Bertempat di Dewan Jawatankuasa Pengurusan Kampung Pulau Ketam, telah diadakan sesi dialog bersama penduduk pada pukul 11 pagi 13hb Julai 2008 anjuran Akhbar Nanyang Siang Pau sempena 100 Hari Kerajaan pakatan Rakyat di Selangor. Ahli Panel terdiri dari Tuan Speaker DUN Selangor merangkap ADUN Sg Pinang, En Wong, Pengarah Editorial Nanyang, YB Elizabeth Wong, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar merangkap ADUN Bukit Lanjan dan ADUN Selat Klang sendiri.
Kelihatan dari kiri, Dr halimah, YB Teng, En Wong,
Penduduk yang telah hadhir menjayakan dialog
En Wong sedang berucap. Duduk paling kanan sekali ialah YB Elizabeth Wong Keat Ping.
YB Teng Chang Khim sedang berucap
YB Wong berucap
Foto bersama AJK Kelab penyokong PAS kaum Cina Pulau ketam
Aktiviti ADUN Selat Klang pada 13/07/08: Majlis Dialog Bersama Rakyat Pulau Ketam
Aktiviti ADUN Selat Klang pada 13/07/08: Program Gotong Royong & Mesra Masyarakat di Telok Gadong Kecil Klang
Majlis di atas telah berlangsung di Telok Gadong Kecil bersebelahan dengan landasan keretapi ke Pelabohan Klang. Turut hadhir ialah Pembantu Khas ADUN.
Sebahagian dari penduduk yang hadhir.
USTAZ HADI DIMASUKKAN KE IJN
Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara setelah mengadu tidak sihat. Beliau yang sepatutnya merasmikan Ibu Pejabat baru PASTI Pusat yang terletak di Batu Caves Selangor pada pukul 3 petang tadi telah digantikan oleh Saudara Mohamad Sabu.
Ustaz Hadi yang beberapa bulan lalu telah mengalami TIA atau "Transient Ischaemic Attack" yakni sejenis phenomenon otak akibat dari saluran darah ke otak menjadi sempit seketika natijah dari plak atheroma (kolesterol dan lain-lain) mengidap diabetis mellitus.
Semoga kesempatan ini merupakan satu-satunya cara untuk Ustaz berehat dan menjalani ujian yang sesuai bagi mengenal pasti status jantung serta kecergasan beliau. Jika tidak, saya pasti Ustaz akan menangguh-nangguhkan pemeriksaan rutin atau berkala untuk kesihatan beliau.
Kita mendoakan agar Ustaz dikurniakan kesihatan yang optimum serta dipanjangkan umur bagi memimpin parti serta jemaah dalam periode yang semakin mencabar dalam segenap aspek.
| Presiden PAS di IJN, kini stabil dan ceria |
| M Khaleel Kas Harakahdaily. Sun | Jul 13, 08 | 9:16:39 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 13 Julai (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) petang tadi setelah mengadu tidak sihat. Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir,keadaan Ustaz Hadi tidak perlu dibimbangkan. "Setelah menjalani pemeriksaan beliau dinasihatkan berehat dan kini ditempatkan di wad di hospital berkenaan. Keadaan beliau bagaimanapun stabil dan ceria,"jelas Roslan dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily sebentar tadi. Dalam pada itu, beliau menyeru kepada seluruh ahli dan para pendukung PAS dipohon agar mendoakan kesihatan beliau. "Semoga Allah SWT memberikan beliau kekuatan untuk terus memimpin parti dan ummah,"ujarnya. - mks. |
Aktiviti Exco Pendidikan pada 12/07/08: Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor
Majlis di atas telah dijalankan di Hotel Singahsana Petaling Jaya Selangor pada 12hb Julai 2008. Turut hadhir ialah YB Dr ahmad Yunus Khairi ADUN Sijangkang dan Tn Hj Takril Tasuki, Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor, Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Timb Pengurus Besar Yayasan Selangor, Pengetua Sekolah seperti SMK Kuala Kubu, SMK Jln Tiga, SMK SAAS, SMK Jln Cochrane, SMK Asunta dan lain-lain.
Ucapan Perasmian oleh Exco Pendidikan.
Sebanyak 14 kategori anugerah kecemerlangan telah dimenangi antaranya Pelajar Terbaik Peperiksaan SPM, PMR, Siswazah terbaik, pelajar Cemerlang tkt 1,2 dan 4 , Pelatih Terbaik sijil Kemahiran Elektrik, Anugerah Khas Ibu bapa, Asrama Terbaik dan Penyelaras Asrama Terbaik.
Sesi bergambar
Aktiviti ADUN Selat Klang pada 12/07/08: Perasmian karnival Sukan Rakyat di Nan Futsal
Bertempat di Nan Futsal Telok Gadong Kecil Off Jln Yadi Klang pada 12hb Julai 2008, satu Karnival Sukan Rakyat telah dianjurkan bersama oleh Syarikat Wawasan Murni, Nan Futsal dan KRT Jln Yadi /Sg Bertih Klang Selangor.
Kelihatan duduk ialah Cik Hjh Jamaliah Hj Mokhtar selaku Pengetua Wawasan Murni merangkap Pengerusi Karnival Sukan Rakyat serta Tn Hj Mokhtar Ahmad, Pengerusi Nan Futsal. ADUN Selat Klang sedang memberi ucapan.
Ibu bapa dan hadhirin yang menjayakan karnival sukan rakyat

Para peserta dari Tadika setempat seperti Tadika Intan Bestari, Pasti Al Ikhwan, Tunas Ria Bestari, an Nawar, PASTI Darul Ulum 2, Azzahrah, An Nur Bestari dan Tabika.
