Pemuda syor salur terus peruntukan ke cawangan
KUALA LUMPUR: Pemuda Umno mencadangkan ibu pejabat parti menyalurkan terus peruntukan kewangan ke cawangan bagi membolehkan proses memperkasakan ahli di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan secara berkesan.
Wakil Pemuda, Muhammad Suffian Awang, berkata langkah itu perlu bagi menggalakkan kepemimpinan cawangan menyusun lebih banyak aktiviti bagi menarik sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.
"Proses mengupayakan Umno perlu dilakukan pada peringkat akar umbi. Seharusnya peruntukan diturunkan terus ke cawangan supaya kita boleh melakukan aktiviti pengupayaan dengan berkesan," katanya ketika menyokong ucapan dasar Presiden.
Muhammad Suffian berkata, Umno juga wajar mencontohi strategi digunakan jentera kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, yang mengeksploitasi sepenuhnya media baru bagi mendapat sokongan rakyat terutama generasi muda.
Katanya, jentera pilihan raya Obama menggunakan sepenuhnya telefon bimbit - perkakas media baru dengan melakukan kempen melalui penyebaran SMS.
"Telefon bimbit adalah alat terkini dan relevan bagi generasi muda. Ia menjadi nadi kehidupan generasi muda dan alat penyebaran maklumat paling mustajab kepada golongan muda.
"Maka, Pemuda menyarankan syarikat telekomunikasi membantu kerajaan menyebarkan maklumat mengenai usaha kerajaan membantu rakyat supaya terus sampai kepada sasaran melalui SMS," katanya.
Beliau berkata, selain melakukan transformasi dan pindaan Perlembagaan untuk mengukuhkan parti, Umno perlu mendekati badan bukan kerajaan (NGO) kerana entiti itu mampu mempengaruhi rakyat.
"Terdapat lebih 200,000 NGO berdaftar dan aktif di Malaysia. Pemuda mencadangkan wujudkan Majlis Permuafakaan NGO yang dapat memberi ruang kepada entiti itu memberi pendapat kepada kepimpinan negara," katanya.
Muhamad Suffian turut mengingatkan pemimpin Umno menghindarkan sikap negatif ketika turun padang dan mengamalkan sikap rendah diri, tawaduk, jujur serta tidak sombong ketika mendekati rakyat.
BERITAHARIANONLINE
BUKTI KETUA UMNO BAHAGIAN TIDAK AMANAH
PERANG SARAF SIBER SATU KPI PEMUDA UMNO

*Bagi tujuan menarik sokongan pengundi selain menambah keanggotaan, mendaftarkan anggotanya sebagai pengundi, menjalin hubungan strategik dan menambah sokongan pengundi kepada BN, pemuda UMNO telah menggariskan "kemenangan perang saraf dalam dunia siber" sebagai penanda aras pencapaiannya.
* Terdapat lebih 16 juta pengguna Internet di negara ini berbanding 10.9 juta pengundi (pada pilihan raya umum ke-12 lepas.
*Dianggarkan kira-kira 1.8 juta pengundi baru dijangka mengambil bahagian pada PRU-13 akan datang.
Perang Saraf Siber Tumpuan Pemuda Umno
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Atas kesedaran mengenai pengaruh internet dalam masyarakat, Pemuda Umno menggariskan "kemenangan perang saraf dalam dunia siber" sebagai penanda aras pencapaian bagi sayap parti Umno itu.
Langkah itu dilihat sejajar dengan senario politik semasa yang mana platform siber digunakan untuk melancarkan "perang saraf" melalui blog atau web portal online.
Ia juga senjata ampuh membentuk persepsi masyarakat terhadap sesuatu isu.
"Ini satu kemajuan jika Pemuda Umno mengiktiraf pengaruh dan peranan media baru," kata pensyarah pengajian media Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah kepada Bernama ketika mengulas usaha Pemuda itu.
Langkah itu merupakan satu daripada lima penanda aras digariskan kepimpinan Pemuda Umno semasa perhimpunan agung Pemuda Umno hari ini bagi menarik sokongan pengundi selain menambah keanggotaan, mendaftarkan anggotanya sebagai pengundi, menjalin hubungan strategik dan menambah sokongan pengundi kepada BN.
Generasi muda dikatakan cenderung kepada media baru untuk sumber maklumat.
"Ini cabaran kita, menerangkan kepada generasi muda untuk membezakan antara fitnah dan fakta yang ditaburkan di alam siber ini," kata Ketua Biro Aduan Komuniti Awam Pemuda Umno, Datuk Khairun Aseh.
Khairun berkata pengiktirafan terhadap peranan media baru dalam senario politik negara itu menunjukkan Umno mahu melakukan perubahan ke arah politik "engagement".
"Apa yang penting bukan serang tapi terang (penjelasan)," katanya.
Pada pilihan raya umum (PRU) ke-12 lepas, pengundi muda dikatakan terpengaruh dengan maklumat yang tersebar luas dalam dunia siber yang menyaksikan buat pertama kalinya Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiganya di 222 kerusi Parlimen.
Dalam penggunaan media baru sebagai alat komunikasi efektif, seorang sarjana komunikasi berkata parti kerajaan agak terkebelakang berbanding parti pembangkang.
"Ini kerana media baru adalah medium utama bagi pembangkang sejak 1999 berbanding BN yang mempunyai media arus perdana," kata pensyarah komunikasi Universiti Putra Malaysia, Ishak Abdul Hamid.
Yang pasti, penjelasan isu-isu semasa dalam dunia siber amat penting.
Ini berdasarkan hakikat terdapat lebih 16 juta pengguna Internet di negara ini berbanding 10.9 juta pengundi (pada pilihan raya umum ke-12 lepas) yang mempunyai kuasa menentukan masa depan negara.
Kira-kira 1.8 juta pengundi baru dijangka mengambil bahagian pada PRU-13 akan datang.
Syed Azwan Syed Ali /BERNAMA
TERDESAK SANGGUP LAKUKAN APA SAJA

*Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak
*Wajib pertahankan diri, Pemuda PAS diarah siap siaga
Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak
BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.
Bercakap pada sidang media tergempar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut siang tadi, Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 1.30 pagi.
Sekumpulan 100 lelaki bermotosikal dikatakan memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.
Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut.
Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.
Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.
Ekoran itu DPP pusat akan membuat laporan polis jam 6 petang ini di Balai Polis Port Dickson.
"Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga. Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini," Ujar Nasaruddin lagi.
Nasarudin turut mempersoal sikap pihak keselamatan yang lambat bertindak sedangkan semalam insiden serupa telah berlaku dan telah dimaklumkan kepada pihak polis.
"Semalam sudah berlaku perkara ini, kita dah maklum kepada pihak polis supaya ketatkan keselamatan, tapi malam tadi berlaku lagi, yang ini kita sangat kecewa," katanya.
Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.
"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.
Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.
Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.
"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.
Ekoran kejadian tersebut juga, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.
Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.
"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.
Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.
Image"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.
"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.
Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.
Nazri Abdullah/harakahdaily
================================================================
Wajib pertahankan diri, Pemuda PAS diarah siap siaga
TELOK KEMANG, 8 Okt: Berikutan insiden keganasan terhadap beberapa petugas PAS dan Unit Amal, PAS menggesa semua jentera dan petugasnya untuk meningkatkan tahap kesiap sigaan dan keselamatan yang tinggi demi mengelakkan kejadian tidak diingini itu berulang.
Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dato' Ustaz Abdul Halim ketika ditemui Harakahdaily di Markas Utama PAS Bagan Pinang memberitahu, bahawa persediaan menjaga keselamatan diri ini merupakan perkara yang dituntut oleh agama.
"Dalam al-Quran jelas menyatakan kewajaran manusia menjaga keselamatan diri masing-masing di mana mereka berada daripada ancaman pihak musuh.
"Justeru menjadi kewajipan bagi umat Islam khususnya kepada para petugas PAS dan penyokong untuk mempertahankan diri sekiranya berlaku tindakan-tindakan provokasi dan menyerang oleh pihak musuh.
"Kita tidak akan memulakan tindakan melangkaui agama tetapi jika ada ancaman dan serangan, kita mesti pertahankan diri," katanya yang juga Ahli Parlimen Pengakalan Chepa
Beliau kesal dengan sikap ganas yang ditunjukkan oleh parti lawan yang dilihat begitu tertekan untuk memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini.
Sambil menasihati para petugas untuk turun bekerja buruk berlaku seperti kejadian semalam.
Image(Gambar:Abdul Halim Rahman)
Petang dan malam semalam, lebih enam orang petugas dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk di Bagan Pinang.
Selain kecederaan, beberapa kenderaan juga turut mengalami kerosakan akibat tindakan ganas itu.
Mengutuk dan menyelar sikap biadap dan kurang ajar itu, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat Ustaz Firdaus Jaafar begitu kesal dengan pihak berkuasa seperti polis dan SPR yang tidak mengambil tindakan cepat untuk memastikan kejadian ganas itu daripada berlaku.
Ini dilihat seolah-olah ada usaha terancang diantara pihak lawan dan polis untuk melumpuhkan dan merosakkan jentera Pakatan Rakyat melalui tindakan provokasi.
Beliau menyebut beberapa contoh aduan yang dilayan sambil lewa oleh polis seolah-olah 'membiarkan ' sahaja kejadian itu berlaku terlebih dahulu.
Firdaus turut membidas kenyataan Exco Pemuda Umno Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid yang bersifat mencabar dan cuba mencetuskan suasana tegang sewaktu kempen di Bagan Pinang.
Megat dilaporkan mengarahkan sejumlah 4,000 pemuda Umno Malaysia untuk turun ke Bagan Pinang dan 'menggantikan' tugas polis untuk menjaga keselamatan jika pihak berkuasa itu gagal mengawal keadaan.
"Dia sudah menghina polis dan dia kata akan turun pasukan pemuda ala komando. Ini satu kenyataan dan tindakan provokasi dan ada usaha merancang untuk mencetuskan huru hara di sini.
"Saya minta polis sdiasat segera kenyataan beliau dan juga insiden yang membabitkan petugas PAS yang dipukul dan dibelasah," katanya ketika ditemui di lokasi yang sama.
Image(Gambar:Firdaus Jaafar)
Beliau tidak mahu Pemuda PAS mencetuskan provokasi sebaliknya akan bekerja keras untuk melakukan yang terbaik untuk Pakatan Rakyat dengan mengikut lunas-undang-undang yang ada.
"Ada maklumat yang kita dapat kata polis suruh tangguh dulu, ada yang makan dulu dan lambat sampai ke tempat kejadian.
"Kenapa polis lembap...kenapa mahu tunggu bila sudah parah dan cedera baru mahu bertindak," katanya yang juga Ahli Parlimen Jerai.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi tadi, sekumpulan 100 lelaki bermotosikal memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.
Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut.
Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.
Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.
Firdaus juga mahu polis beri jaminan segera keselamatan petugas Pakatan Rakyat di sini dan supaya semua petugas dapat berkempen dengan selesa.
"Walaupun jentara pemuda cedera parah, semangat pemuda tidak pernah luntur sama sekali dan akan terus bekerja untuk menang di Bagan Pinang ini," katanya yang mahu jentera pemuda PAS untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan._
Azamin Amin/harakahdaily
SAYAP UMNO SEMUANYA TELAH MENDAPAT KETUA BARU

Tahniah kepada semua ketua sayap UMNO yang telah menang pertandingan-pemilihan sebentar tadi. Semoga natijah yang baik akan timbul dari semua ini. Serahkan keputusan untuk semua urusan kepada ALlah yang kepadaNya kita akan kembali, mahu tak mahu, tiada pilihan.
"Katakanlah lagi: Tuhan kita akan menghimpunkan Kita semua (pada hari kiamat), kemudian Dia akan menyelesaikan perselisihan yang ada di antara kita dengan penyelesaian yang benar dan Dialah jua Hakim yang seadil-adilnya, lagi Yang Maha Mengetahui segala-galanya." 34:26
Khairy Dipilih Ketua Pemuda Umno
Khairy Jamaluddin dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru setelah memperolehi 304 undi, menewaskan dua calon lain iaitu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
PEMUDA
Pengerusi tetap
Datuk Abdul Fattah Abdullah (460 undi)
Timbalan pengerusi tetap
Muhammad Yadzan Mohammad (202 undi)
Ketua
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (304 undi)
Naib ketua
Datuk Razali Ibrahim (417 undi)
Ahli jawatankuasa
1. Mohamed Suffian Awang (653 undi)
2. Shafiqurrahman Haji Shamsuddin
3. Sohaimi Shahadan (541 undi)
4. Mohamad Nazim A Samad (534 undi)
5. Mohd Afandi Yusoff (503 undi)
6. Jamawi Jaafar (471 undi)
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak (471 undi)
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin (455 undi)
9. Ahmad Darus (446 undi)
10. Ahmad Zaki Zahid (446 undi)
11. Ali Mazat Salleh (437 undi)
12. Megat Zulkarnain (436 undi)
13. Zuber Zabidi
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin (419 undi)
15. Lokman Noor Adam (406 undi)
16. Syahrin Md Jamaluddin (404 undi)
17. Tun Faisal Ismail Aziz (402 undi)
18. Muhammad Khairun Aseh (389 undi)
19. Mohd Hisamudin Yahaya (388 undi)
20. Mohamad Iruan Zulkefli (387 undi)
Rosnah Dipilih Ketua Puteri Umno
Datuk Rosnah Abdul Rahsid Shirlin dipilih sebagai Ketua Puteri Umno yang baru setelah memperolehi 245 undi menewaskan lima calon lain.
PUTERI
Pengerusi tetap
Azlieza Azizan (445 undi)
Timbalan pengerusi tetap
Hasspalela Mohammed Hassan (499 undi)
Ketua
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (245 undi)
Naib ketua
Shahanim Mohamad Yusoff (353 undi)
Ahli jawatankuasa
1. Mas Ermieyati Samsudin (604 undi)
2. Hasrunizah Hassan (514 undi)
3. Azlinda Zubir (510 undi)
4. Zahida Zarik Khan (501 undi)
5. Asmaiza Aahmad (498 undi)
6. Norhasmizah Mat Tahir (482 undi)
7. Fahariyah Md Nordin (474 undi)
8. Wan Salwati Abdullah (465 undi)
9. Dg Maimunah Sidek (453 undi)
10. Isfarina Mohd Ali (444 undi)
11. Wan Zawiyah Wan Halim (433 undi)
12. Norsabrina Mohd Noor (426 undi)
13. Nor Azita Abdul Rahman (414 undi)
14. Fatimah @ Nik Fatimah Nik Salleh (400 undi)
15. Seriwani Sabtu (395 undi)
16. Jamilah Hanim Othman (388 undi)
17. Idamoerni Zakaria (384 undi)
18. Anita Murad (379 undi)
19. Zauyah Zainuddin (377 undi)
20. Rina Mohd Harun (375 undi)
Keputusan Pemilihan Wanita Umno
Berikut adalah keputusan pemilihan Wanita Umno 2008.
PENGERUSI TETAP
Tan Sri Napsiah Omar (tanpa bertanding)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Datuk Saripah Aminahbi Syed Mohd
KETUA
Datuk Seri Shahrizat Abdil Jalil............ (507 undi)
NAIB KETUA
Datuk Kamilia Ibrahim....................... (tanpa bertanding)
EXCO
1. Hasnah Salam............................. (520 votes)
2. Datuk Maznah Abdul Hamid................. (509 votes)
3. Datuk Rosni Zahari....................... (480 votes)
4. Datuk Armani Mahiruddin.................. (463 votes)
5. Datin Paduka Norhayati Onn............... (463 votes)
6. Datuk Norhayati Omar..................... (432 votes)
7. Datuk Rusnah Kassim...................... (430 votes)
8. Marlia Abd Latiff ....................... (416 votes)
9. Noriah Mahat............................. (412 votes)
10. Ros Suryati Alang....................... (405 votes)
11. Jamelah A Bakar......................... (400 votes)
12. Suraya Yaacob........................... (388 votes)
13. Azihani Ali............................. (385 votes)
14. Norliza Abdul Rahim..................... (377 votes)
15. Sharifah Azizah Syed Zain............... (375 votes)
16. Datuk Maznah Mazlan .................... (374 votes)
17. Datuk Azizah Mohd Dun................... (371 votes)
18. Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin... (367 votes)
19. Norliza Hj Ahmad ....................... (347 votes)
20. Wan Hazani Wan Mohd Nor.................(344 votes)
BERNAMA
BAGI MEMBANTU SIASATAN ANDA MEMILIKI MAKLUMAT INDIVIDU DI BAWAH?
Segolongan Pemuda UMNO yang datang untuk membuat kacau dengan sengaja menghalang laluan ADUN Pakatan dan Speaker DUN. Mereka telah mengamuk selepas cubaan untuk menghampiri YB-YB Pakatan disekat. Kononnya mereka sedang dicari Polis bagi membantu siasatan di atas kejadian yang berlaku di hadapan SUK Perak pagi kelmarin. Jika anda memiliki maklumat tentang mereka, sila ke balai polis berhampiran. Terima kasih.
SEMANGAT PEMUDA UMNO BOLEH BERJANGKIT KEPADA KDN / MKN ISYTIHAR MAGERAN DI PERAK ATAU OPERASI LALANG II

Pemuda Dinasihat Tidak Lakukan Konfrontasi, Keganasan Fizikal
Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menasihatkan 700,000 anggotanya supaya tidak membuat konfrontasi atau keganasan secara fizikal yang boleh mencetuskan kekacauan.
Beliau berkata pergerakan itu tidak pernah menggalakkan atau mengizinkan perlakuan sedemikian di kalangan anggotanya.
"Tetapi pada masa yang sama, saya ingin katakan bahawa semua ini tercetus kerana keceluparan Karpal Singh di Dewan Rakyat.
"Saya rasa Karpal Singh perlu berhati-hati, jangan main-main dengan Pemuda Umno, dengan sentimen akar umbi sebab saya rasa kemarahan ini memang serius dan beliau harus berhati-hati dengan apa yang dia cakap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Futsal Terbuka Belia Seputeh di sini.
Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden kekecohan di Parlimen, Khamis lepas yang membabitkan 30 anggota Pemuda Selangor dan Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor dan pengerusi DAP.
Karpal minggu lepas melabelkan Pemuda Umno sebagai "celaka" dan mendakwa pergerakan itu menghantar dua butir peluru melalui pos ke rumahnya.
"Tapi kita kena mengakui bahawa kemarahan ini berpunca daripada kenyataan yang dibuat Karpal Singh di Dewan Rakyat dan saya telah mencabar beliau untuk membuktikan bahawa peluru pistol yang dihantar kepadanya itu datang daripada Pemuda Umno," kata Khairy.
Beliau berkata Karpal diberi tempoh 24 jam untuk membuktikan tuduhan itu tetapi sehingga kini beliau gagal berbuat demikian, sebaliknya peguam veteran itu menyifatkan Khairy sebagai seorang "budak kecil" yang "juvenile".
"Terdapat kesilapan contoh yang dibuat oleh Karpal Singh, mungkin kepada beliau saya budak kecil, tetapi sekurang-kurangnya saya tidak mengikut seperti beliau...saya tidak buat tuduhan yang tidak berasas...dan kalau saya budak kecil yang juvenile, mungkin beliau adalah seorang orang tua yang 'senile'," katanya.
Beliau berkata keceluparan Karpal di Dewan Rakyat telah mencetuskan keadaan tegang sehingga mengakibatkan sekumpulan 30 anggota Pemuda Umno Selangor mengambil tindakan nekad untuk berdepan dengan ahli politik veteran itu bagi meminta penjelasan mengenai perkataan "celaka" dan tuduhan terhadap Pemuda Umno.
"Ini tuduhan yang cukup serius, cukup kesat...ini saya istilahkan sebagai politik longkang dan macam mana kita hendak kawal emosi dan sentimen sebilangan daripada 700,000 ahli Pemuda, itu baru 30 orang, jadi saya rasa Karpal Singh perlu berhati-hati dengan apa yang dia cakap selepas ini," katanya.
Khairy berkata beliau percaya Pemuda Umno bukanlah pihak yang memulakan kekacauan dalam insiden di Parlimen itu dan terpulanglah kepada Parlimen untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah.
Beliau juga berkata Pemuda Umno telah menyediakan peguam untuk membela anggotanya yang terlibat dalam insiden itu.
BERNAMA
PEMUDA UMNO JANGAN BERSELINDUNG DI BELAKANG SULTAN

Bertarung cara 'anak jantan', Pemuda Umno dicabar
Pemuda Umno dicabar bertarung di gelanggang sebagai 'anak jantan' bukan berselindung di belakang Sultan dalam isu membabitkan kemelut di Perak sekarang ini kata, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa.
Beliau ketika berceramah di Dataran PAS Teluk Kumbar semalam menegaskan, isu yang berlaku di Perak bukan berpunca daripada Kerajaan Pakatan Rakyat atau Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaludin yang enggan berundur daripada jawatan yang disandangnya kini sebaliknya dari tangan hitam kepimpinan Umno sendiri.
"Umno tak payah buat demontrasi kerana apa yang mereka buat memakan diri sendiri. Kita kenal muka siapa yang buat demontrasi. Mereka juga adalah perampas hak orang melayu di Pulau Pinang serta kroni yang megenepikan kontraktor yang berkebolehan, " tegasnya dengan laungan 'Kerajaan haram Perak' oleh ribuan hadirin.
Semasa isu ke mana nasib bahasa Melayu, pengguna bahasa Inggeris dalam pelajaran Sains dan Matematik dan sebagainya ke mana suara pemuda Umno melainkan memberikan sokongan penuh terhadap idea yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sekarang ini idea tersebut bukan sahaja ditentang hebat oleh banyak kumpulan malahan telah wujud demontrasi untuk mengatakan bantahan terhadap idea kononnya boleh meningkatkan keupayaan anak melayu khususnya bila pelajaran itu diubah dalam bahasa Inggeris.
"Natijahnya kini semua boleh lihat apa yang berlaku bilamana pelajaran itu tidak boleh dibanggakan sebaliknya Kementerian Pelajaran terpaksa menurunkan graf terhadap pelajaran berkenaan semata-mata untuk menunjukan kejayaan yang diharapkan, " terang beliau yang juga Timbalan Pesuruhajaya PAS Negeri Pulau Pinang.
Umno sebenarnya sedar diri sendiri kerana sanggup mengadai perjuangan yang dibawa oleh kumpulan veteran parti itu yang kini sudah menyebelahi Pakatan Rakyat dari segi perundangan dan perlembagaan Negeri Perak.
Berdemontrasi ala Umno itu jelas memburukkan keadaan lagi apabila terus memberi kepercayaan kepada kerajaan yang dianggap haram kerana tidak mengikut lunas-lunas perundangan sebenar dengan memberi hak kepada rakyat untuk memilih sendiri siapakah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang boleh memainkan peranan membantu rakyat atau mempunyai kometmen yang tinggi terhadap parti yang diwakilinya.
Turut berceramah sama dalam program anjuran PAS Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PAS Balik Pulau itu ialah Ahli Parlimen Kuala Trengganu, Haji Wahid Endut.
Mohd Sabri Said / Harakahdaily
PEMUDA UMNO JANGAN BERSELINDUNG DI BELAKANG SULTAN

Bertarung cara 'anak jantan', Pemuda Umno dicabar
Pemuda Umno dicabar bertarung di gelanggang sebagai 'anak jantan' bukan berselindung di belakang Sultan dalam isu membabitkan kemelut di Perak sekarang ini kata, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa.
Beliau ketika berceramah di Dataran PAS Teluk Kumbar semalam menegaskan, isu yang berlaku di Perak bukan berpunca daripada Kerajaan Pakatan Rakyat atau Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaludin yang enggan berundur daripada jawatan yang disandangnya kini sebaliknya dari tangan hitam kepimpinan Umno sendiri.
"Umno tak payah buat demontrasi kerana apa yang mereka buat memakan diri sendiri. Kita kenal muka siapa yang buat demontrasi. Mereka juga adalah perampas hak orang melayu di Pulau Pinang serta kroni yang megenepikan kontraktor yang berkebolehan, " tegasnya dengan laungan 'Kerajaan haram Perak' oleh ribuan hadirin.
Semasa isu ke mana nasib bahasa Melayu, pengguna bahasa Inggeris dalam pelajaran Sains dan Matematik dan sebagainya ke mana suara pemuda Umno melainkan memberikan sokongan penuh terhadap idea yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sekarang ini idea tersebut bukan sahaja ditentang hebat oleh banyak kumpulan malahan telah wujud demontrasi untuk mengatakan bantahan terhadap idea kononnya boleh meningkatkan keupayaan anak melayu khususnya bila pelajaran itu diubah dalam bahasa Inggeris.
"Natijahnya kini semua boleh lihat apa yang berlaku bilamana pelajaran itu tidak boleh dibanggakan sebaliknya Kementerian Pelajaran terpaksa menurunkan graf terhadap pelajaran berkenaan semata-mata untuk menunjukan kejayaan yang diharapkan, " terang beliau yang juga Timbalan Pesuruhajaya PAS Negeri Pulau Pinang.
Umno sebenarnya sedar diri sendiri kerana sanggup mengadai perjuangan yang dibawa oleh kumpulan veteran parti itu yang kini sudah menyebelahi Pakatan Rakyat dari segi perundangan dan perlembagaan Negeri Perak.
Berdemontrasi ala Umno itu jelas memburukkan keadaan lagi apabila terus memberi kepercayaan kepada kerajaan yang dianggap haram kerana tidak mengikut lunas-lunas perundangan sebenar dengan memberi hak kepada rakyat untuk memilih sendiri siapakah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang boleh memainkan peranan membantu rakyat atau mempunyai kometmen yang tinggi terhadap parti yang diwakilinya.
Turut berceramah sama dalam program anjuran PAS Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PAS Balik Pulau itu ialah Ahli Parlimen Kuala Trengganu, Haji Wahid Endut.
Mohd Sabri Said / Harakahdaily
