
Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin Md Isa telah dimasukkan ke Hospital Serdang kerana menghidap masalah usus.
Ketidakhadhiran beliau di hari Penamaan calon PRK Manek Urai kini terjawab.
Semoga beliau cepat sembuh, insya ALlah. Utube video di SINI
UST NASHA DIMASUKKAN KE HOSPITAL
TIMB PRESIDEN PAS BUAT KENYATAAN AKHBAR TENTANG DUN PERAK
Dun Perak: Media BN putar belit, rakyat jangan terpedaya
Rakyat khususnya di negeri Perak diingatkan agar jangan terpedaya dan tertipu dengan dakyah-dakyah dan maklumat yang sengaja diputar-belitkan oleh media ketika ini dalam isu yang melanda negeri tersebut.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa semasa menghubungi Harakahdaily sebentar tadi memaklumkan bahawa, rakyat khususnya penyokong PAS dan pendokong Pakatan Rakyat tidak terpengaruh dengan khabar-khabar angin yang disebarkan oleh media milik Barisan Nasional (BN).
"Kita minta ahli-ahli PAS dan pendokong Pakatan Rakyat bertenang. Kerajaan masih sah seperti yang dimaklumkan MB Perak."
"Jangan dengar khabar-khabar angin dan propaganda media yang digambarkan seolah-olah Perak kini tidak menentu dan huru-hara," jelasnya yang menerima puluhan SMS dan panggilan yang mengkhabarkannya mengenai ketidaktentuan di Perak.
Menurutnya, maklumat yang tepat wajar diperolehi daripada pimpinan tertinggi PAS di kawasan-kawasan masing-masing dan juga lidah rasmi PAS.
"Mandat yang ada diberikan oleh rakyat pada Pakatan Rakyat dan apa-apa pun mesti diputuskan di Dewan Undangan Negeri,"katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menerangkan bahawa Presiden PAS,Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan pulang esok daripada Gaza dan akan menghadiri mesyuarat lajnah politik tertinggi PAS yang akan diadakan esok.
"Presiden akan keluarkan kenyataan rasmi selepas itu,"katanya.
Sumber:Mohd Khalil Abdullah & Azamin Amin / Harakahdaily
TIMBALAN PRESIDEN RASMI MUKTAMAR PEMUDA
Politik adalah alat, manakala PAS merupakan wadah untuk meneruskan kerja-kerja dakwah berasaskan al-Quran. Perjumpaan dengan UMNO bukan untuk kerusi atau jawatan.
Temui pemimpin Umno bukan di atas kepentingan peribadi - Nasharuddin
Mohd Nor Yahya | Foto Nasir Sudin
Harakahdaily
IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa sekali lagi menjelaskan perjumpaan pemimpin PAS dan Umno bukan di atas kepentingan peribadi.
Beliau berkata, tidak salah untuk PAS mengadakan perjumpaan dengan sesiapa sahaja termasuk pemimpin Umno sebagai medan dakwah.
Lagi pun katanya, pertemuan yang diadakan sebelum ini sudah diputuskan Majlis Syura Ulama yang bersidang pada April lalu.
"Pemimpin PAS bertemu dengan pimpinan Umno adalah restu daripada Majlis Syura Ulama. Dan rundingan yang diadakan bukan untuk mendapatkan kerusi atau jawatan.
"Tetapi apa yang kita lakukan untuk memastikan mereka menerima Islam," katanya pada perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-49 di Stadium Indera Mulia, di sini, malam tadi.
Beliau berkata, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat perlu didakwah sepanjang masa biar pun kita berada dalam satu bumbung dengan PAS sekarang.
Kata beliau juga politik adalah alat, manakala PAS merupakan wadah untuk meneruskan kerja-kerja dakwah berasaskan al-Quran.
"Perlukan kepemimpinan ulama hanya mengutamakan pandangan aspek politik semata-mata dan meninggalkan perkara sebenar dalam dakwah," ujarnya.
Beliau berkata, asas dakwah yang berpandukan al-Quran ialah perkara mutlak dalam perjuangan PAS.
Oleh itu beliau berharap setiap ahli hendaklah bertenang dan melihat apa yang berlaku dalam isu muzakarah dari pelbagai sudut.
Menurutnya, sikap Sayidina Omar yang menghunus pedang marah kepada orang yang mengatakan Rasulllullah saw wafat seharusnya menjadi iktibar.
"Sayangilah jemaah dengan panduan al Quran dan bukan sahaja dengan kepentingan politik.
"Pastikan segala langkah yang diambil oleh ahli mestilah berdasarkan panduan dari al-Quran," ujar beliau.
Sementara itu Ustaz Nasharuddin menyampaikan anugerah kepada Dewan Pemuda PAS yang berjaya mengumpul jumlah ahli teramai.
Zon Timur dimenangi Dewan Pemuda PAS Tumpat, Baling (zon utara), Lumut (tengah), Tampin (selatan) dan Petrajaya (Malaysia Timur).
Manakala bagi kategori pengurusan pejabat terbaik tempat pertama dimenangi Dewan Pemuda PAS Kedah, Terengganu (kedua) dan Johor (ketiga).
Pengurusan Pasti terbaik pula dimenangi Selangor bagi kategori A, Perak (B) dan Melaka (C).
Pada majlis itu Timbalan Presiden PAS juga melancarkan tiga buku terbaru karya terbaru beberapa pemimpin PAS. Read More “TIMBALAN PRESIDEN RASMI MUKTAMAR PEMUDA” »»


