Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label Pasukan Anti Dadah Kebangsaan. Show all posts
Showing posts with label Pasukan Anti Dadah Kebangsaan. Show all posts

12 PEMANDU BAS EKSPRES DISAHKAN GUNA DADAH

Sejumlah 2,808 bas ekspres, membabitkan 257 syarikat, diperiksa brek dan tayar di bengkel dan terminal bagi memastikan kenderaan awam terbabit selamat digunakan ketika membawa penumpang pulang berhari raya. Tahniah dan syabas untuk JPJ.

Pemandu bas ekspres ditahan setelah didapati positif menggunakan dadah semasa memandu kenderaan terbabit.

21 Pemandu Kenderaan Berat Disahkan Positif Dadah - JPJ



KOTA BAHARU, 22 Sept (Bernama) -- Seramai 21 pemandu kenderaan berat, termasuk 12 pemandu bas ekspres disahkan menggunakan dadah ketika memandu kenderaan terbabit, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.

Katanya semua pemandu bas ekspres itu diperiksa di 30 terminal bas dan pusat pemeriksaan kenderaan berat dalam operasi bersepadu seluruh negara sepanjang tempoh 6 hingga 19 Sept.

"Mereka yang ditahan setelah didapati positif menggunakan dadah semasa memandu itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya kepada Bernama di sini, pada Selasa.

Operasi itu diadakan bagi memastikan pemandu kenderaan berat tidak dipengaruhi dadah sewaktu memandu, terutama pada musim perayaan bagi mengelakkan kemalangan jalan raya membabitkan pengangkutan awam.

Solah berkata sejumlah 2,808 bas ekspres, membabitkan 257 syarikat, diperiksa brek dan tayar di bengkel dan terminal bagi memastikan kenderaan awam terbabit selamat digunakan ketika membawa penumpang pulang berhari raya.

"Selain itu, kita juga mengeluarkan 6,166 saman terhadap pemandu kenderaan, termasuk 352 pemandu bas ekspres kerana melakukan pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang tempoh operasi berkenaan," katanya.

-- BERNAMA

Read More “12 PEMANDU BAS EKSPRES DISAHKAN GUNA DADAH”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com