Pray For MH370

Pray For MH370

Aktiviti Exco Pendidikan pada 17/05/08: projek Khidmat Masyarakat Menanam Bunga di SAMBESTARI

Satu Khidmat Masyarakat "menanam pokok" anjuran bersama Staf CIMB Bank cawangan Wisma O'Connors dan PIBG SAMBESTARI USJ 5 telah diadakan di kawasan sekolah pada pagi 17hb Mei 2008.

Kelihatan YDP PIBG SAMBESTARI (berbaju T oren), Puan Pengetua, Pn Hanim, Exco, kakitangan CIMB serta pelajar SAMBEST.
Menerima tabik hormat dari pelajar perempuan.

Melawat Pusat Sumber SAMBEST

Para pelajar yang hadhir.
Puan Pengetua Menyampaikan ucapan di dataran sekolah.


Acara menanam pokok sambil diperhati oleh pelajar.

Read More “Aktiviti Exco Pendidikan pada 17/05/08: projek Khidmat Masyarakat Menanam Bunga di SAMBESTARI”  »»

CERAMAH PERDANA SEMPENA IJTIMAK PAS SELANGOR

CERAMAH PERDANA SEMPENA IJTIMAK PAS NEGERI SELANGOR KALI KE-18

SELURUH RAKYAT DIJEMPUT HADIR...


Jemputan Khas;

YAB TUAN GURU DATO' NIK AZIZ NIK MAT Menteri Besar Kelantan / Mursyidul 'Am PAS

YB TUAN GURU DATO' SERI ABDUL HADI AWANG
Ahli Parlimen Marang / Presiden PAS

YB DATO' DR HASSAN ALI
Exco Kerajaan Negeri Selangor / Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor

YB CHARLES SANTIAGO
Ahli Parlimen Kelang

Lokasi;
PERKARANGAN KOMPLEKS SUKAN PANDAMARAN, KELANG

Tarikh / Masa;
ISNIN, 19 MEI 2008 (CUTI WESAK) / DIMULAKAN DENGAN SOLAH ISYAK BERJAMAAH

Perhatian;
IJTIMAK DIADAKAN DI AUDITORIUM KOMPLEKS BELIA & SUKAN NEGERI SELANGOR, SEKSYEN 7 SHAH ALAM, 8PG ~ 2PTG (19 MEI 2008) 0132968401

Read More “CERAMAH PERDANA SEMPENA IJTIMAK PAS SELANGOR”  »»

SEMPENA HARI GURU 2008: YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

Sambutan Hari Guru 2008 yang dijadualkan diadakan di Kedah telah dipindahkan ke Melaka

sebab Melaka bandar bersejarah dan Kedah tidak memiliki sejarah. Bukan, sebabnya ialah Kedah kini di bawah Pakatan Rakyat. Profesion Perguruan yang sudah sedia gagah perkasa kini diperkasakan lagi dengan beberapa insentif yang telah lama dinanti-nanti antaranya ialah :

*mengambil kira pengalaman guru bukan siswazah (DGA29) untuk kenaikan gred dalam skim siswazah iaitu DG41 hingga DG44.

*tempoh pengalaman mengajar tidak kurang tujuh tahun yang disyaratkan dalam permohonan jawatan Guru Cemerlang, diturunkan kepada tidak kurang lima tahun.

GURU harus bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana berjaya menyelesaikan banyak masalah dalam perkhidmatan profesion itu secara bermusyawarah, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Anuar Ibrahim. NUTP yang dianggotai lebih 130,000 ahli. Namun NUTP tidak menyatakan terus menyokong BN dulu, kini, dan selama-lamanya. Justeru, guru harus bijak bestari dulu, kini dan sampai bila-bila.

PM umum 6 insentif perkasa

profesion perguruan

oleh Amirullah Abdi Nur

Sumber Berita Harian Online

MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan enam insentif bagi memperkasa profesion perguruan di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-37 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, petang ini.


Antara insentif itu ialah kerajaan setuju mengambil kira pengalaman guru bukan siswazah (DGA29) untuk kenaikan gred dalam skim siswazah iaitu DG41 hingga DG44.

Kerajaan juga setuju meluluskan cadangan guru gred DG41 dari skim bukan siswazah dan memegang jawatan guru besar untuk kenaikan pangkat ke gred DG44 selepas tiga tahun berkhidmat dalam jawatan itu.

Pendidik harus hargai kerajaan

Sumber: Berita harian Online

GURU harus bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana berjaya menyelesaikan banyak masalah dalam perkhidmatan profesion itu secara bermusyawarah, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Anuar Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau berkata, guru perlu membalas budi dengan mendukung sepenuhnya wawasan negara untuk menjana modal insan berkualiti di kalangan pelajar sebagai pemimpin masa depan.

“Sempena sambutan perayaan Hari Guru tahun ini, NUTP berharap semua guru menghayati tugas mereka yang bukan hanya sebagai tenaga pengajar tetapi juga pendidik.


“Guru adalah arkitek bangsa dan berperanan menentukan bentuk modal insan yang akan mengambil alih kepimpinan negara kelak.

“Selain kecemerlangan akademik, pembangunan diri pelajar mesti secara holistik supaya negara menjadi lebih baik pada masa depan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Seterusnya, Anuar berkata, NUTP yang dianggotai lebih 130,000 ahli menjangka ada pengumuman `buah tangan’ terbaru untuk warga pendidik pada majlis pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008 di Melaka, hari ini.


Pengalaman lima tahun boleh jadi Guru Cemerlang

Oleh Syuhada Choo Abdullah

Syarat naik pangkat dilonggar dorong pendidik kerja lebih gigih

TEMPOH pengalaman mengajar tidak kurang tujuh tahun yang disyaratkan dalam permohonan jawatan Guru Cemerlang, diturunkan kepada tidak kurang lima tahun, mulai tahun ini.

Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran, Zulkifly Mohd Wazir, berkata pengurangan tempoh itu secara langsung membolehkan guru menikmati peluang peningkatan kerjaya terbabit dengan lebih cepat.


Selain itu, beliau berkata, langkah berkenaan juga bertujuan mengelakkan jarak tempoh yang agak rapat dengan syarat 10 tahun ditetapkan untuk guru memperoleh kenaikan menerusi satu lagi saluran, iaitu `time-based'.

"Tawaran jawatan Guru Cemerlang ialah antara saluran peningkatan kerjaya guru yang paling utama atau banyak. Justeru, peluang memohon jawatan itu dalam tempoh lebih cepat akan mendorong guru berkhidmat dengan gigih dan berkesan," katanya kepada Berita Harian di Putrajaya.

Zulkifly berkata, Kementerian Pelajaran sudah menetapkan kuota 9,374 jawatan Guru Cemerlang meliputi 5,374 bagi pegawai perkhidmatan pelajaran (PPP) siswazah dan 4,000 lagi untuk PPP bukan siswazah.

Bagi PPP siswazah, katanya, kementerian menyediakan 4,000 jawatan Guru Cemerlang DG44, DG48 (1,000), DG52 (250), DG54 (100) dan Gred Khas C (24).

Sementara, bagi PPP bukan siswazah pula, beliau berkata, 3,200 jawatan Guru Cemerlang DGA32 disediakan, selain 800 jawatan Guru Cemerlang DGA34.

Dalam konteks ini, Zulkifly berkata, Bahagian Sekolah berperanan sebagai urus setia menerima permohonan jawatan Guru Cemerlang yang diletakkan di bawah pengendalian Jemaah Nazir Sekolah (JNS).

Dari segi syarat lain pula, beliau berkata, guru memohon jawatan Guru Cemerlang yang diperkenalkan sejak 1993 itu turut dikehendaki menyertakan sebarang hasil kajian tindakan mereka.

"Kajian tindakan itu meliputi inovasi yang pernah dilakukan guru terbabit untuk menambah baik atau mempertingkat prestasi pencapaian dalam mata pelajaran mereka.

"Sebagai contoh, guru berkenaan mendapati ada pelajar yang tidak dapat mengikuti atau menguasai mata pelajaran diajarnya. Justeru, guru terbabit membuat kajian punca dan berusaha menanganinya.

"Walaupun bilangan pelajar yang bermasalah itu mungkin sedikit, inisiatif, kreativiti serta inovasi guru berkenaan mengatasi keadaan terbabit penting, malah menjadi contoh berguna yang boleh dikongsi bersama rakan sejawat lain," katanya.

Sementara itu sempena sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008, Zulkifly berharap guru di seluruh negara akan bertugas dengan lebih komited berikutan senario perkembangan dunia yang semakin maju.

Katanya, guru perlu meningkatkan ilmu pengetahuan supaya dapat membimbing pelajar secara berkesan dalam suasana dunia terbuka dengan kemudahan capaian maklumat yang luas menerusi buku dan internet kini.

"Begitupun, peranan guru bukanlah mengajar semata-mata tetapi juga mendidik secara menyeluruh, termasuk dalam aspek sahsiah dan kemahiran kepimpinan di kalangan pelajar, bagi menjayakan penjanaan modal insan.

"Tugas guru ini adalah mulia. Seseorang perlu ada kesabaran tinggi untuk menjadi seorang guru. Ini bermakna mereka perlu menghadapi dan menangani kerenah pelajar serta ibu bapa secara berhemah dan mengikut prosedur sedia ada. Janganlah mengambil tindakan secara beremosi," katanya.

Guru cemerlang lahir pelajar berkualiti

Oleh Zainor Said

HARI ini seluruh warga pendidik sekali lagi menyambut perayaan Hari Guru. Hari untuk menyatakan penghargaan dan pengiktirafan kepada golongan pendidik yang banyak berjasa dalam membangunkan bidang pendidikan negara dan menjadikan rakyat sebagai insan berilmu dan bertamadun.

Sambutan kemuncak perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan tahun ini mengikut perancangan awal diadakan di negeri Jelapang Padi, Kedah. Namun perubahan tampuk pentadbiran negeri kepada pembangkang berikutan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, Kementerian Pelajaran telah memindahkan majlis sambutan berkenaan ke negeri Hang Tuah, Melaka.

Majlis itu dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Sri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, petang ini.


Golongan pendidik di Kedah, mungkin ada yang kecewa dengan langkah Kementerian Pelajaran memindahkan majlis yang ditunggu-tunggu itu, walaupun persiapan telah dibuat sejak awal-awal lagi. Bagaimanapun, itulah kenyataan yang perlu dihadapi semua pihak kerana sudah tentu Kementerian Pelajaran lebih selesa mengendalikan acara berkenaan di negeri yang dikuasai kerajaan BN.



Read More “SEMPENA HARI GURU 2008: YANG TERSURAT DAN TERSIRAT”  »»

SMS BERANTAI UNTUNGKAN TELCOS

Inilah gaya dan cara nak cepat kaya iaitu dengan menipu pengguna tentang perkara-perkara yang amat mereka takuti contohnya mati. Hal ini boleh berlaku dalam masyarakat yang masih tebal dengan kepercayaan tahyul dan karut marut dek kerana jahil dengan ajaran agama yang mereka anuti. Peristiwa begini menegaskan dan menonjolkan bahawa umat Islam di Malaysia belum kukuh aqidah mereka tentang ajal maut dan perkara yang boleh memudaratkan seseorang. Teruskan membaca laporan di Harian Metro hari ini.

  • Panggilan santau karut
  • KUALA LUMPUR: Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu.

  • SMS karut
  • KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan orang ramai yang menerima SMS yang meminta pemilik telefon bimbit berwaspada dengan panggilan santau supaya tidak mempercayainya.

  • ‘Kerja orang sakit jiwa’
  • KUALA LUMPUR: Penyebaran SMS santau yang menular di kalangan pengguna telefon bimbit disifatkan sebagai kerja nakal individu tertentu untuk mendapatkan kepuasan dengan sengaja menimbulkan huru-hara kepada masyarakat.

  • ‘Usah percaya’
  • SEREMBAN: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menasihatkan masyarakat tidak mempercayai apa yang tercatat pada SMS amaran berhubung panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang tersebar luas di negara ini sekarang.

Read More “SMS BERANTAI UNTUNGKAN TELCOS”  »»

MASALAH RUMAH BERTINGKAT JIKA DIBERI AIR PERCUMA

Lazimnya, rumah bertingkat memiliki meter air yang utama dari bekalan SYABAS atau
dulunya JBAS. Dari sini setiap unit dalam sistem rumah bertingkat sama ada rumah pangsa,
kondominium dan sebagainya akan mempunyai meternya sendiri. Biasanya pihak pengurusan
kondo atau pemaju akan mengenakan kadar bayaran yang berbeza dari yang dicaj oleh SYABAS.
Pemilik unit biasanya akan membayar bil air kepada pihak pengurusan kondo atau pemaju
perumahan berkenaan. Maka akan berlaku sedikit masalah tentang pembacaan meter bagi
setiap unit yang biasanya dilakukan oleh pihak pengurusan atau pemaju. Diharap tidak berlaku
penyelewengan dalam hal ini.


Dr Khir minta rumah bertingkat turut diberikan air percuma

OLEH AMIR HAKIEM
sumber agenda Selangor
SHAH ALAM, Khamis 15 Feb.: Kerajaan Selangor diminta turut memberikan air percuma 20 meter padu pertama kepada penduduk di negeri ini termasuk mereka yang tinggal di rumah bertingkat atau kondominium yang belum mempunyai meter air individu.

Saranan itu bagi membolehkan semua penduduk Selangor menikmati kemudahan yang diberikan kerajaan Pakatan Rakyat
yang mentadbir Selangor selepas pilihan raya umum, Mac lalu.

“Berilah semua penduduk kediaman bertingkat air percuma. Ada formula mudah supaya ianya dapat dilaksanakan, " kata bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Menurutnya, air percuma itu boleh diberikan di semua kediaman bertingkat dengan cara menolak kadar bayaran bagi 20 meter padu air yang digunakan bagi setiap unit kediaman terbabit.

"Kadar bagi 20 meter padu air ialah kira-kira RM11.40 bagi setiap rumah, jadijumlah unit di setiap kediaman bertingkat dikira dan didarabkan dengan nilai
bagi 20 meter padu untuk mendapatkan nilai yang boleh ditolak sebelum bayaranmenerusi meter pukal dibuat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

DrMohamad Khir berkata dengan menggunakan cara menolak nilai berkenaan akanmembolehkan pelaksanaan air percuma dilakukan tanpa perlu menukarkan meter
pukal kepada meter individu di kediaman bertingkat.

Beliau berkata jika menunggu sehingga semua kediaman bertingkat menukar meterindividu ia akan mengambil masa yang panjang dan ia tidak adil kepada mereka
kerana tidak menikmati bekalan air percuma yang telah dijanjikan.

"Kita ucapkan terima kasih kerana kerajaan negeri akan laksanakan pemberian airpercuma cuma kita mahu ia dilaksanakan secara menyeluruh, tidak mahu nanti
faedah hanya dinikmati oleh penduduk di kediaman banglo atau persendiriansahaja," katanya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam berkata penduduk kediaman bertingkat diminta menyegerakan proses penukaran meter pukal
kepada meter individu bagi memastikan pemberian air percuma sebanyak 20 meterpadu kepada semua penduduk di negeri itu dapat dilaksanakan.

Abdul Khalid berkata kos pemasangan meter individu itu perlu ditanggung olehpenduduk kediaman bertingkat terbabit.

Beliau berkata sehingga kini terdapat antara 200,000 hingga 300,000 unitkediaman bertingkat di Selangor yang masih menggunakan sistem meter pukal.

Mulai 1 Jun ini, kira-kira 1.5 juta pengguna meter individu di Selangor akanmenerima air percuma itu sebagai salah satu daripada janji pihak pakatan
rakyat dalam manifesto ketika kempen pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Read More “MASALAH RUMAH BERTINGKAT JIKA DIBERI AIR PERCUMA”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com