



Kes "TABIKA KEMAS dirantai" yang dilaporkan oleh akhbar dan media eletronik yang telah berlaku di Pelabohan Klang beberapa hari yang lalu agak berlainan dengan apa yang telah dilaporkan di Perak sebelum ini. Dalam kes Pelabohan Klang masalah telah berlarutan sejak tahun 2007.
Foto: Kelihatan pihak-pihak berkenaan termasuk staff Pejabat ADUN Selat Klang "duduk" di meja TABIKA untuk berunding dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk semua pihak yang terlibat.
Tindakan Tutup Tabika Kemas Hampir Cetus Pergaduhan
PELABUHAN KLANG, 15 Jun (Bernama) -- Seramai 43 murid Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Blok I, Flat Seri Perantau di sini terpaksa memulakan pembelajaran di bawah khemah selepas Jawatankuasa Komuniti Blok itu bertindak mengunci pusat pembelajaran berkenaan Isnin.
Tindakan itu dibuat setelah jawatankuasa itu didakwa tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan Tabika berkenaan yang dikatakan tidak melangsaikan tunggakan sewa sejak lima bulan lalu yang berjumlah RM2,500.
Ekoran itu 40 penduduk flat berkenaan berkumpul dan mendesak supaya Tabika itu dibuka semula, sehingga mengakibatkan hampir berlaku pergaduhan.
Namun ketegangan itu berakhir apabila wakil jawatankuasa komuniti blok itu bersetuju membuka semula Tabika berkenaan kira-kira pukul 11 pagi melalui satu rundingan bersama Jawatankuasa Tabika Kemas Blok I, Flat Seri Perantau.
Pengerusi jawatankuasa Tabika itu Che Li Abdul Hamid, 49, menyifatkan tindakan Jawatankuasa Komuniti blok itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana ia seolah-olah satu cubaan untuk menghalang murid-murid mendapatkan pendidikan.
Menurut beliau Tabika berkenaan yang dibangunkan sejak dua tahun lepas tidak pernah menerima sebarang arahan daripada mana-mana pihak berhubung dengan bayaran sewa.
"Saya tidak faham dengan tindakan keterlaluan Jawatankuasa Komuniti Blok I ini merantai pintu Tabika supaya tidak dibuka kepada murid-murid sejak pukul 7.30 pagi ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
"Pada tahun 2007, kami sudah pohon untuk mewujudkan Tabika di blok ini daripada Kemas dengan syarat ada tempat untuk beroperasi. Malah, dalam tahun itu juga PKNS dan MPK meluluskan satu tempat iaitu di bawah blok ini untuk dijadikan Tabika tanpa sebarang bayaran sewa manakala peruntukannya diperoleh terus daripada Kemas," tambahnya.
-- BERNAMA
SATU LAGI KES TABIKA KEMAS DIRANTAI
REDHA MESKIPUN KALI KEDUA RUMAH TERBAKAR DI SERI PERANTAU





Mangsa sempat selamatkan diri
Tindakan pantas seorang remaja perempuan, Nurhazimah Haron ,13, berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kebakaran di rumahnya di Flat Sri Perantau, Pelabuhan Klang Selangor.
Nurhazimah berkata, sekitar jam 10 pagi, dia berasakan panas dan dipercayai daripada dapur di dalam rumahnya dan api mula merebak dengan begitu pantas.
Menurutnya, dia berlari keluar dan meminta pertolongan jiran yang datang untuk memadamkan kebakaran di rumahnya yang terletak di tingkat empat.
Sementara itu bapanya, Haron Abdullah, 47, pula menyifatkan apa yang terjadi adalah dugaan daripada Tuhan dan reda dengan apa yang berlaku.
Katanya, dia bersyukur kerana semua ahli keluarganya terselamat dan mengucapkan terima kasih terutama kepada jiran yang banyak membantu dalam situasi cemas ketika berlaku kebakaran terbabit.
Diadaptasi dpd Sinar Harian on line
Aktiviti Exco pada malam 27/07/08: Taklimat Penuuhan Badan Pengurusan Bersama Flet Seri Perantau
Satu majlis taklimat tentang penubuhan Badan Pengurusan Bersama Flet Seri Perantau Pelabuhan Klang telah diadakan di bawah Blok B Pangsapuri Seri Perantau pada malam 27hb Julai 2008. Kehadhiran dan penyertaan Penghuni Pangsapuri adalah memberangsangkan.
Kelihatan ahli Majlis MPK Sdr Jamal, Tn Hj Shaari selaku Penyelia kawasan, En Razak sebagai S/U MTD Selat Klang



Foto yang memaparkan para Penghuni Pangsapuri yang telah datang beramai-ramai untuk mendengar taklimat.
Read More “Aktiviti Exco pada malam 27/07/08: Taklimat Penuuhan Badan Pengurusan Bersama Flet Seri Perantau” »»
KATA SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
Bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Perbandaran Klang pada 12hb Jun 2008, buat pertama kalinya suatu perbincangan telah diadakan di antara wakil-wakil penduduk Flat Sri Perantau Pelabuhan Klang dengan PKNS, MPK, Syarikat Pengurusan Rimbun Kukuh dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Majlis telah dipengerusikan oleh ADUN Selat Klang. Banyak isu telah dibancangkan berkaitan dengan pengurusan Flat Sri Perantau.


Laporan Pemberita Saudara Affaizul Majid dari Sinar Harian seperti di bawah.
Aktiviti ADUN Selat Klang pada 30/05/08: Bertemu Penduduk Flat Seri Perantau
Bertemu Penduduk Flat Seri Perantau dalam satu sesi khas membincangkan pelbagai isu berbangkit.
Kelihatan Wakil Dun Tn Hj Kamaluddin dan wakil Zon Tn Hj Shaari.
SINAR HARIAN LAPOR AKTIVITI EXCO pada 26/05/08
Konsep Penanggah atau gotong royong dalam menjayakan kenduri kahwin atau walimatul urus dalam mengeratkan tali silatur rahim dan mengukuhkan perpaduan masyarakat setempat. Kestabilan, ketenteraman dan perpaduan merupakan kunci kejayaan serta pembangunan negara.



