Pray For MH370

Pray For MH370

SEMPENA HARI GURU 2008: YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

Sambutan Hari Guru 2008 yang dijadualkan diadakan di Kedah telah dipindahkan ke Melaka

sebab Melaka bandar bersejarah dan Kedah tidak memiliki sejarah. Bukan, sebabnya ialah Kedah kini di bawah Pakatan Rakyat. Profesion Perguruan yang sudah sedia gagah perkasa kini diperkasakan lagi dengan beberapa insentif yang telah lama dinanti-nanti antaranya ialah :

*mengambil kira pengalaman guru bukan siswazah (DGA29) untuk kenaikan gred dalam skim siswazah iaitu DG41 hingga DG44.

*tempoh pengalaman mengajar tidak kurang tujuh tahun yang disyaratkan dalam permohonan jawatan Guru Cemerlang, diturunkan kepada tidak kurang lima tahun.

GURU harus bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana berjaya menyelesaikan banyak masalah dalam perkhidmatan profesion itu secara bermusyawarah, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Anuar Ibrahim. NUTP yang dianggotai lebih 130,000 ahli. Namun NUTP tidak menyatakan terus menyokong BN dulu, kini, dan selama-lamanya. Justeru, guru harus bijak bestari dulu, kini dan sampai bila-bila.

PM umum 6 insentif perkasa

profesion perguruan

oleh Amirullah Abdi Nur

Sumber Berita Harian Online

MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan enam insentif bagi memperkasa profesion perguruan di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-37 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, petang ini.


Antara insentif itu ialah kerajaan setuju mengambil kira pengalaman guru bukan siswazah (DGA29) untuk kenaikan gred dalam skim siswazah iaitu DG41 hingga DG44.

Kerajaan juga setuju meluluskan cadangan guru gred DG41 dari skim bukan siswazah dan memegang jawatan guru besar untuk kenaikan pangkat ke gred DG44 selepas tiga tahun berkhidmat dalam jawatan itu.

Pendidik harus hargai kerajaan

Sumber: Berita harian Online

GURU harus bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana berjaya menyelesaikan banyak masalah dalam perkhidmatan profesion itu secara bermusyawarah, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Anuar Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau berkata, guru perlu membalas budi dengan mendukung sepenuhnya wawasan negara untuk menjana modal insan berkualiti di kalangan pelajar sebagai pemimpin masa depan.

“Sempena sambutan perayaan Hari Guru tahun ini, NUTP berharap semua guru menghayati tugas mereka yang bukan hanya sebagai tenaga pengajar tetapi juga pendidik.


“Guru adalah arkitek bangsa dan berperanan menentukan bentuk modal insan yang akan mengambil alih kepimpinan negara kelak.

“Selain kecemerlangan akademik, pembangunan diri pelajar mesti secara holistik supaya negara menjadi lebih baik pada masa depan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Seterusnya, Anuar berkata, NUTP yang dianggotai lebih 130,000 ahli menjangka ada pengumuman `buah tangan’ terbaru untuk warga pendidik pada majlis pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008 di Melaka, hari ini.


Pengalaman lima tahun boleh jadi Guru Cemerlang

Oleh Syuhada Choo Abdullah

Syarat naik pangkat dilonggar dorong pendidik kerja lebih gigih

TEMPOH pengalaman mengajar tidak kurang tujuh tahun yang disyaratkan dalam permohonan jawatan Guru Cemerlang, diturunkan kepada tidak kurang lima tahun, mulai tahun ini.

Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran, Zulkifly Mohd Wazir, berkata pengurangan tempoh itu secara langsung membolehkan guru menikmati peluang peningkatan kerjaya terbabit dengan lebih cepat.


Selain itu, beliau berkata, langkah berkenaan juga bertujuan mengelakkan jarak tempoh yang agak rapat dengan syarat 10 tahun ditetapkan untuk guru memperoleh kenaikan menerusi satu lagi saluran, iaitu `time-based'.

"Tawaran jawatan Guru Cemerlang ialah antara saluran peningkatan kerjaya guru yang paling utama atau banyak. Justeru, peluang memohon jawatan itu dalam tempoh lebih cepat akan mendorong guru berkhidmat dengan gigih dan berkesan," katanya kepada Berita Harian di Putrajaya.

Zulkifly berkata, Kementerian Pelajaran sudah menetapkan kuota 9,374 jawatan Guru Cemerlang meliputi 5,374 bagi pegawai perkhidmatan pelajaran (PPP) siswazah dan 4,000 lagi untuk PPP bukan siswazah.

Bagi PPP siswazah, katanya, kementerian menyediakan 4,000 jawatan Guru Cemerlang DG44, DG48 (1,000), DG52 (250), DG54 (100) dan Gred Khas C (24).

Sementara, bagi PPP bukan siswazah pula, beliau berkata, 3,200 jawatan Guru Cemerlang DGA32 disediakan, selain 800 jawatan Guru Cemerlang DGA34.

Dalam konteks ini, Zulkifly berkata, Bahagian Sekolah berperanan sebagai urus setia menerima permohonan jawatan Guru Cemerlang yang diletakkan di bawah pengendalian Jemaah Nazir Sekolah (JNS).

Dari segi syarat lain pula, beliau berkata, guru memohon jawatan Guru Cemerlang yang diperkenalkan sejak 1993 itu turut dikehendaki menyertakan sebarang hasil kajian tindakan mereka.

"Kajian tindakan itu meliputi inovasi yang pernah dilakukan guru terbabit untuk menambah baik atau mempertingkat prestasi pencapaian dalam mata pelajaran mereka.

"Sebagai contoh, guru berkenaan mendapati ada pelajar yang tidak dapat mengikuti atau menguasai mata pelajaran diajarnya. Justeru, guru terbabit membuat kajian punca dan berusaha menanganinya.

"Walaupun bilangan pelajar yang bermasalah itu mungkin sedikit, inisiatif, kreativiti serta inovasi guru berkenaan mengatasi keadaan terbabit penting, malah menjadi contoh berguna yang boleh dikongsi bersama rakan sejawat lain," katanya.

Sementara itu sempena sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008, Zulkifly berharap guru di seluruh negara akan bertugas dengan lebih komited berikutan senario perkembangan dunia yang semakin maju.

Katanya, guru perlu meningkatkan ilmu pengetahuan supaya dapat membimbing pelajar secara berkesan dalam suasana dunia terbuka dengan kemudahan capaian maklumat yang luas menerusi buku dan internet kini.

"Begitupun, peranan guru bukanlah mengajar semata-mata tetapi juga mendidik secara menyeluruh, termasuk dalam aspek sahsiah dan kemahiran kepimpinan di kalangan pelajar, bagi menjayakan penjanaan modal insan.

"Tugas guru ini adalah mulia. Seseorang perlu ada kesabaran tinggi untuk menjadi seorang guru. Ini bermakna mereka perlu menghadapi dan menangani kerenah pelajar serta ibu bapa secara berhemah dan mengikut prosedur sedia ada. Janganlah mengambil tindakan secara beremosi," katanya.

Guru cemerlang lahir pelajar berkualiti

Oleh Zainor Said

HARI ini seluruh warga pendidik sekali lagi menyambut perayaan Hari Guru. Hari untuk menyatakan penghargaan dan pengiktirafan kepada golongan pendidik yang banyak berjasa dalam membangunkan bidang pendidikan negara dan menjadikan rakyat sebagai insan berilmu dan bertamadun.

Sambutan kemuncak perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan tahun ini mengikut perancangan awal diadakan di negeri Jelapang Padi, Kedah. Namun perubahan tampuk pentadbiran negeri kepada pembangkang berikutan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, Kementerian Pelajaran telah memindahkan majlis sambutan berkenaan ke negeri Hang Tuah, Melaka.

Majlis itu dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Sri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, petang ini.


Golongan pendidik di Kedah, mungkin ada yang kecewa dengan langkah Kementerian Pelajaran memindahkan majlis yang ditunggu-tunggu itu, walaupun persiapan telah dibuat sejak awal-awal lagi. Bagaimanapun, itulah kenyataan yang perlu dihadapi semua pihak kerana sudah tentu Kementerian Pelajaran lebih selesa mengendalikan acara berkenaan di negeri yang dikuasai kerajaan BN.



Comments :

0 comments to “SEMPENA HARI GURU 2008: YANG TERSURAT DAN TERSIRAT”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com