Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label UPSR 2008. Show all posts
Showing posts with label UPSR 2008. Show all posts

KEPUTUSAN UPSR 2008: APA KATA MEREKA

Keputusan UPSR 2008 telah diumumkan. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar-pelajar,

para guru, para ibu bapa serta semua pihak yang telah menyumbang ke arah kejayaan yang

telah dicapai. Bagi yang mereka yang menerima keputusan yang kurang memberangsangkan,

jangan bersedih. Masih terdapat banyak lagi peluang untuk adik-adik menebus kekecewaan

menerusi peperiksaan yang akan ditempuhi kelak seperti PMR dan SPM dalam tahun-tahun

mendatang.

Posting ini melihat beberapa berita bersumber dari Bernama, Mymetro dan Sinar Harian

tentang keputusan UPSR 2008 dan isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

*Bukan penentu PPSMI

*Keputusan UPSR 2008 Lebih Baik Berbanding Lima Tahun Lepas

*46,641 calon dapat semua A






Bukan penentu PPSMI



Oleh Isma Ismail
isma@hmetro.com.my


KOTA BHARU: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berpuas hati dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 seluruh negara walaupun berlaku penurunan bilangan murid yang memperoleh 5A.

Beliau berkata, ini kerana jumlah murid yang memperoleh keputusan 4A meningkat selain bilangan calon UPSR yang gagal semakin berkurangan.

“Secara keseluruhan, keputusan UPSR tahun ini baik, tidak ada keputusan melonjak tinggi atau menurun secara serius sekali gus menunjukkan selepas enam tahun pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjejaskan kedudukan murid dalam peperiksaan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan peperiksaan UPSR semalam, selepas merasmikan majlis Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh, Pintu Geng, dekat sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Ishak Ismail, Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa (PIBG) SK Paloh, Datuk Amran Mat Nor dan Pengarah Sumber Manusia Proton Holdings Berhad, Hasnah Ismail.

Menurut Hishammuddin, keputusan itu juga membuktikan pelaksanaan PPSMI sejak 2003 tidak menjejaskan prestasi murid.

Katanya, beliau menerima maklumat 57 peratus calon UPSR menjawab dalam bahasa Inggeris tetapi ia bukan bukti untuk terus membuat keputusan bagi melaksanakan PPSMI.

“Keputusan PPSMI terhadap UPSR tidak boleh bergantung kepada keputusan peperiksaan itu kerana memerlukan hasil mesyuarat meja bulat yang akan membuat kajian menyeluruh mengenai pencapaian UPSR itu.

“Kementerian kini sedang mengumpul keputusan UPSR itu sebelum dibentangkan ke mesyuarat meja bulat yang akan diadakan nanti sebelum sebarang kata putus dibuat,” katanya.

Beliau berkata, kementeriannya mengambil pendekatan realistik untuk mendengar pandangan pelbagai pihak termasuk membabitkan ahli akademik serta ahli politik termasuk pembangkang.

55555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555

Keputusan UPSR 2008 Lebih Baik Berbanding Lima Tahun Lepas

PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) -- Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini, pada keseluruhannya lebih baik berbanding lima tahun sebelumnya dengan jumlah yang mendapat semua A meningkat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata daripada 518,616 calon UPSR seramai 46,641 orang atau 9.2 peratus mendapat semua A dalam matapelajaran yang mereka ambil, berbanding 7.8 peratus lima tahun sebelumnya.

Peningkatan juga jelas berlaku pada bilangan calon yang menjawab sepenuhnya soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris meningkat dengan seramai 159,234 pelajar menjawab soalan Sains dalam Bahasa Inggeris berbanding 1,324 orang tahun sebelumnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini bagi mengumumkan keputusan UPSR 2008.

Beliau berkata bagi soalan Matematik, seramai 238,153 pelajar menjawab sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris berbanding 1,075 pelajar pada tahun 2007.

"Semua calon dibenarkan menjawab soalan menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya atau Bahasa Melayu atau bahasa ibunda atau bercampur-campur dalam bahasa Inggeris, Melayu dan ibunda," kata beliau.

Alimuddin berkata pencapaian keputusan yang menggalakkan juga dicatat bagi lima mata pelajaran, termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina Penulisan, Bahasa Tamil Penulisan dan Sains.

"Kesemua mata pelajaran ini menunjukkan peningkatan yang signifikan dari segi gred cemerlang A iaitu 4.1 peratus iaitu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan untuk Sekolah Kebangsaan (SK) dan Bahasa Melayu Pemahaman untuk SJK.

"Untuk subjek Bahasa Inggeris SK pula, ia mencatatkan peningkatan sebanyak 4.4 peratus manakala Bahasa Cina Penulisan mencatatkan peningkatan sebanyak 3.9 peratus dengan peningkatan tertinggi sebanyak 4.8 peratus dicatatkan menerusi subjek Bahasa Tamil Penulisan," katanya.

Beliau berkata, aras kenaikan atau penurunan yang signifikan bagi prestasi mata pelajaran yang diukur dari nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) ialah 0.03.

"Enam mata pelajaran yang mempamerkan peningkatan signifikan ialah Bahasa Melayu Pemahaman SK pada aras 0.07, Bahasa Melayu Penulisan SK (0.06), Bahasa Melayu Penulisan SJK (0.11), Bahasa Cina Penulisan (0.07) dan Bahasa Tamil Penulisan pada 0.04, manakala peningkatan tertinggi ialah menerusi subjek Bahasa Inggeris SK pada 0.24," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohd Radzi Jabar berkata Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara merupakan sekolah jenis kebangsaan yang mencapai keputusan UPSR terbaik (2008) buat kali kedua dengan peratusan pencapaian 5A sebanyak 50.31 peratus.

Di SARAWAK, jumlah pelajar cemerlang bertambah kepada 2,044 pelajar yang mendapat keputusan 5A pada tahun ini berbanding 1,991 pada tahun lepas.

Salah seorang pelajar cemerlang Kimberly Chian, 12, berkata beliau menggunakan kaedah peta minda untuk mempercepatkan proses pembelajaran disamping mudah memahami sesuatu subjek.

"Ibu saya telah mengajar saya untuk membuat peta minda. Saya mengikuti rahsia tersebut kerana ia memudahkan saya mengingati semua nota penting," kata pelajar SK Green Road kepada Bernama di sini hari ini.

Di SABAH, seramai 955 pelajar mendapat semua A dalam matapelajaran yang diduduki mereka berbanding hanya 60 pada tahun lepas, kata Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Muhiddin Yussin.

Di KEDAH, seramai 3,482 pelajar atau 8.69 peratus daripada 40,062 calonnya memperoleh Gred A dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pelajaran Negeri Shahidan Abdul Rahman berkata sebanyak 24,775 calon atau 61.84 peratus telah lulus penuh dalam semua mata pelajaran.

Di PAHANG, lima pelajar Orang Asli adalah di antara 3,140 pelajar yang memperoleh keputusan 5A, kata Timbalan Pengarah Pelajaran negeri Abdul Hamid Abu Bakar.

Beliau berkata, 25 sekolah di seluruh negeri itu mencapai keputusan 100 peratus pada tahun ini berbanding 15 pada tahun lepas.

DI JOHOR, seramai 5,987 atau 9.64 peratus daripada 62,401 calonnya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki, kata Pengarah Pelajaran negeri Sufaat Tumin.

Beliau berkata Johor merupakan negeri ketiga terbaik pencapaian UPSR 2008 dengan mendapat 2.22 mata Gred Purata Sekolah (GPS).

Di IPOH, sebanyak 4,113 atau 60.70 peratus daripada 45,434 murid yang menduduki UPSR di Perak lulus cemerlang dengan memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

Timbalan Pengarah Pelajaran Perak, Muhammat Roli Hassan berkata 2,922 yang memperoleh 5A adalah pelajar Sekolah Kebangsaan (SK), 1,042 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 149 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

"Keputusan UPSR di Perak pada tahun ini mencatatkan sedikit kenaikan berbanding tahun lalu apabila jumlah calon yang lulus adalah sebanyak 27,578 orang atau 60.70 peratus," katanya.

Beliau berkata daripada keseluruhan calon UPSR di Perak, 30,808 calon adalah murid SK, 11,839 calon SJKC dan 2,787 dari SJKT.

Beliau berkata daripada 30,808 murid SK yang menduduki UPSR, sebanyak 5,159 orang berjaya memperoleh A dalam BI manakala 21,590 orang lagi lulus.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

46,641 calon dapat semua A

Sinar Harian

PUTRAJAYA - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini, pada keseluruhannya lebih baik berbanding lima tahun sebelumnya dengan jumlah yang mendapat semua A meningkat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata, daripada 518,616 calon UPSR seramai 46,641 orang atau 9.2 peratus mendapat semua A dalam mata pelajaran yang mereka ambil, berbanding 7.8 peratus lima tahun sebelumnya.

“Peningkatan juga jelas berlaku pada bilangan calon yang menjawab sepenuhnya soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris meningkat dengan seramai 159,234 pelajar menjawab soalan Sains dalam Bahasa Inggeris berbanding 1,324 orang tahun sebelumnya,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam bagi mengumumkan keputusan UPSR 2008.

Beliau berkata, bagi soalan Matematik, seramai 238,153 pelajar menjawab sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris berbanding 1,075 pelajar pada tahun 2007.

“Semua calon dibenarkan menjawab soalan menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya atau Bahasa Melayu atau bahasa ibunda atau bercampur-campur dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan ibunda,” kata beliau.

Alimuddin berkata, pencapaian keputusan yang menggalakkan juga dicatat bagi lima mata pelajaran, termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina Penulisan, Bahasa Tamil Penulisan dan Sains.

“Kesemua mata pelajaran ini menunjukkan peningkatan yang signifikan dari segi gred cemerlang A iaitu 4.1 peratus iaitu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan untuk Sekolah Kebangsaan (SK) dan Bahasa Melayu Pemahaman untuk SJK.

“Untuk subjek Bahasa Inggeris SK pula, ia mencatatkan peningkatan sebanyak 4.4 peratus manakala Bahasa Cina Penulisan mencatatkan peningkatan sebanyak 3.9 peratus dengan peningkatan tertinggi sebanyak 4.8 peratus dicatatkan menerusi subjek Bahasa Tamil Penulisan,” katanya.

Beliau berkata, aras kenaikan atau penurunan yang signifikan bagi prestasi mata pelajaran yang diukur dari nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) ialah 0.03.

“Enam mata pelajaran yang mempamerkan peningkatan signifikan ialah Bahasa Melayu Pemahaman SK pada aras 0.07, Bahasa Melayu Penulisan SK (0.06), Bahasa Melayu Penulisan SJK (0.11), Bahasa Cina Penulisan (0.07) dan Bahasa Tamil Penulisan pada 0.04, manakala peningkatan tertinggi ialah menerusi subjek Bahasa Inggeris SK pada 0.24,” katanya.

Read More “KEPUTUSAN UPSR 2008: APA KATA MEREKA”  »»

PENTING & SEGERA: HEBAHAN DARI LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

HEBAHAN LEMBAGA PEPERIKSAAN TENTANG JADUAL SPM SERTA PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN UPSR DI [SINI] . KLIK PADA IMEJ UNTUK DIBESARKAN

Read More “PENTING & SEGERA: HEBAHAN DARI LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com