9.4.12
SMK ACS KLANG
EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor , YB Dr Hjh Halimah Ali telah mengunjungi sebuah sekolah lama di Klang iaitu SMK ACS yang telah memohon kepadanya sedikit bantuan untuk mewujudkan cukup kelas untuk menampungkan keperluan kelas tingkatan enam.
Kerajaan negeri memandang serius keselesaan pelajar dan juga guru dalammempastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Justeru, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Selangor, YB Dr Halimah telah meluluskan sebanyak RM20000 bagi menampung keperluan kelas tambahan dan masalah yang lain.
Cek sebenar telah diberi terus kepada Penolong Kanan Akademik bagi pihak pengetua
Beliau telah meminta semua pihak memainkan peranan bagi melonjakkan pencapaian Selangor dalam pendidikan.
Beliau juga mengambil peluang memberi kad HARI WANITA kepada guru-guru wanita sempena sambutan hari wanita sedunia.
Read More “EXCO Pendidikan serahkan cek sumbangan RM20 ribu bagi pihak kerajaan Selangor” »»
Showing posts with label Pendidikan untuk semua. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan untuk semua. Show all posts
EXCO Pendidikan serahkan cek sumbangan RM20 ribu bagi pihak kerajaan Selangor
Labels:
Pendidikan untuk semua
Pendidikan keperluan asas untuk semua bangsa
Pendidikan tumpuan utama kerajaan Selangor
Dr Halimah Ali,
Selangor serah RM6 juta bantuan pendidikan
| Harakahdaily |
| SHAH ALAM, 9 Jun: Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Penyampaian Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Fasa Pertama 2011 sebanyak lebih RM6 juta untuk tiga kategori sekolah iaitu Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Selangor. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) menyarankan supaya Adun-Adun dan Pusat Khidmat Masyarakat dapat menyampaikan maklumat berkenaan peruntukan itu kepada sekolah-sekolah dalam Dun masing-masing dan membantu urusan permohonan itu. “Pihak Adun dan Pusat Khidmat juga diminta untuk memantau sekolah-sekolah yang menerima bantuan pembangunan pendidikan daripada kerajaan negeri,” ujarnya dalam satu kenyataan. Bagi tahun 2011, katanya kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan pendidikan sebanyak RM16 juta untuk SAR (RM6 juta), SJKC (RM6 juta) dan SJKT (RM4 juta). Katanya, keseluruhan peruntukan bagi bantuan pembangunan pendidikan fasa pertama melibatkan SAR, SJKC dan SJKT adalah sebanyak RM6,652,786.Beliau yang juga Adun Selat Klang berkata, Sekolah Agama Rakyat yang menerima peruntukan Fasa Pertama 2011 adalah sebanyak 121 buah sekolah, manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sebanyak 75 buah sekolah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil pula sebanyak 97 buah sekolah. Permohonan Bantuan Pembangunan Pendidikan bagi Fasa Kedua pula akan dibuka bermula 10 Jun 2011 manakala tarikh tutup permohonan pada 11 Julai 2011. Borang boleh didapati sama ada melalui portal selangor http://www.selangor.gov.my/main.php, pejabat Adun, Pusat Khidmat Masyarakat atau Unit Pendidikan di talian 03-55212283. |
Labels:
Pendidikan untuk semua
Subscribe to:
Posts (Atom)








