Pengundi Bukan Melayu Penentu Di Bagan Pinang?
PORT DICKSON, 4 Okt (Bernama) -- Belumpun Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil negeri Bagan Pinang, sudah timbul cakap-cakap BN akan mengekalkan kerusi itu, kerana ia merupakan kubu kuatnya selama ini.
Kini, dengan Mohd Isa dilihat sebagai calon favorit rakyat Bagan Pinang, tidak syak lagi BN akan mengekalkan kerusi itu tanpa banyak masalah. Namun, gabungan memerintah tidak memandang ringan pilihan raya kecil ini.
Persoalannya sekarang ialah sebesar mana majoriti buat BN kali ini, dan siapa di kalangan pengundi akan menentukan seseorang calon itu menang besar atau sebaliknya.
Buat penganalisis politik Datuk Cheah See Kian, undi bukan Melayu adalah genting dalam pilihan raya kecil ini.
"Bagi saya, penentu ialah pengundi bukan Melayu, 20 peratus pengundi India dan 10 peratus undi Cina. Undi Melayu kemungkinan berpecah, tetapi saya lihat mungkin kelebihan 60 peratus buat Mohd Isa," katanya.
Mohd Isa, 60, anak tempatan yang pernah berkhidmat sebagai menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun sejak 1982, ditentang oleh Pesuruhjaya PAS negeri Zulkefly Mohamad Omar, dari Lenggeng.
Terdapat 13,664 pengundi berdaftar -- 9,060 pengundi biasa dan 4,604 pengundi pos -- majoriti pengundi Melayu yang mewakili 62.8 peratus, diikuti oleh India (20.7 peratus), Cina (11 peratus) dan lain-lain (5.5 peratus).
Cheah berkata Umno mempunyai kira-kira 2,300 anggota yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan itu dan BN dijangka meraih antara 5,000 dan 6,000 daripuda jumlah keseluruhan undi Melayu, berbanding kira-kira 4,000 pengundi Melayu untuk PAS.
Malahan, undi pos kira-kira 4,600 dikira pertaruhan selamat buat BN. Undi bukan Melayu adalah penting oleh kerana trend lepas di beberapa pilihan kecil lain menunjukkan mereka menyebelahi pakatan pembangkang.
"Mengikut perkiraan di atas kertas, bagi BN memenangi kerusi itu, mereka perlu mengekalkan 60 peratus sokongan Melayu dan pada masa sama, meraih sekurang-kurang 15 peratus undi Cina dan India, berserta sokongan majoriti dari undi pos," katanya.
Oleh itu, Cheah menjangkakan pakatan pembangkang akan berusaha keras mendapatkan undi bukan Melayu bagi mengubah haluan agar menentang BN, terutama memandangkan Mohd Isa mendapat sokongan popular dan dikenali sebagai "orang akar umbi".
"Setidak-tidaknya, saya fikir pakatan pembangkang akan berusaha keras mendapatkan sokongan 90 peratus dari bukan Melayu dengan menggunakan isu-isu nasional seperti kepala lembu, bagi mengubah aliran undi, setelah mengetahui bahawa kaedah lain tidak mungkin berkesan selepas mengetahui bahawa di kalangan penduduk bukan Melayu tempatan, Mohd Isa adalah seseorang yang cukup disenangi," kata beliau.
Bagaimanapun, buat seorang lagi penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian, tidak ada masalah untuk BN mengekalkan kawasan gabungan kaum ini sekalipun dengan hanya mendapat undi Melayu oleh kerana keputusan lepas menunjukkan BN memenangi kerusi itu tanpa banyak sokongan bukan Melayu.
"Dari kaca mata strategi politik, anda tidak boleh katakan secara terbuka oleh kerana anda memerlukan setiap satu undi. Bagaimanapun, fakta dari pilihan raya lepas menunjukkan BN menang dengan majoriti kira-kira 2,400, hasil sokongan kuat pengundi Melayu sementara kebanyakan undi India dan Cina pergi kepada PAS," katanya.
Dr Sivamurugan melihat senario yang berbeza sama sekali dalam pilihan raya kecil ini tidak seperti yang lalu oleh kerana BN, khususnya bahagian UMNO Teluk Kemang, memberikan sokongan padu dan bersatu kepada calon, Mohd Isa.
"Buat pertama kali, bahagian UMNO itu tidak berbalah tentang calon dan dipengaruhi politik puak," katanya.
Situasi ini baik buat BN, kata beliau.
Oleh itu, pembangkang terpaksa berusaha keras mendapatkan sebanyak mungkin sokongan bukan Melayu.
Kalangan dalam BN pula berpendapat lebih sukar bagi pembangkang mendapatkan sokongan bukan Melayu memandangkan sesetengah daripada mereka akan mengundi Isa kerana simpati dan tanda persahabatan.
"Jika ini berlaku, perubahan aliran antara 5 dan 10 peratus sokongan dari bukan Melayu kepada BN sudah cukup untuk membantu BN mengekalkan kerusi. Takkan Mohd Isa tidak langsung mempunyai sahabat Cina dan India di sana...
"Dalam pilihan raya lepas, calon bukan Mohd Isa tetapi kali ini, Mohd Isa bertanding. Beberapa orang penyokong Cina dan India, akan mengundi Mohd sebagai tanda penghargaan," kata orang dalam BN itu yang enggan dinyatakan identitinya.
Sementara itu, pengerusi DAP negeri Loke Siew Fook berkata dalam keputusan lepas, kira-kira 60 peratus dari undi bukan Melayu pergi kepada pembangkang, tetapi dalam pilihan raya kali ini, pembangkang mensasarkan kira-kira 70 peratus.
"Dari segi strategi politik, adalah munasabah untuk mendapatkan lebih banyak undi bukan Melayu oleh kerana berdasarkan keputusan dan trend lepas, undi Melayu berpecah.
"Malah, dalam kita berusaha ke arah mendapatkan sokongan semua kaum, kita masih perlu meraih sebanyak mungkin, undi bukan Melayu oleh kerana ini boleh mengubah haluan," kata beliau.
Kerusi Bagan Pinang kosong berikutan kematian Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 Sept.
Mohd Isa ditentang oleh Zulkefly dalam pilihan raya kecil 11 Okt ini.
BERNAMA
30 PERATUS PENGUNDI BUKAN MELAYU BAGAN PINANG BAKAL CIPTA SEJARAH
SATU LAWAN SATU DI PRK BGN PINANG

Bagan Pinang: Pertandingan satu lawan satu BN-PAS
Pengumuman itu dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang Abdul Wahab Shamsuddin (foto kiri)
11am: Masa bantahan tamat
10.23am: HPilihanraya kecil DUN Bagan Pinang akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar.
10.14am: Hanya calon BN, Tan Sri Isa Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar yang menyerahkan borang pencalonan. Tempoh serah borang pencalonan tamat jam 10 pagi.
Sebelum ini, Shahruddin tidak dapat menyerahkan kertas pencalonannya kepada penyokong bukan orang tempatan.
10.am: Ketegangan meningkat apabila kelihatan penyokong membaling botol air dari sebelah BN. Penyokong Pakatan Rakyat menjerit kepada pihak polis supaya mengambil tindakan.
9.42am: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa matlamat PAS adalah untuk menang bukan setakat mengurangkan majoriti BN di Bagan Pinang.
"Kita mahu menang," katanya kepada pemberita. Menurutnya, majoriti dalam pilihanraya umum 2008 adalah 2,000 lebih undi. Jadi tidak mustahil untuk pembangkang menang kali ini.
Bagaimanapun, beliau mengaku persaingan di Bagan Pinang adalah sengit bagi PAS, tetapi beliau yakin boleh menang.
9.40am: Penyokong kedua belah pihak semakin meningkat dan jumlahnya dianggar sama banyak.
9.33am: Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid keluar dari pusat penamaan calon selepas mendapati penyokongnya bukan dari Bagan Pinang. Pencadang penduduk Bagan Pinang.
9.31am: Keadaan menjadi agak tegang apabila penyokong kedua belah pihak bergerak hampir satu sama lain. Penyokogn BN dan Pakatan terus melaung antara satu sama lain. Polis cuba meredakan keadaan.
9.20am: Ketegangan meningkat. Kira-kira 50 anggota polis pencegah rusuhan membuat benteng antara penyokong BN dan Pakatan. Namun mereka terus melaung antara sama sama lain.
9.17am: Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid (foto bawah) memasuki pusat penamaan calon untuk menyerahkan pencalonannya.
9.16am: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Hatta Ramli ke kemah BN untuk bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Hassan.
Antara pemimpin DAP yang hadir exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu dan pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke yang ketua Pemuda DAP pusat (DAPSY).
Kelihatan pemimpin utama yang kelihatan berada dalam kemah BN termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Presiden PPP, Datuk M Kayveas, dan pemimpin utama Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Rais Yatim, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Mohd Ali Rustam.
9am: Calon BN, Tan Sri Isa Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar masuk ke pusat penamaan calon. Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid belum kelihatan. Di luar, penyokong BN menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita' manakala penyokong Pakatan melungkan 'rasuah, hidup rakyat dan hancur BN".
8.56am: Penyokong Pakatan seramai kira-kira 5,000 berkumpul di pintu masuk pusat penamaan calon, sambil melaung "julung rakyat, hancur BN, hancur ISA, hidup rakyat".
8.55am: Penyokong BN tiba di pusat penamaan calon. Mereka dipisahkan kira-kira 100 meter dari penyokong PAS.
8.45am: Penyokong BN dianggarkan seramai 3,000 mula bergerak ke pusat penamaan calon sejauh 1km. Hujan telah berhenti, tetapi orang ramai sudah basah lencun.
8.40am Hujan lebat menyebabkan orang ramai lari berlindung di bawah khemah yang disediakan di pusat penamaan calon. Ada yang menggunakan payung dan sesetengahnya menggunakan kain rentang untuk berlindung dari hujan.
8.30am: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin sudah sampai bersama calon BN, Tan Sri Isa Samad untuk bergerak ke pusat penamaan calon. Hujan mula turun
Manakala penyokong Pakatan sudah sampai ke pusat penamaan cal0n di pejabat daerah Port Dickson.
8.23am: Penyokong Pakatan mula bergerak ke pusat penamaan calon di pejabat daerah Port Dickson. Mereka melaung slogan "Tolak tolak rasuah, undi undi undi Islam" dan "Mansuhkan ISA".
Ada penyokong yang memakai baju-T bertulis "Tak Nak ISA", dipercayai merujuk kepada calon BN, Tan Sri Isa Samad.
Dengan dikawal oleh anggota unit keselamatan PAS, mereka berarak melalui kawasan perumahan menuju ke pusat penamaan calon .
Polis telah menyediakan dua tempat perhimpunan berasingan bagi penyokong Pakatan dan BN. Kedua-dua pihak juga menggunakan laluan yang berlainan menuju ke pusat penamaan calon bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
Malaysiakini
SPR & TENTERA HARUS TELUS DENGAN UNDI POS
Sama ada tutup lubang penipuan, atau tutup lubang keraguan
di fikiran rakyat. Yang mana satu?
Lagi lubang penipuan undi pos dibongkar
TELUK KEMANG, 2 Okt: Dewan pemuda PAS Pusat (DPP) hari ini sekali lagi tampil dengan pendedahan terbaru dakwaan berkaitan penipuan dalam undi pos.
Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala, Port DickSon didakwa akan mengadakan latihan menembak di Melaka pada hari pengundian pos di adakan.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa khas berkaitan Undi Pos, Suhaizan Kayat dalam blognya www.kentong-suhaizan.blogspot.com hari ini.
Beliau ketika mengesahkan perkara itu berkata, mengikut maklumat diperolehi, latihan tersebut akan diadakan pada 7, 8 dan 9 Oktober ini.
Kesemua anggota terlibat dijangka hanya akan pulang semula ke kem sehari kemudian selepas selesai latihan.
"Tarikh tersebut hari anggota tentera mengundi pos, kalau pergi latihan, macam mana nak mengundi," katanya yang juga ketua penerangan DPP.
ImageMengikut kebiasaan, kesemua anggota yang terlibat yang tidak sempat mengundi pada dua hari yang ditetapkan tersebut, borang mengundi untuk mereka akan dihantar pada 10 Oktober.
Kemudian kesemua kertas undi itu akan dipos kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seblum jam 5 petang 11 Oktober.
"Kita dapat maklumat, mengikut amalan kebiasaan, kertas undi mereka yang terlibat latihan akan dipangkah oleh orang lain bagi pihak mereka.
"Orang yang pangkah itu kita panggil pengundi setan," katanya lagi.
Mengukut maklumat yang didedahkan juga, jadual undi pos bermula pada 7 Oktober iaitu hari pengeluaran kertas undi pos.
Tarikh 8 dan 9 haribulan pula adalah hari pengundian manakala 10 Oktober adalah hari kertas undi siap untuk di pos kepada SPR.
Kem Sunggala menempatkan anggota yang kedua teramai iaitu seramai 1,130 orang pengundi pos.
"Adakah ini muslihatnya untuk mempastikan sampul keutamaan hanya dipos sahaja ?
"Bila dipos ia akan memudahkan penipuan," ujarnya lagi.
Dalam blognya juga, dia turut mendedahkan jadual kempen Umno BN dalam kem.
Kempen dalam kem mereka bermula hari ini melibatkan Proses Culaan Jentera BN di Institud Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kg Sawah yang menempatkan seramai 847 pengundi pos.
Pada 5 haribulan pula, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan berkempen kepada Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala yang menempatkan sejumlah 1,130 anggota.
Manakala hari berikutnya, Zahid akan berkempen di Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA), Kem Si Rusa yang menempatkan 407 anggota.
"Suasana ini tidak adil kerana BN dibenarkan untuk berkempen tapi PAS tidak dibenarkan", katanya._
Nazri Abdullah/harakahdaily
SPR KELUAR PERINGATAN PRK BAGAN PINANG (DWIBAHASA)
SPR akan menubuhkan tiga pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya bagi memantau perjalanan pilihan raya kecil itu.
Wan Ahmad (pic kiri) berkata, pasukan ini akan terdiri daripada ketua pasukan, pegawai polis, pegawai pihak berkuasa tempatan dan wakil calon.
SPR Ingatkan Semua Pihak Patuhi Peraturan Pilihan Raya
PORT DICKSON, 30 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Rabu mengingatkan parti-parti dalam pakatan pembangkang, kecuali PAS, bahawa mereka tidak layak menaikkan bendera, simbol parti, gambar pemimpin atau apa saja dalam Pilihan Raya Kecil Negeri Bagan Pinang di sini.
"Larangan ini sebab mereka tidak membayar deposit bahan kempen, mereka tidak membayar deposit pilihan raya dan kenapa mereka nak tumpang?...tak boleh," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
"Macam parti Barisan Nasional (BN). Dia gabungan 14 buah parti dan mereka berdaftar. Kalau pakatan pembangkang berdaftar, tak mengapalah," katanya.
Wan Ahmad bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan siri pertama taklimat kepada 277 pegawai yang akan menguruskan pilihan raya kecil itu.
Beliau berkata dalam istilah SPR Pakatan Rakyat tidak wujud sebab SPR hanya iktiraf parti yang berdaftar. Pakatan itu terdiri dari tiga parti - PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Katanya, kalau media hendak sebut nama pakatan rakyat, itu hak media tapi 'legally speaking' tidak wujud, yang wujud hanya pakatan pembangkang, bukan pakatan rakyat.
"Saya pun hairan kenapa mereka tak berdaftar lagi? Kalau mereka betul berpakat, mereka berdaftarlah, tak payahlah mereka nak berkempen, nak taruh gambar pemimpin tapi tidak berdaftar...susahlah. Kita ada peraturan undang-undang yang perlu dipatuhi," katanya.
Dalam pada itu, SPR akan menubuhkan tiga pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya bagi memantau perjalanan pilihan raya kecil itu.
Wan Ahmad berkata, pasukan ini akan terdiri daripada ketua pasukan, pegawai polis, pegawai pihak berkuasa tempatan dan wakil calon.
"Ketiga-tiga pasukan ini bertanggungjawab kepada pegawai pengurus pilihan raya. Ketiga-tiga pasukan ini akan dibahagikan kepada daerah-daerah mengundi iaitu mengikut pusat mengundi," katanya.
Mengenai pengundi pos, beliau berkata pilihan raya kecil itu kali ini melibatkan 4,604 pengundi pos.
"Pengundian pos yang dijalankan di dalam dewan kem tentera adalah sama seperti pengundian biasa, cumanya mereka mengundi awal, mungkin pada 8 atau 9 Okt...terserah pada pihak pengurusan kem," katanya.
BERNAMA
---------------------------------------------------------------------------------
EC: Three teams to monitor Bagan Pinang by-election
PORT DICKSON (Sept 30, 2009) :The Election Commission (EC) will set up three enforcement teams comprising officers from the EC, police and local authorities as well as individuals representing the candidates to monitor the campaign for the Bagan Pinang by-election.
EC deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar said the teams would be answerable to the returning officer and would be deployed in polling districts throughout the constituency.
"They will be provided with work procedure guideline," he told reporters after a briefing session with 277 EC officers involved in the by-election, here today.
He reminded political parties that only contesting parties were allowed to put up campaign paraphernalia.
"I am calling for cooperation from parties, which are not contesting, not to complicate things by going against the law. If these parties are not contesting, they are not paying any election deposit; why then should they put up their campaign materials?" he asked.
Wan Ahmad said that in the case of Barisan Nasional (BN), it was a registered party comprising 14 component members.
As far as the EC was concerned, he said, Pakatan Rakyat was non-existent.
Saying that the EC only recognised registered parties, he said, it would be up to the media if they wanted to use the term "Pakatan Rakyat".
He stressed, however, that the pact was not a registered entity.
"Why they are still not registered puzzles me," he said.
Meanwhile, Wan Ahmad said, the EC would ensure the postal voting was carried out in accordance with the law.
He said the Bagan Pinang by-election would involve 4,604 postal voters "The polling process at army camps is the same; it's only that they cast their votes much earlier, probably by Oct 8 or 9. It's up to the camp management," he said.
He also said the EC would strive to address all doubts over the postal voting process. "It is the rights of armed forces personnel to vote in elections and the law under which they can exercise these rights is through postal voting," he said.
Wan Ahmad also said the EC would fully enforce the campaign prohibition during polling day on Oct 11.
The Bagan Pinang by-election is called following the death of Azman Mohammad Noor of BN on Sept 4. Nomination is on Saturday.
Bernama/sun2surf
ZULKEFLY MOHAMAD CALON PAKATAN DI PRK BAGAN PINANG
Zulkefly Mohamad Omar calon Pakatan Rakyat PRK Bagan Pinang
TELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.
Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu 9 Teluk Kemang.
Zulkefly bakal berdepan calon Umno Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi.
Dengan pengumuman itu, Isa yang terpalit dengan beberpa kes rasuah dan salah guna kuasa dilihat berdepan laluan sukar menentang Zulkifli yang dilihat serba serbi bersih rekodnya.
Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkifli adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting calon terbaik Pakatan Rakyat.
Lebih 2,000 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan pada majlis pengumuman gilang gemilang sebentar tadi termasuk mereka dari luar negeri ini.
Mengiringi pengumuman tersebut tembakan bunga api yang menerangi seluruh kawasan perkarangan masjis tersebut.
Turut berucap pada majlis tersebut Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.
Hadir sama kesemua pimpinan tertinggi kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.
Antaranya dari PAS, Timbalan Presiden Ust Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.
Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan sejak 2007 lagi.
Selain daripada itu, Zulkefly adalah seorang profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa.
Beliau dijangaka akan menaikkan maruah orang Melayu di kawasan Bagan Pinang.
PAS Negeri Sembilan sebelum ini mencadangkan tiga nama kepada kepimpinan pusat, iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohamad Omar, ketua PAS Teluk Kemang, Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.
Pilihan raya ini dijangka menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Umno dan PAS.
Penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 3 Oktober dan pengundian pada Ahad, 11 Oktober.
Pilihan raya kecil bagan Pinang diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya daripada BN, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.
Isu pengundi pos, sebanyak hampir 5,000 daripada 14,192 pengundi menjadi perhatian dalam pilihan raya ini, dengan PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon PAS menemui pengundi pos terbabit dan menjaga kerahsiaan identiti mereka.
Bagan Pinang penting kepada kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN. Pakatan mahu meneruskan momentum kemenangan manakala BN mahu menang untuk membina kembali moral yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum ke-12.
Biodata lengkap calon Pas ini adalah seperti berikut :
NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
PROFESION: AHLI PERNIAGAAN
UMUR: 45 TAHUN
TARIKH LAHIR: 14/5/1964
KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)
NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI
ANAK:6 ORANG
AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN
FARAH WAHIDAH 18 TAHUN
MOHAMAD FADLI 14 TAHUN
MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN
FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN
MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN
JAWATAN DALAM PAS:
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)
SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)
EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)
PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)
KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)
BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)
LAIN-LAIN JAWATAN:
1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA
2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN
PENGALAMAN KERJA:
1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.
2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.
3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.
4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.
5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.
6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA
Hamdan MS & Nazri Abdullah/harakahdaily
ISA SAMAD CALON BN DI PRK BAGAN PINANG


Mohd Isa Calon BN Di Bagan Pinang
PORT DICKSON, 29 Sept (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bagan Pinang.
Pemilihan Isa, 59, yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 hingga Mac 2004, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana nama beliau disebut-sebut sebagai pilihan utama Umno bahagian Teluk Kemang, yang diketuai oleh beliau sendiri.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu mengumumkan nama calon BN itu di Pusat Operasi BN di sini petang ini, berkata pemilihan Mohd Isa dibuat selepas pucuk pimpinan parti mengambil kira kehendak rakyat di kawasan DUN itu.
Ia selaras dengan dasar 1Malaysia yang diamalkan kerajaan sekarang, iaitu rakyat didahulukan, katanya.
Beliau berharap dengan pemilihan calon itu, rakyat di Bagan Pinang akan memberi isyarat kuat menyokong BN melalui peti undi pada pilihan raya kecil kawasan DUN itu pada 11 Okt ini. Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu akan berlangsung Sabtu ini.
Mohd Isa dijangka ditentang oleh calon PAS, yang akan diumumkan namanya oleh pucuk pimpinan parti itu Isnin malam.
Kerusi DUN Bagan Pinang yang dimenangi BN dengan majoriti 2,333 undi pada pilihan raya umum lepas, menjadi kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada 4 Sept lepas.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN meminta seluruh para anggota parti komponen BN supaya menyatukan kekuatan dan memberi tumpuan yang sepenuhnya bagi menentukan kemenangan besar parti itu pada pilihan raya kecil kali ini.
Beliau berharap Bagan Pinang akan menjadi titik permulaan kepada transformasi yang sedang dibawakan oleh Kerajaan BN kepada seluruh rakyat di negara ini.
Mohd Isa juga merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO.
Dilahirkan di Melaka pada 14 Nov, 1949, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang, di sini sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur.
PEMUDA PAKATAN RAKYAT PALU GENDANG PERANG
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar menggesa supaya pemuda Pakatan Rakyat bergerak pantas tanpa membuang masa untuk menjalankan gerak kerja kempen bagi mengalahkan Umno dan BN di kubu mereka.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi menyeru semua pemuda supaya turun beramai-ramai dan bekerja dengan optimis, tanpa bersikap terlalu yakin (over confident) dalam pilihan raya kecil ini.
Ketua DAPSY, Anthony Loke Siew Fook, melahirkan keyakinan pengundi-pengundi Cina di Bagan Pinang akan memilih calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.
Pemuda Pakatan lancar jentera di Bagan Pinang
TELOK KEMANG, 27 Sept: Pemuda Pakatan Rakyat (PR) memulakan paluan "gendang perang" pilihan raya lebih awal dari jentera Barisan Nasional (BN) dengen melancarkan jentera pemuda Pajatan Rakyat di kampung Bagan Pinang dekat sini petang semalam, 26 September.
Ketiga-tiga ketua sayap pemuda parti komponen PR hadir dalam majlis perasmian dan pelancaran jentera serta pejabat gerak-gempur bersepadu pemuda parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi menyeru semua pemuda supaya turun beramai-ramai dan bekerja dengan optimis, tanpa bersikap terlalu yakin (over confident) dalam pilihan raya kecil ini selepas kemenangan demi kemenangan sebelum ini.
Manakala Ketua DAPSY, Anthony Loke Siew Fook, melahirkan keyakinan pengundi-pengundi Cina di Bagan Pinang akan memilih calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.
Turut berucap adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar, yang menggesa supaya pemuda Pakatan Rakyat bergerak pantas tanpa membuang masa untuk menjalankan gerak kerja kempen bagi mengalahkan Umno dan BN di kubu mereka ini.
Ketiga-tiga mereka juga menyeru semua pemuda Pakatan agar turun beramai-ramai ke sana terutama di hari penamaan calon 3 Oktober ini bagi memberikan sokongan moral kepada calon Pakatan dari PAS itu.
Pilihanraya kecil ini akan diadakan 11 Oktober ini selepas kematian Adun BN baru-baru ini.
Pakatan telah menyerahkan kepada PAS untuk meletakkan calon bagi pihak gabungan tiga parti itu dalam pilihanraya kecil ini selepas calon PAS bertanding dalam pilihan raya lalu.
30 peratus pengundi di sini adalah India dan Cina yang dijangka akan memihak kepada Pakatan manakala 30 peratus lagi pengundi pos yang bakal dikawal BN.
Perebutan kini adalah terhadap 40 peratus pengundi Melayu yang bakal menentu Pakatan atau BN yang akan menang dalam pilihan raya kecil ini.
Buletinonline/Harakahdaily
PAS DIBERI MANDAT BERTANDING DI PRK BAGAN PINANG
Keputusan memberi mandat kepada PAS untuk meletakkan calon di Bagan Pinang dalam PRK dibuat dalam mesyuarat bersama PAS, PKR dan DAP.
PAS Negeri Sembilan dikatakan mempunyai empat nama untuk menjadi calon di sini iaitu
Zulkefli sendiri di samping bekas Pesuruhajaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakob, Ketua Dewan Ulama negeri, Kassim Tahir dan bekas calon dalam pilihan raya lalu, Ramli Ismail. Ramli adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Telok Kemang.
Foto dari kiri Isa (Ketua Umno Bahagian), Ramli Ismail (YDP PAS), Husam (AJK PAS) dan
Zulkefli (PJ PAS Negeri).
Bagan Pinang: Salahudin pengarah, Pakatan serah PAS pilih calon
KUALA LUMPUR, 9 Sept: Selepas PAS melantik Naib Presidennya, Salahudin Ayub sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Telok Kemang, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pula memutuskan PAS akan bertanding di kerusi itu.
Keputusan melantik Salahudin dibuat oleh Lajnah Politik PAS yang bersidang di sini Isnin lepas. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Di Seremban, keputusan memberi mandat kepada PAS untuk meletakkan calon di situ dibuat dalam mesyuarat bersama PAS, PKR dan DAP.
Dalam sidang media bersama mereka, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohd Omar memaklumkan keputusan itu.
Turut serta dalam mesyuarat itu adalah Ketua Perhubungan PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas dan Pengerusi DAP negeri yang juga Anggota Parlimen Rasah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak, Loke Siew Fook.
Datuk Kamarul yang juga anggota Parlimen Telok Kemang berkata, PKR akan memberikan sokongan penuh kepada mana-mana calon yang dipilih oleh PAS.
Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Telok Kemang meminta agar calon PKR diletakkan dalam pilihan raya kecil itu.
Dalam pilihanraya umum tahun lepas, Azman Mohd Nor, 54, yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi 6,430 menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang memperoleh 4,097 undi. Majoriti kemenangan adalah 2,333.
Halangan besar calon Pakatan dalam pilihanraya ini adalah undi Pos yang melebibihi 5,000 orang atau kira-kira 30 peratus dari pengundi kawasan ini.
Sementara itu, PAS Negeri Sembilan dikatakan mempunyai empat nama untuk menjadi calon di sini.
Mereka adalah Zulkefli sendiri di samping bekas Pesuruhajaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakob, Ketua Dewan Ulama negeri, Kassim Tahir dan bekas calon dalam pilihan raya lalu, Ramli Ismail. Ramli adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Telok Kemang.
Di pihak Barisan Nasional pula, nama bekas MB Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad disebut-sebut bakal menjadi calon.
Namun menurut satu sumber lain, bagi meringankan tekanan kepada calon yang mempunyai rekod tidak baik itu, nama anak beliau Mohd Najib disebut-sebut sebagai ganti.
Keputusan untuk menyerahkan kepada Umno Telok Kemang yang dipimpin Mohd Isa untuk membuat keputusan menamakan calon di situ dibuat oleh Datuk Seri Mohamad Hassan, MB Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.
Zul Sulong/harakahdaily
KETENTUAN ILAHI TIADA SIAPA MENGATASI

ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal
ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.
Beliau meninggal dunia pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.
Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 54, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat 4097 undi.
Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).
Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.
Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.
Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.
Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).
Azman juga merupakan naib ketua Umno bahagian Teluk Kemang.
Menurut Bernama, anak lelakinya Hairol Asfani, 22, berkata bapanya meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah.
BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan. Dalam pilihan raya lalu, DAP menang 10 kerusi, PKR (4) dan PAS (1).
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Normah Zainal Abidin, 49, dan lima anak iaitu Mohd Khusairi, 23, Hairol Asfani, 22, Norsyazila, 19, Norsyafikah, 16, dan Norsyafitra, 13.
Hairol Asfani yang ditemui pemberita di hospital itu berkata bapanya dimasukkan ke hospital pada jam 3.30 pagi tadi akibat demam dan tidak boleh berjalan.
"Ayah mengadu demam sebelum ini tapi boleh berjalan tetapi lepas berbuka (puasa) petang semalam ayah tidak boleh berjalan," katanya.
Beliau berkata semua anggota keluarga berada di sisi bapanya semasa allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 2.30 petang.
Hairol Asfani berkata bapanya pernah menjalani pembedahan pintasan koronari pada Mei lalu.
Turut hadir di hospital ialah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan ekas Menteri Besar yang juga Ketua Umno Bahagian Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa bdul Samad.
"Allahyarham merupakan kawan lama saya dalam Umno, tambahan pula beliau dalah Naib Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan telah berkhidmat dengan baik. aya berharap keluarga allahyarham dapat bersabar menerima dugaan ini dengan abah," kata Mohamad.
Mohd Isa pula berkata pemergian allahyarham adalah kehilangan seorang tokoh UMNO Bahagian Telok Kemang dan Negeri Sembilan.
Katanya allahyarham adalah seorang yang taat kepada parti dan komited dalam tugasan yang diberikan kepadanya.
Jenazah allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan kariah Bagan Pinang malam ini.
Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Abdul Razak ansor berkata beliau akan mengemukakan notis mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang kepada SPR Isnin ini (7 September).
"Terpulang kepada SPR untuk menentukan tarikh penamaan dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN itu," katanya.
Malaysiakini
