HANYA ibu mengandung, pesakit obesiti, asma, diabetes, mempunyai imuniti rendah dan sakit jantung PERLU MENJALANI UJIAN Influneza A H1N1. Pesakit yang mempunyai simptom seperti influenza (HLI = Influenza like Illness) bukan dari kategori di atas hanya perlu berehat/mengambil cuti sakit sahaja serta tidak perlu bergegas ke Hospital Kerajaan, menurut KP KKM.
Untuk maklumat pengunjung, kos minima untuk satu ujian swab tekak ialah RM200/= tidak termasuk ujian darah atau kahak atau hingus.
‘Usah panik serbu hospital’
PUTRAJAYA: Orang ramai tidak perlu bersesak di hospital semata-mata untuk menjalani ujian Influenza A (H1N1) kerana hanya mereka yang tergolong dalam kategori berisiko tinggi saja yang akan diberi keutamaan.
Mereka adalah ibu mengandung, obesiti, asma, diabetes, mempunyai imuniti rendah dan sakit jantung.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata beliau mendapat maklumat orang ramai panik dan membanjiri hospital untuk menjalani ujian, walaupun hanya mempunyai simptom ‘influenza like illness’ (ILI) yang ringan.
“Mereka yang mempunyai simptom ILI ringan dinasihatkan berehat di rumah dan mematuhi nasihat kesihatan kerana 98 peratus daripada mereka akan sembuh dalam tempoh dua hingga tiga hari.
“IMR (Institut Penyelidikan Perubatan) menerima sehingga 500 sampel ujian H1N1 setiap hari, tetapi 80 hingga 90 peratus keputusan adalah negatif.
“Ia menyebabkan IMR terpaksa menanggung beban kerja, sekali gus membazirkan masa, tenaga dan wang.
“Justeru, kita meminta kerjasama daripada semua pihak supaya hanya menghantar kes yang disyaki H1N1 untuk ujian pengesanan,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Datuk Dr Hassan Abd Rahman.
Sementara itu, Dr Mohd Ismail berkata, semua hospital kerajaan dan 22 hospital sudah dibekalkan ubat antiviral manakala semua klinik kesihatan yang mempunyai pegawai perubatan akan dibekalkan bermula hari ini.
Katanya, klinik swasta boleh membeli antiviral daripada syarikat farmasi berkaitan kerana syarikat terbabit sudah memberi jaminan mempunyai stok mencukupi.
myMETRO
PESAKIT BERISIKO TINGGI SAJA PERLU JALANI UJIAN
SELESEMA A (H1N1) PERTAMA DI MALAYSIA

Seorang pelajar berusia 21 tahun disahkan positif influenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pada 15 Mei 2009. Beliau sampai dengan penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15
pagi kelmarin. Pelajar berkenaan mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.
Kes pertama selsema babi di Malaysia
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa seorang pelajar berusia 21 tahun menjadi mangsa pertama dijangkiti wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi di negara ini
"Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pada 15 Mei 2009," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican yang dipetik daripada laman web.
"Ini merupakan kes yang pertama influenza A (H1N1) dikesan diMalaysia."
Pelajar itu, dipercayai dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.
"Beliau telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.
Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarga beliau dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.
Kementerian juga meminta semua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut supaya menghubungi talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 untuk tindakan susulan.
Menurut kenyataan itu lagi, kementerian meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut: batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.
Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagi tujuan siasatan dan pemerhatian.
azm/Harakahdaily
--------------------------------------------------------------------------------------
15 Mei, 2009 18:56 PM
Kes Influenza A (H1N1) Pertama Malaysia: Rakyat Dinasihat Tidak Panik
PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) -- Rakyat Malaysia dinasihat tidak panik setelah kes pertama Influenza A (H1N1) dikesan di negara ini melibatkan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat, Rabu lepas.
Pemangku Menteri Kesihatan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata kementerian telahpun mengambil langkah berjaga-jaga termasuk dengan melakukan kuarantin rumah bagi kesemua lima anggota keluarga pesakit itu, walaupun tiada antara mereka yang menunjukkan sebarang simptom setakat ini.
Beliau berkata mereka yang mempunyai kontak secara terus dengan pesakit itu termasuk kakitangan hospital yang memeriksanya turut diletakkan di bawah pemerhatian.
Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Penerbangan Malaysia (MAS) juga sedang menghubungi penumpang-penumpang dalam penerbangan tersebut untuk diperiksa, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata terdapat 199 penumpang dan krew dalam penerbangan tersebut tetapi tidak semua penumpang terbabit berada di negara ini memandangkan ia merupakan penerbangan transit.
Kong, yang merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memangku jawatan tersebut kerana Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai Liow sedang dalam perjalanan ke Geneva, Switzerland, untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ditanya mengapa virus itu tidak dapat dikesan ketika pemeriksaan dibuat di lapangan terbang sebaliknya hanya dapat dikesan selepas dua hari apabila pelajar itu dimasukkan ke hospital, Kong berkata ia kerana virus itu tidak menyebabkan demam serta-merta.
BERNAMA
BERITA MENARIK SEKITAR PANDEMIK PENYAKIT A(H1N1)

1. Malaysia telah telah mengeluarkan nasihat khas perjalanan termasuk suntikan demam bermusim ke negara Amerika Syarikat (AS), Mexico, Kanada, Sepanyol dan Britain. Ini kerana 96.8 peratus kes penyakit A(H1N1) yang dilaporkan berpunca dari kelima-lima negara berkenaan.
2. Malaysia juga telah mengharamkan import daging babi dari Kanada.
3. Negara jiran sebelah utara (Thailand) telah melaporkan dua kes penyakit A(H1N1) dan kedua-dua mangsa didapati baru pulang dari Mexico sementara rakan mereka seramai 10 orang kini dalam pemantauan.
4. Thailand kini memiliki stokpenimbal 1.32 juta tablet anti-flu oseltamivir
Malaysia Keluar Nasihat Perjalanan Mengenai Influenza A(H1N1)
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Kementerian Luar Selasa mengeluarkan satu nasihat perjalanan sebagai langkah berjaga-jaga kepada semua rakyat Malaysia yang melawat lima negara, Amerika Syarikat (AS), Mexico, Kanada, Sepanyol dan Britain.
Ia menyatakan bahawa 96.8 peratus kes yang dilaporkan berpunca dari kelima-lima negara berkenaan.
Nasihat perjalanan itu juga menggesa rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan ke tempat di mana virus tersebut telah melanda dengan teruk seperti Illinois, Wisconsin dan California di Amerika Syarikat.
Bagi perjalanan ke luar negara yang tidak dapat dielakkan, mereka hendaklah merujuk kepada doktor untuk mendapatkan suntikan demam bermusim.
Nasihat perjalanan itu menggariskan keperluan untuk mendapatkan maklumat terkini jika ada wabak atau kes baru influenza itu di destinasi berkenaan.
Ia juga menasihatkan agar mengelakkan diri daripada bersentuhan dengan mereka yang dijangkiti virus itu.
Bagi suspek influenza, mereka diperlukan agar mengelak diri daripada bersentuhan dengan yang lain sebaik mungkin dan tinggal di rumah atau di bilik hotel dan hubungi pihak berkuasa kesihatan tempatan dengan segera.
BERNAMA
Thailand confirms 2 cases of swine flu
AP
By AMBIKA AHUJA,Associated Press Writer - Wednesday, May 13
BANGKOK – Thailand announced Tuesday its first confirmed cases of swine flu in two people who recently returned from Mexico and have recovered from the illness.
Health Minister Witthaya Keawparadai declined to disclose the identities of the patients, citing doctor-patient confidentiality and the fact that their conditions had improved.
"The two patients have received a full dose of antiviral medicine and have returned to live normal lives," Witthaya said. "There is no outbreak in Thailand."
The cases in Thailand also marked the official arrival of swine flu in Southeast Asia. Other countries on the continent have reported cases, including China, Japan and South Korea.
Following the confirmation, Witthaya said the country's public health officials will step up surveillance by setting up more thermal scanners at airports and border checkpoints.
"We will have to be even more vigilant," he said. "We will also make sure our mobile medical teams are ready to be dispatched in case there is a case and to check on those who had possible contact with patients."
Witthaya said one of the patients had a fever upon returning from Mexico and the other developed a temperature three days after getting back to Thailand, declining to say when that was.
Authorities have contacted passengers who traveled on the same flight as the two patients and "no one has presented any symptoms," said Kumnuan Ungchusak, an official at Thailand's Department of Communicable Disease Control.
Health authorities sent samples from both patients last week to the U.S. Centers for Disease Control for final testing, Witthaya said.
Authorities have also monitored eight people close to both patients for a week and none registered any symptoms, Witthaya said. He said an additional 10 people in Thailand were being monitored for swine flu.
Fourteen Thais who returned from an exchange program in Mexico earlier this month were taken to a hospital for observation. All tested negative.
Kumnuan said Thailand has a stockpile of 1.32 million tablets of the anti-flu medicine oseltamivir, and the Health Ministry is expected to buy more raw materials to locally produce at least another 2 million tablets.
FACTBOX: Countries slap bans on pork after flu outbreak
(Reuters) - Fears about a global outbreak of a new strain of flu has prompted some countries to ban pork from countries reporting human cases, even though officials have said there is no risk of spreading the virus by eating pork.
Here is a list of current restrictions on U.S. and Canadian pork and meat:
RESTRICTIONS ON U.S. PORK EXPORTS:
* Russia - all raw meat (including beef and poultry) from California, Texas, New York, South Carolina; all pork from Arizona, Delaware, Indiana, Kansas, Massachusetts, Michigan, Nevada, Ohio
* China - pork and swine from 38 states, including California, Texas, Kansas, New York, Ohio, Arizona, Indiana, Massachusetts, Michigan, Nevada, South Carolina, Colorado, Delaware, Illinois, Kentucky, Minnesota, Nebraska, New Jersey, Virginia, Alabama, Connecticut, Florida, Idaho, Iowa, Louisiana, Maryland, Missouri, New Hampshire, New Mexico, North Carolina, Oregon, Pennsylvania, Rhode Island, Tennessee, Utah, Wisconsin, Georgia and Maine
* South Korea - live swine, but not pork
* Kazakhstan - pork from Texas, California, Kansas
* Uzbekistan - all pork
* Kyrgyzstan - all meat
* Azerbaijan - all pork
* Ukraine - swine, all pork and all products including pet food
* Macedonia - swine
* Serbia - raw pork and swine
* Croatia - pork and swine
* Thailand - pork, swine, swine genetics, hides and skins
* Indonesia - all pork
* Saint Lucia - pork, swine and pig semen
* Ecuador - swine and pork
SOURCES: U.S. Trade Representative, U.S. Agriculture Department
RESTRICTIONS ON CANADIAN PORK EXPORTS:
* Armenia - swine, pork, certain feed ingredients and genetics
* Azerbaijan - ban on all meat
* China - swine and pork from Alberta
* Croatia - swine, pork and genetics
* Honduras - pork
* Indonesia - pork
* Lebanon - pork
* Malaysia - swine and pork
* Philippines - pork
* Russia - swine and pork from Alberta, British Columbia, Ontario, Nova Scotia
* South Korea - swine
* Thailand - swine, pork and genetics
* Ukraine - swine and pork
* Venezuela - swine and pork
SOURCE: Canadian Food Inspection Agency
(Reporting by Roberta Rampton and Rod Nickel; editing by Jim Marshall and Andre Grenon)
IMR JADI MAKMAL RUJUKAN SELESEMA KHINZIR DI MALAYSIA
IMR telah bersiap sedia untuk menerima spesimen kes selesema babi, sebagai makmal rujukan dan ini juga merupakan salah satu daripada langkah pencegahan dan kawalan. Langkah-langkah lain seperti di bawah. Untuk jenis ujian DIAGNOSTIK SILA lihat di bawah.

CIRI-CIRI selesema khinzir
Hidung berair atau tersumbat
Sakit tekak
batuk dan demam
sakit-sakit tubuh badan
Sakit kepala
Seram sejuk atau mengigil apabila terkena air, kelesuan, cirit atau muntah
IMR Makmal Rujukan Selesema Babi
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Influenza Pandemik melibatkan pelbagai agensi kerajaan yang bermesyuarat semalam telah mengiktiraf Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sebagai makmal rujukan bagi selesema babi.
"Langkah mengenal pasti IMR, yang bersiap sedia menerima spesimen kes selesema babi, sebagai makmal rujukan merupakan satu daripada langkah pencegahan dan kawalan yang dilakukan kerajaan," kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican (foto) dalam kenyataan Khamis.
Pandemik yang menular di sembilan negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada, telah ditingkatkan dari Fasa 4 ke Fasa 5 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.
"Pengisytiharan Fasa 5 adalah isyarat jelas bahawa virus yang mengancam nyawa ini berkemungkinan besar menyebabkan pandemik pada bila-bila masa sahaja dan masa yang masih ada untuk melengkapkan persediaan daripada segi organisasi, komunikasi dan perlaksanaan pelan tindakan pengurangan risiko adalah sangat singkat," katanya.
Beliau berkata Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri telah mengaktifkan Bilik Gerakan untuk memantau situasi wabak dengan WHO bagi memastikan tindakan proaktif diambil untuk melindungi penduduk Malaysia.
Antara langkah lain yang akan dilakukan ialah meningkatkan tahap waspada semua jabatan kesihatan kerajaan dan swasta; pemberian vaksin influenza bermusim kepada anggota bertugas di barisan hadapan;
Yang turut ditingkatkan tahap kewaspadaan dan persediaan ialah 28 hospital yang dikenal pasti untuk menerima kes selesema babi, memastikan proses penghantaran vaksin di sembilan pusat simpanan stok antiviral di seluruh negara berjalan lancar;
Saringan kesihatan di semua pintu masuk antarabangsa; kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Kesihatan; dan peningkatan pemantauan Jabatan Perkhidmatan Haiwan di ladang ternakan babi termasuk menyuntik vaksin.
Setakat ini tiada kes selesema babi dilaporkan di negara ini.
Seorang pesakit yang disyaki menghidap jangkitan itu telah diperiksa oleh IMR semalam dan laporan kesihatan menunjukkannya negatif daripada wabak itu, kata Dr Mohd Ismail.
BERNAMA
------------------------------------------------------------------------------------
What Is the Clinical Presentation of Swine Flu?
Persons infected with swine flu may appear similar to those with seasonal influenza, presenting with symptoms of acute respiratory illness. Symptoms include at least 2 of the following:
Rhinorrhea or nasal congestion;
Sore throat;
Cough; and
Fever.
In addition, persons with swine flu may have other typical symptoms of influenza, including body aches, headache, chills, fatigue, and possibly diarrhea and vomiting.
Who Is Most at Risk for Swine Flu?
The CDC recommends that clinicians particularly consider the possibility of swine influenza A (H1N1) virus infection in patients with fevers and respiratory symptoms who:
Live in areas in the United States with confirmed human cases of swine influenza A (H1N1) virus infection. (To find the most up-to-date information on areas with confirmed swine influenza cases, go to http://www.cdc.gov/swineflu/index.htm)
Traveled recently to Mexico or were in contact with persons who had febrile respiratory illness and were in areas of the United States with confirmed swine influenza cases or Mexico in the 7 days preceding illness onset.
In addition, a person with an acute respiratory illness who has a recent history of contact with an animal with confirmed swine influenza should also be suspected (http://www.cdc.gov/swineflu/recommendations.htm). What Is the Range of Illness Severity Seen With Swine Flu?
Many cases of swine flu may be mild or even asymptomatic. In the past, cases were identified by chance as part of regular seasonal influenza surveillance. Most of the recent cases seen in the United States thus far have been mild as well. However, in Mexico, many patients' illnesses have been much more severe, have presented in young adults, and have included pneumonia, respiratory failure, and acute respiratory distress syndrome. Illness-related fatalities have been recorded in Mexico. At this time, it is not clear why such differences in illness severity have been seen. Early in epidemics it is difficult to gauge severity because the overall denominator of people infected is unknown.
How Should Swine Flu Be Diagnosed?
Preferred specimens. If swine flu is suspected, clinicians should obtain a respiratory specimen for analysis. In an ideal situation, the best method is via nasal pharyngeal aspirate or nasal wash aspirate into viral culture media; however, some experts are recommending the use of Dacron nasal swabs to decrease aerosolization of the virus. If these specimens cannot be collected, a combined nasal swab with an oropharyngeal swab is also acceptable and will be feasible in most settings. (Ideally, swab specimens should be collected using swabs with a synthetic tip and an aluminum or plastic shaft. Swabs with cotton tips and wooden shafts are not recommended. Specimens collected with swabs made of calcium alginate are not acceptable.)
The specimen should be placed in a 4°C refrigerator (not a freezer) or immediately placed on ice or cold packs for transport to the laboratory. Once collected, make contact with the state or local health department to facilitate transport and timely diagnosis at a state public health laboratory.
Recommended tests. The CDC currently recommends "real-time RT-PCR for influenza A, B, H1, H3 conducted at a State Health Department Laboratory. Currently, swine influenza A (H1N1) virus will test positive for influenza A and negative for H1 and H3 by real-time RT-PCR. If reactivity of real-time RT-PCR for influenza A is strong (e.g., Ct ≤ 30) it is more suggestive of a novel influenza A virus." Confirmation as swine influenza A (H1N1) virus is now performed at the CDC but may be available in state public health laboratories soon.
Rapid influenza testing. Rapid testing for swine flu likely is similar to that for seasonal flu, meaning that sensitivities range between 50% and 70% of cases (no better than using fever and cough as a marker in a patient during influenza season), depending on the manufacturer. Therefore, negative rapid tests should not indicate a lack of influenza. (For general guidance on rapid influenza testing, see http://www.cdc.gov/flu/professionals/diagnosis/rapidlab.htm)
Rapid tests can distinguish between influenza A and B viruses. A patient with a positive rapid test for influenza A may meet criteria for a probable case of swine flu, but again, a negative rapid test could be a false negative and should not be assumed a final diagnostic test for swine influenza infection.
Other tests.
Immunofluorescence (DFA or IFA) tests can distinguish between influenza A and B viruses. A patient who is positive for influenza A by immunofluorescence may meet criteria for a probable case of swine influenza. However, a negative immunofluorescence could be a false negative and should not be assumed a final diagnostic test for swine influenza infection.
Isolation of swine influenza A (H1N1) virus by viral culture is also diagnostic of infection but may not yield timely results for clinical management. A negative viral culture does not exclude infection with swine influenza A (H1N1) virus.
To stay up-to-date on the latest recommendations for testing, check regularly at: http://www.cdc.gov/swineflu/specimencollection.htm
