanya lagi.
Khalid berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan tahun ini walaupun kerajaan pusat bertindak membubarkan Parlimen.
Abdul Khalid berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan DUN selepas Mac 2012 kerana mandat kerajaan negeri sekarang hanya akan berakhir pada 2013.
“Ada desas-desus bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya,” katanya.
Khalid dipetik berkata, keputusannya untuk tidak mengikut jadual pilihan raya kerajaan persekutuan kerana di bawah sistem persekutuan, negeri mempunyai hak dan kedaulatan untuk menentukan tarikh DUN akan dibubarkan seperti yang dilakukan Sarawak.
“Ia beri saya satu tempoh kira-kira setahun. Kini kita boleh nilai keberkesanan program kita,” kata Menteri Besar.
Tahun lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau berharap kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan kepada soal risiko tumpuan jentera pilihan raya BN jika memutuskan untuk mengadakan pilihan raya berasingan.
Pakatan Rakyat juga menerajui kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang.
Roslan Shahir berkata bagaimanapun pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya peringkat Parlimen jika BN memutuskan untuk memanggil pilihan raya awal.
“Kami, PAS sudah menggerakkan jentera pilihan raya sejak Januari lalu. Kalau diadakan pilihan raya Parlimen awal, kami pun sudah bersedia,” katanya.
“Pada pilihan raya lalu, kami bertanding di 20 kerusi dan menang di lapan tetapi tewas 12 lagi. Kali ini daripada 12 kerusi itu, kami jangka akan tawan sekurang-kurangnya lapan, khususnya di dewan undangan negeri Seri Serdang di mana calon PAS hanya tewas dengan 45 undi,” katanya.
Kerusi lain yang juga sedang diintai PAS adalah Sabak, Sungai Ayer Tawar, Morib, Taman Templer dan Paya Jaras.
Roslan berkata parti itu juga yakin mampu mengekalkan lapan kerusi DUN dan empat kerusi parlimen yang disandang mereka ketika ini. Laporan penuh di SINI
BENARKAH WAKIL RAKYAT MENANG TIADA KAITAN PARTI POLITIK
Tindakan mengarahkan seseorang wakil rakyat mengosongkan kerusi mereka bercanggah dengan prinsip perwakilan mewakili rakyat, kata beliau. “Melainkan dia sendiri mahu berundiur,” kata Wan Ahmad. Kata beliau, walaupun mereka bertanding atas tiket parti, tetapi Ahli Parlimen atau ADUN terbabit dipilih oleh rakyat atau pengundi kawasan yang mereka wakili. “Oleh itu adalah menjadi hak wakil rakyat (terbabit) untuk mengekalkan kerusinya sehingga akhir hayat mandat,” kata beliau lagi. Justeru Wan Ahmad berkata, wakil rakyat terbabit tidak perlu melepaskan kerusi yang dimenanginya, malah undang-undang juga tidak meminta mereka berbuat demikian. “Soal dia kena meletakkan jawatan, ini tidak timbul kerana dia hanya menggunakan simbol... parti politik tidak boleh mengarahkan seseorang wakil rakyat meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat, parti tidak boleh memaksa mereka meletakkan jawatan,” katanya lagi. Jelas Wan Ahmad, apabila seseorang Ahli Parlimen dan ADUN dipecat mereka boleh memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas. “Sebab itu kita ada peruntukan sebagai wakil rakyat Bebas,” kata beliau mengulas keputusan tegas PKR memecat Zulkifli, Ahli Parlimen penggal pertama, dan diarahkan supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu. Bagaimanapun Zulkifli menegaskan beliau tidak akan merayu dan pada masa yang sama akan mengekalkan kerusinya yang dimenangi 8 Mac 2008. Dengan menjadi wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat, tiga rakannya yang telah keluar PKR untuk bertindak sebagai Ahli Parlimen Bebas ialah Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Fadzli Samsuri (Bagan Serai). Tahun lalu ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah juga diminta melepaskan kerusinya tetapi beliau bertindak keluar untuk menjadi wakil rakyat Bebas. Malah pada awal tahun lalu, SPR menolak daripada menerima surat peletakan tanpa tarikh ADUN Behrang dan Changkat Jering yang dikatakan ditandatangani sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008. Kedua-dua ADUN itu menafikan mereka menandatangani surat berkenaan secara sukarela, sebaliknya mendakwa diminta menurunkan tandatangan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak mereka daripada melompat parti. 
#Anwar Boleh Kekal Sebagai Ketua Pembangkang, Kata PAS (Bernama)
#SPR: PKR tidak boleh paksa Zul Noordin kosongkan kerusi (Malaysian Insider)
#PAS: Benarkan MP paling tadah tanding semula (malaysiakini)
SPR kata parti-parti politik tiada hak untuk memaksa mana-mana wakil rakyat yang dipecat supaya mengosongkan kerusi mereka. SPR lupa hakikat yang petugas ketika berkempen semasa pilihan raya ialah penyokong serta ahli parti politik berkenaan. Kebenaran menggunakan lambang atau logo semasa pilihanraya adalah hak mutlak parti politik berkenaan. Malah ada parti politik yang menaja bahan kempen seperti poster dan sebagainya. Jika benar-benar seorang wakil rakyat itu menang dalam satu-satu pihanraya semata-mata dek kerana "popularitinya", maka disarankan wakil rakyat berkenaan bertanding di atas tiket bebas pada pilihan raya berikutnya.
Meletak jawatan sebagai wakil rakyat serta menarik diri hanya akan dilakukan oleh mereka-mereka yang punya harga diri, maruah dan takut malu. Malangnya kebanyakan kita tidak memiliki harga diri dan maruah peribadi.
PAS: Benarkan MP paling tadah tanding semula
Akta Pilihan Raya yang membataskan wakil rakyat yang meletakkan jawatan daripada bertanding semula, perlu dipinda bagi membuktikan calon tersebut mempunyai pengaruh di kawasan yang ditandinginya, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Ini kerana katanya, akta tersebut tidak membenarkan ahli parlimen atau adun yang mengosongkan kerusi mereka untuk bertanding semula selama lima tahun.
"Secara peribadinya, calon yang bertanding dalam sesuatu parti, (kemudian) keluar parti, secara moralnya, dia perlu meletakkan jawatan (sebagai wakil rakyat).
"Untuk membuktikan bahawa dia mempunyai sokongan daripada rakyat, dia perlu mempunyai peluang untuk bertanding semula, kalau ada pengaruh.
"Saya harap akta ini dipinda untuk membuktikan calon itu mendapat sokongan rakyat," kata Mustafa pada sidang media di ibu pejabat parti itu pagi ini.
Mustafa mengulas perkembangan terkini yang berlaku dalam Pakatan Rakyat termasuk beberapa ahli parlimen PKR yang berpaling tadah.
Mereka ialah Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru, Tan
Tee Beng - Nibong Tebal dan Mohsin Fadzil Samsuri (kiri, berketayap) - Bagan Serai yang baru-baru ini mengumum keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.
Mengulas lanjut, Mustafa berkata dengan adanya pindaan itu, ia dapat mewujudkan demokrasi apabila wakil rakyat yang dipilih bernar-benar mendapat sokongan rakyat.
Katanya, beliau "tidak tahu menahu" mengenai sebab utama ketiga-tiga ahli Parlimen PKR itu berpaling tadah.
Bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya, Mustafa berkata kemungkinan terdapat dua faktor - faktor dalaman dan luaran - yang menyebabkan mereka berbuat demikian.
Katanya, faktor dalaman itu adalah disebabkan terdapat ahli parlimen yang tidak tahan dengan suasana sebagai ahli parlimen kerana mendakwa ahli parlimen pembangkang tidak mendapat peruntukkan daripada kerajaan.
"Seseorang itu mempunyai sebab yang tidak sama. Ada yang tidak tahan dengan ujian. Mungkin ada ahli parlimen lain tahan, dia tak tahan," katanya.
Dari segi faktor luaran pula, Mustafa berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Umno "berusaha untuk mendapatkan sokongan" ahli parlimen pembangkang untuk mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
"Kalau mereka boleh buat di Perak, (apa yang berlaku) ini bukan satu perkara yang pelik. Trek rekod Umno daripada dulu hingga sekarang (adalah) untuk tarik wakil rakyat dengan perlbagai cara. Ini yang saya nampak," katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan agar wakil rakyat Pakatan Rakyat harus bersedia untuk menjadi sebagai wakil rakyat pembangkang di Parlimen
"Kalau takut dipukul ombak jangan berumah di tepi pantai. Jadi kita kena bersiap sedia.
"Kalau tidak istiqomah (dengan perjuangan) mungkin terdedah dengan perkara itu," kata Mustafa sambil menegaskan bahawa ahli Parlimen PAS tidak bertindak untuk keluar parti.
Katanya, tindakan keluar parti "tidak mungkin" berlaku di kalangan ahli PAS kerana mereka mempunyai keyakinan terhadap dasar dan perjuangan parti.
"Orang PAS tidak akan ikut individu. Mereka bukan mengikut pemimpin. Pemimpin boleh keluar tetapi ahli tidak akan ikut sebab berpegang dengan dasar perjuangan parti," katanya.
Susulan beberapa ahli parlimen PKR yang keluar PKR, Mustafa masih optimis, keadaan tersebut tidak memberi kesan kepada parti tersebut.
Ini kerana, katanya, mereka yang berpaling tadah itu bukan dari pemimpin PKR pada peringkat nasional yang mempunyai ramai pengikut.
Pada sidang media itu juga, Mustafa menegaskan sekali lagi, bahawa PAS akan terus tetap dalam Pakatan Rakyat bersama-sama DAP dan PKR.
Beliau juga berkata PAS akan terus memberi sokongan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang.
Abdul Rahim Sabri/malaysiakini
SPR: PKR tidak boleh paksa Zul Noordin kosongkan kerusi
KUALA LUMPUR, 7 Mac — Parti-parti politik tiada hak untuk memaksa mana-mana wakil rakyat yang dipecat supaya mengosongkan kerusi mereka, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar.
Ini termasuklah kes terbaru membabitkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat semalam dan beliau diarah mengosongkan kerusinya. Parlimen akan bersidang mula 15 Mac ini.
“Parti politik boleh memecat wakil rakyat mereka tetapi tidak boleh memaksa atau mengarahkan mereka melepaskan jawatan mereka sama ada sebagai Ahli Parlimen atau Adun,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
====================================================================================
Anwar Boleh Kekal Sebagai Ketua Pembangkang, Kata PAS
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- PAS pada Sabtu menyuarakan sokongannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus kekal sebagai Ketua Pembangkang walaupun beberapa Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar dari parti itu.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata ketiga-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat (PR) akan terus memberikan sokongan penuh kepada Penasihat PKR itu.
Katanya, kerajaan dan Speaker Dewan Rakyat tidak berhak untuk menentukan siapa Ketua Pembangkang di Parlimen kerana kedudukan tersebut ditentukan oleh anggota Parlimen pembangkang sendiri.
Isu jawatan yang dipegang Anwar timbul selepas bilangan Ahli Parlimen PKR menurun kepada 28 berikutan keputusan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) bertindak keluar parti untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas.
Mustafa memberitahu satu sidang akhbar di ibu pejabat PAS di sini bahawa kerjasama antara ketiga-tiga parti pembangkang itu tidak terjejas ekoran beberapa kejadian keluar parti itu.
Malah, katanya, gabungan pembangkang itu akan mengadakan sambutan dua tahun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang berlangsung selama lima hari mulai malam Sabtu.
Pada Selasa lepas, DAP turut menyatakan sokongan sama kepada Anwar untuk mengekalkan jawatannya dalam Parlimen.
Mengenai anggota PKR yang keluar parti itu, Mustafa berkata kemungkinan seseorang itu tidak tahan dengan ujian yang dihadapi sebagai Ahli Parlimen pembangkang berbanding Ahli Parlimen kerajaan yang didakwa diberi peruntukan RM1 juta bagi membangunkan projek di kawasan masing-masing.
"Ahli Parlimen pembangkang tidak mendapat semua itu dan ini mungkin memberi tekanan untuk mereka memberi perkhidmatan kepada rakyat, dia rasa dia terhalang, mungkin orang lain boleh tahan tapi dia tak tahan...tapi sebagai orang politik, dia sepatutnya bersedia menghadapi suasana seperti ini.
"Pepatah Melayu ada menyebut kalau takut dipukul ombak, jangan berumah di tepi pantai. Pembangkang macam berumah di tepi pantailah, dia menghadapi ombak, belum tsunami lagi tu," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa perkara itu ada hubung kait dengan usaha Barisan Nasional (BN) mendapatkan sokongan anggota Parlimen pembangkang untuk memperolehi dua pertiga majoriti dalam Parlimen.
BERNAMA
JASA AKAN BERJASA LAGI DALAM MENYEBAR MAKLUMAT

Tidak cukup dengan media cetak serta eletronik, satu agensi iaitu Jabatan Hal Ehwal Khas yang diketuai oleh Datuk Fuad Hassan bekas ADUN Ulu Kelang akan dipewrhebatkan aktivitinya bagi membantu BN menangani apa jua yang dianggapnya sebagai berita FITNAH. Ini semua petanda bahawa PRU ke -13 kian hampir bagi mereka yang ingin berfikir.
JASA Akan Manfaatkan NGO Untuk Perjelas Isu Semasa
KANGAR, 18 Nov (Bernama) -- Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) akan memanfaatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memperjelaskan pelbagai isu semasa secara tepat supaya masyarakat tidak membuat takfisran yang salah mengenai dasar negara.
Ketua Pengarahnya Datuk Fuad Hassan berkata bagi melicinkan urusan itu, JASA akan membekalkan segala maklumat mengenai perkembangan terkini kepada NGO untuk disalurkan kepada kumpulan sasaran mereka.
"Kita tidak mahu ada yang terpengaruh dengan fitnah dan tanggapan negatif yang bawa pihak tertentu.
Orang yang tak ada maklumat tepat akan terpengaruh dengan fitnah," katanya semasa melancarkan sekretariat NGO JASA Perlis di sini hari ini.
Beliau berkata, orang ramai perlu mendapat maklumat yang jelas dan tepat mengenai apa jua isu yang berlaku dalam negara supaya mereka tidak menjadi penyumbang kepada penyebaran fitnah.
JASA turut memberi penjelasan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak supaya ia tidak dipandang negatif dan menganggapnya sebagai konsep yang boleh membawa kemudaratan kepada negara.
Katanya, pertubuhan-pertubuhan kaum juga perlu memahami konsep sebenar 1Malaysia supaya mereka dapat menyalurkan maklumat yang jelas mengenai konsep yang bertujuan mewujudkan suasana perpaduan kaum yang lebih sempurna.
BERNAMA
BEBERAPA PETUNJUK PILIHANRAYA BAKAL DIADAKAN DI PERAK
Pakatan hadapi spekulasi p'raya Perak
Analisis Pakatan Rakyat di Perak terus bersedia menghadapi pilihan raya mengejut peringkat negeri – seperti yang mereka tuntut – walaupun tidak sepenuhnya yakin BN berani mengadakannya dalam masa terdekat.
Desas-desus mengenai kemungkinan pilihan raya negeri dipanggil muncul semula susulan perkembangan terkini di negeri ini, antaranya sambutan besar sehingga 50,000 orang di program pelancaran 1Malaysia di Ipoh kelmarin.
Ia diperkuatkan lagi dengan semakan daftar pemilih baru peringkat Perak selama seminggu sehingga Isnin depan, selain kesediaan Pakatan Rakyat menyediakan manifesto baru untuk berdepan dengan pilihan raya mengejut.
Difahamkan, gabungan tiga parti pembangkang itu juga sedang menggiatkan jentera mereka.
Ura-ura lebih 20 ADUN BN sudah mengambil foto terbaru masing-masing menguatkan spekulasi negeri ini bakal menghadapi pilihan raya.
Satu sumber Pakatan Rakyat menyebut, masih tidak jelas tujuan foto itu diambil sama ada untuk dijadikan poster atau sebab-sebab lain.
Krisis politik terus berlarutan di Perak, antara yang penting perebutan jawatan menteri besar antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan penggantinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melalui proses mahkamah akan didengar awal bulan depan.
Sementara persidangan DUN untuk pembentangan belanjawan negeri bermula 28 Oktober di tengah-tengah pertikaian siapa Speaker yang sah – sama ada V Sivakumar atau penggantinya Datuk R Ganesan.
Walaupun mengalu-alukan pilihan raya negeri, Mohamad Nizar berkata, perdana menteri tidak seharusnya melihat kejayaan menganjurkan program 1Malaysia sebagai penanda aras sokongan rakyat Perak kepada BN.
"Kalau nak tengok populariti di satu program saja, kalau tengok (keputusan) Bagan Pinang saja tidak boleh kata (BN) boleh menang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
"Kita tahu rakyat masih menyokong Pakatan Rakyat."
BN bagaimanapun, tegasnya, masih perlu menghadapi rakyat untuk mendapatkan mandat sahih daripada rakyat.
"Kalau ia betul-betul yakin dengan persepsi itu, ia kena uji. Ia kena berani menghadap ke bawah duli Tuanku (Sultan Perak) dan mohon untuk adakan pilihan raya," kata ADUN Pasir Panjang.
Mohamad Nizar menambah, Pakatan Rakyat menjangka pilihan raya itu akan diadakan dan telah "lama bersedia" untuk menghadapinya. "Pakatan Rakyat sudah ada manifesto untuk pilihan raya ini," katanya, dengan menjelaskan ia disediakan sejak dua bulan lalu.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata BN mungkin akan memanggil pilihan raya berkenaan berdasarkan pemerhatiannya terhadap beberapa tanda awal.
Katanya, beliau difahamkan wakil-wakil rakyat BN Perak telah menjalani satu sesi rakaman foto di sebuah kedai gambar di negeri itu, kira-kira dua bulan lalu.
"Secara tradisinya, apabila wakil rakyat diambil gambar seperti itu, pilihan raya akan diadakan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Gambar itu diambil lebih awal kerana ia perlu disunting bagi memastikan muka wakil-wakil rakyat BN tersebut kelihatan lebih menarik apabila dicetak pada bahan kempen, tambahnya.
Jelasnya lagi, DAP negeri membuat persediaan sejak tujuh bulan lalu dengan memberikan latihan berterusan.
Ngeh berkata, BN dipercayai akan mengambil kesempatan untuk mendapatkan sokongan rakyat daripada perkembangan kes Mohamad Nizar-Zambry di Mahkamah Persekutuan, 5 November ini.
"Mereka boleh gunakan keputusan mahkamah untuk tunjukkan kepada rakyat bahawa Zambry adalah menteri besar yang sah dan popular," katanya.
"Tetapi bajet negeri pula akan dibentangkan pada 28 Oktober (oleh Zambry). Jika mahkamah putuskan Nizar sebagai menteri besar yang sah, apa akan jadi dengan pembentangan bajet itu, adakah ia juga sah?"
Katanya, BN hanya akan memanggil pilihan raya jika keyakinan rakyat di negeri itu dilihat memihak kepada parti berkenaan.
"Setakat ini, situasi sekarang menunjukkan mereka akan meneruskan dengan cara sedia ada sehingga wujud keadaan lebih baik. Mereka mesti hendak wujudkan faktor feel good di kalangan rakyat dahulu," katanya.
Walaupun tidak menolak kemungkinan pilihan raya negeri, PKR masih belum pasti BN benar-benar ingin membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya semula.
Naib Presidennya Mustaffa Kamil Ayub berkata tanda-tanda bahawa pilihan raya baru akan diadakan kini masih belum jelas.
"Nak kata 'tidak lama lagi pun, tidak boleh juga', BN sendiri pun nampaknya tidak berapa yakin (untuk adakan pilihan raya)," katanya, yang juga bekas pengerusi PKR Perak, kepada Malaysiakini hari ini.
Seperti Mohamad Nizar, yang juga timbalan I pesuruhjaya PAS Perak, Mustaffa Kamil tidak yakin kempen 1Malaysia pada Ahad lalu sebagai petanda penting pilihan raya dengan menyifatkan ia satu "proses biasa".
Beliau juga tidak pasti sesi rakaman gambar wakil-wakil rakyat BN ke arah mengadakan satu pilihan raya baru.
"Saya fikir (foto) itu proses biasa, mereka perlu juga sentiasa bersiap sedia kerana kerajaan sedia ada masih tidak stabil dan sentiasa dicemuh oleh rakyat," jelasnya.
Beliau mengakui PKR sedang mempergiat latihan kepada jentera parti bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya, antaranya, ejen tempat mengundi.
Salhan K Ahmad/malaysiakini
SEJARAH DIKAJI, REALITI DITANGANI UNTUK PRK P59 DAN N25

Untuk analisis Pembaca Budiman, Keputusan PRU 12 dan PRU 11 kawasan P59 dan N25.
KEPUTUSAN TEPERINCI PILIHANRAYA UMUM KE-12 - TAHUN 2008
Parlimen P.59 - Bukit Gantang, Perak
Roslan Shaharum (PAS) memperolehi 20,015 undi
Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) memperolehi 18,449 undi
Morgan (Bebas) memperolehi 872 undi
PAS menang dengan majoriti sejumlah 1,566 undi
Pemilih berdaftar seramai: 55,471
Jumlah yang keluar mengundi: 40,301
Kertas undi rosak sejumlah: 851
Kertas undi tidak dikembalikan: 114
Peratusan mengundi: 72.65%
Dewan Undangan Negeri N.25 - Bukit Selambau, Kedah
V.Arumugam (Bebas) memperolehi 13,225 undi
Krishnan A/L Subramaniam (BN) memperolehi 10,863 undi
Bebas menang dengan majoriti sejumlah 2,362 undi
Pemilih berdaftar seramai: 34,977
Jumlah yang keluar mengundi: 25,798
Kertas undi rosak sejumlah: 1,694
Kertas undi tidak dikembalikan: 16
Peratusan mengundi: 73.76%
---------------------------------------------------------------------------
KEPUTUSAN TERPERINCI PILIHANRAYA UMUM KE-11 - TAHUN 2004
P.59 - Bukit Gantang, Perak
Tan Lian Hoe (BN) memperolehi 16,846 undi
Dr Lo' Lo' Mohamed Ghazali (PAS) memperolehi 10,144 undi
BN menang dengan majoriti sejumlah 6,702 undi
Pemilih berdaftar seramai: 53,880
Jumlah yang keluar mengundi: 27,645
Kertas undi rosak sejumlah: 655
Peratusan mengundi: 51.40%
Dewan Undangan Negeri N.25 - Bukit Selambau, Kedah
V.Saravanan (BN) memperolehi 14,196 undi
Mustafa Khalid Hanafi (Keadilan) memperolehi 6,501 undi
G.Ghanaguru (DAP) memperolehi 2,120 undi
BN menang dengan majoriti sejumlah 7,695 undi
Pemilih berdaftar seramai: 30,322
Jumlah yang keluar mengundi: 23,313
Kertas undi rosak sejumlah: 496
Peratusan mengundi: 77.09%
