Bilik Gerakan PMR akan beroperasi dari 6.45 pagi hingga 7 malam dan ianya boleh dihubungi menerusi talian 03-88893601/3809/3582/3520/3551/3030/3095
Semua calon dinasihati supaya sentiasa merujuk jadual peperiksaan dan membawa kad pengenalan dan borang perakuan calon masing-masing ketika berada di dewan peperiksaan.
Ibu bapa diminta sentiasa menasihati anak-anak supaya mengikuti garis panduan kesihatan dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi menggelak penularan virus selesema A H1N1.
475,182 Calon Menduduki Peperiksaan PMR Bermula Rabu
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Seramai 475,182 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula Rabu sehingga 13 Oktober.
Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini daripada jumlah itu 442,611 orang merupakan calon sekolah bantuan penuh kerajaan, calon swasta (13,561), calon persendirian (338), calon MRSM dan Sekolah Perintis Tentera (4,150), Sekolah Agama Rakyat (1,288) dan Sekolah Agama Negeri (13,234).
Selangor merupakan negeri yang mencatatkan jumlah calon paling ramai iaitu 77,826 orang manakala Labuan mencatatkan jumlah calon paling sedikit iaitu 1,154 orang.
Seramai 28,028 petugas akan mengendalikan peperiksaan itu di 3,496 pusat peperiksaan di seluruh negara dan bagi mempastikan kelancarannya semua calon dikehendaki mematuhi semua syarat dan peraturan peperiksaan yang telah ditetapkan.
Semua calon juga dinasihati supaya sentiasa merujuk jadual peperiksaan dan membawa kad pengenalan dan borang perakuan calon masing-masing ketika berada di dewan peperiksaan.
Ibu bapa diminta sentiasa menasihati anak-anak supaya mengikuti garis panduan kesihatan dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi menggelak penularan virus selesema A H1N1.
Sepanjang tempoh peperiksan Bilik Gerakan PMR akan beroperasi dari 6.45 pagi hingga 7 malam dan ianya boleh dihubungi menerusi talian 03-88893601/3809/3582/3520/3551/3030/3095.
BERNAMA
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR &SPM
KEPUTUSAN PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI DAN PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF IPTA SESI 2009/2010
1. Permohonan Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2009/2010 akan diumumkan pada 1 Mei depan.
2. Keputusan permohonan Program Matrikulasi KPM telah diumumkan pada 17 April lepas dan tarikh pendaftaran ke kolej matrikulasi KPM ialah pada 11 Mei.
3. Calon yang berjaya akan diberi pilihan sama ada untuk mengikuti Program Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA.
4. Sebarang rayuan hendaklah melalui e-Rayuan mulai 1 Mei ini melalui laman web http://upu.mohe.gov.my
Pilihan Bagi Pelajar Ke Program Lepasan SPM/Setaraf IPTA
Pelajar yang berjaya dalam permohonan memasuki Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2009/2010 akan diberi pilihan untuk memilih satu daripada dua program yang akan ditawarkan kepada mereka.
Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Rabu calon yang berjaya akan diberi pilihan sama ada untuk mengikuti Program Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA.
Menurut kenyataan itu lagi penawaran dua program itu adalah ekoran persetujuan antara KPT dengan KPM pada September tahun lepas untuk menggunapakai dasar tawaran terbuka bagi calon yang layak.
Keputusan permohonan kemasukan ke IPTA di bawah program itu akan diumumkan pada 1 Mei depan manakala keputusan Program Matrikulasi KPM diumumkan pada 17 April lepas dan tarikh pendaftaran ke kolej matrikulasi KPM ialah pada 11 Mei.
Sekiranya seseorang calon mendapat kedua-dua tawaran itu, calon boleh menolak satu daripada tawaran berkenaan dan jika calon telah mendaftar ke Program Matrikulasi, nama calon tidak akan diproses untuk pertimbangan kes rayuan kemasukan ke IPTA.
Calon yang tidak mendapat sebarang tawaran boleh mengemukakan rayuan melalui e-Rayuan mulai 1 Mei ini melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.
BERNAMA
