Pesta Buku Selangor 2009 bermula 24 Julai hingga 3 Ogos
SHAH ALAM, 2 Julai - Kerajaan negeri Selangor bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bakal menganjurkan Pesta Buku Negeri Selangor kali keempat, tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata ia selaras dengan pelan tindakan kerajaan negeri untuk melahirkan insan yang berilmu dan berkualiti.
Katanya, penganjuran itu juga meletakkan Selangor sebagai “Hub Ilmuan atau Hub Pendidikan”.
“Pesta buku kali ini merupakan antara program yang amat penting dalam kalendar kerajaan negeri Selangor kerana ia merupakan salah satu agenda ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti untuk membina rakyat yang berilmu,” katanya.
Dr Halimah berkata demikian ketika berucap melancarkan Pesta Buku Selangor 2009 di Hotel Bluewave dekat.
Pesta Buku Selangor kali ini diadakan selama 11 hari bermula 24 Julai ini di Kompleks PKNS di sini.
Dr Halimah yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah PPAS berkata, budaya membaca perlu terus diterapkan kepada semua golongan masyarakat, bukan sahaja untuk santapan minda, malah menjadi ejen perubahan kepada sikap, hati dan minda seseorang.
Sementara itu, Pengarah PPAS, Mastura Muhamad berkata, tahun lalu lebih 90 ribu pengunjung sudah menjadikan Bandaraya Shah Alam sebagai tempat pertemuan ilmuwan mendapatkan bahan bacaan.
Sambutan menggalakkan itu, sekaligus menolak dakwaan bahawa kegawatan ekonomi menjejaskan industri bahan bacaan di negara ini.
“Sekiranya ada yang mengatakan ekonomi meleset sekarang ini memberi kesan kepada ibu bapa untuk membeli buku anak-anak dan mereka sendiri, itu tidak benar.
“Ini kerana daripada yang kita lihat daripada pesta buku antarabangsa yang lalu, kenaikan pembelian buku adalah sebanyak 300 peratus kerana inilah masa mereka untuk menambah ilmu untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi dan mencari panduan-panduan motivasi”, katanya.
ATIQAH YAACOB (TV SELANGOR
Showing posts with label PPAS. Show all posts
Showing posts with label PPAS. Show all posts
PESTA BUKU SELANGOR KEMBALI LAGI
Labels:
PESTA BUKU SELANGOR 2009,
PPAS
Aktiviti Exco Pendidikan pada 01/08/08: Majlis Makan Malam Sempena Pesta Buku Selangor 2008
Bertempat di Dewan Tkt 3 Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam pada 01 Ogos telah berlangsung Majlis di atas.

Labels:
PESTA BUKU SELANGOR 2008,
PPAS
Subscribe to:
Posts (Atom)
