Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima
Anugerah Saudara Muslim Cemerlang buat Timbalan Presiden Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA), Dr Muhammad Fuad YeohKeat Hean Abdullah.
Sedikit biodata Dr Fuad:
Dilahirkan di Setiawan Perak dan mendapat pendidikan di STAR Ipoh sehingga tingkatan Enam sebelum melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Menerima hidayah di UK meskipun mengambil mata pelajaran pendidkan Islam dari Kelas Peralihan hingga ke Tingkatan Lima.
Berjaya memperolehi M. Phil dalam bidang fibreOptic dan pulang ke Malaysia untuk bertugas di Syarikat Sapura. Melanjutkan pelajaran ke UK dan Jordan dalam bidang Agama Islam. Memperolehi Ph.D dari UKM.
Dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah IKIM dan lain-lain.
Galeri Foto Masjid Di Negara China
Masjid Cina dipertimbang
Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Kerajaan menimbang cadangan pembinaan masjid berasaskan budaya dan landskap masyarakat Cina yang boleh dijadikan pangkalan golongan itu yang beragama Islam, melakukan dakwah serta menggerakkan aktiviti mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, berkata sama seperti Masjid Keling, Pulau Pinang, ia mengumpul penganut Islam berketurunan Cina dan badan bukan kerajaan untuk memantau serta membantu saudara baru.
“Islam adalah nikmat yang diturunkan untuk seluruh umat manusia, bukan untuk satu kelompok. Ia diwahyukan untuk semua golongan tanpa mengira latar belakang, keturunan atau budaya. Kita mungkin berbeza warna kulit, keturunan dan budaya tetapi disatukan dalam satu akidah.
“Justeru, konvensyen ini memperkasakan hala tuju kita semua tanpa mengira seorang Islam yang mewarisi hidayah ini atau yang baru semalam memeluk agama ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Saudara Muslim peringkat kebangsaan 2009 di sini, semalam. Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz.
Jamil Khir turut menyampaikan Anugerah Khas Saudara Muslim Cemerlang 2009 kepada isteri bekas Perdana Menteri, Tun Jeanne Abdullah dan Anugerah Saudara Muslim Cemerlang kepada Timbalan Presiden Persatuan Cina Islam Malaysia, Dr Muhammad Fuad Yeoh Abdullah dan pendakwah bebas, Kamarudin Abdullah, bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan mereka kepada masyarakat.
Konvensyen dihadiri 1,500 saudara Muslim itu dianjurkan bersama Jakim dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama majlis dan jabatan agama Islam negeri.
Pada ucapan penghargaannya, Jeanne yang berketurunan Portugis-Eurasian dan menerima hidayah Islam ketika berumur 24 tahun pada 1977 berkata, beliau sememangnya bahagia menjadi seorang Muslim.
“Ia agama yang indah yang mengajar kita untuk merendah diri dan menghormati serta mengasihani antara satu sama lain tidak kira siapa pun mereka,” katanya.
Beliau turut menyarankan Jakim berusaha menarik minat golongan muda mendekati agama dengan cara disenangi mereka.
“Dakwah perlu menggunakan pendekatan lebih lembut supaya masyarakat amnya dan orang bukan Islam khususnya memahami Islam itu indah, mudah diamalkan dan sesuai dengan naluri semula jadi manusia,” katanya.
DR FUAD YEO ABDULLAH: TAHNIAH TERIMA ANUGERAH SAUDARA MUSLIM CEMERLANG
ANN WAN SENG KELUAR BUKU ULAS ISU MURTAD
Saudara Ann Wan Seng, 40 tahun, memeluk Islam 13 tahun yang lalu seorang aktivis masyarakat, antara jawatan kehormat beliau ialah Setiausaha Agung MACMA (Muslim Chinese Association Of Malaysia) dan setiausaha PERKIM telah berjaya menghasilkan sebuah buku mengulas isu murtad yang baru dilancarkan di ibukota baru-baru ini oleh SS Dato' Mufti Perak.
Buku yang berharga RM21.90 (MB) dan M24.90 (MT) kini berada di pasaran.
Video Individu Islam Bertanggungjawab Menegakkan Kebenaran di sini video
JAKIM, MUFTI SERTA NGO LAIN BUKAN TUNGGUL ATAU PERABOT
Tanpa merujuk kepada JAKIM, Majlis Fatwa atau Mufti, kabinet yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan prestasi telah mebuat keputusan berdasarkan "hujah otak".
Penentuan Status Agama Anak Perlu Lihat Hukum Syarak Dan Perundangan - Jakim
Penentuan status agama anak apabila apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk agama Islam perlu dilihat kepada hukum syarak dan perundangan.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (foto atas kiri) berkata menurut Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan, agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya.
"Berdasarkan peruntukan ini, persetujuan salah satu pihak sahaja adalah memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12 (4) ini adalah 'parent or guardian', bukannya 'parents or guardian' yang mana ia bermaksud 'ibu atau bapa atau penjaga'," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Wan Mohamad berkata, Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) pula memperuntuk bahawa seseorang kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun boleh masuk Islam jika ibu atau bapa atau penjaga mengizinkannya.
"Antara kes yang boleh dirujuk yang berkaitan dengan hak penentuan agama anak ialah kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa bapa kanak-kanak tersebut mempunyai kuasa untuk mengislamkan anaknya berdasarkan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.
"Ini adalah kerana berdasarkan Perkara 12 (4) itu, agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya, oleh itu dalam kes ini suami adalah berhak untuk mengislamkan anaknya walaupun isterinya tidak bersetuju," katanya.
Wan Mohamad berkata, dari segi hukum syarak pula, mereka yang berhak menjaga dan memelihara anak mestilah seorang Islam, kerana jika orang itu bukan beragama Islam dikhuatiri akan memberi fitnah kepada agama kanak-kanak di bawah jagaannya.
Katanya, hak seorang muallaf di sisi undang-undang juga perlu dipertahankan, dan seseorang yang memeluk Islam itu tidak sewajarnya dianggap ingin melarikan diri dari tanggungjawab.
Semalam, Kabinet memutuskan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa mengumumkan perkara itu berkata keputusan tersebut adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang.
Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya -- Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 -- kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun emak mereka masih beragama Hindu.
Merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Perak itu, Wan Mohamad berkata semua pihak perlu bersabar dan menghormati keputusan kes itu memandangkan perbicaraan masih belum selesai.
Semua pihak juga seharusnya mematuhi peruntukan undang-undang Islam dan Perlembagaan Persekutuan khususnya kerana ia merupakan undang-undang utama Persekutuan, katanya.
BERNAMA
Get views from muftis first, government urged
Perak Mufti Datuk Seri Harussani Zakaria has urged the government to get views from the Malaysian Mufti Council before making any decision regarding Islam to avoid confusion.
He said the government decision that a child's religion must be in accordance with the common religion of the parents at the time of marriage should have been discussed by the council before hand.
"In Islam when the father or mother is a Muslim, the child automatically becomes Muslim unless the child is above 15 years of age and can choose his own religion," he said here today.
He was commenting on the Cabinet's decision yesterday, announced by Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, that when a parent converted to another religion, the children remains with the religion of their parents at the time of marriage.
In KUALA LUMPUR, several Islamic non-governmental organisations urged the government to review the decision, saying that it was made without taking into consideration the existing laws and views from the relevant parties.
The decision denied the rights of people who converted to Islam, said Malaysian Syariah Lawyer Association president Mohamad Isa Abdul Latif at a press conference attended also by other bodies including the Malaysian Islamic Youth Movement and Pan-Malaysian Dakwah and Welfare Association for Muslim Converts.
BERNAMA