Sekali lagi BN/UMNO menunjukkan belangnya apabila kabinet bersetuju menjual 99% saham Institut Jantung Negara kepada Sime Darby. Kini Sime Darby mempunyai Subang Jaya Medical Center dan rata-rata pesakit jantung bahkan VVIP serta orang yang berada memilih IJN sebagai hospital pilihan untuk menjalani pembedahan sama ada angioplasty atau open heart surgery. Faktor utamanya ialah kos yang berpatutan dan keduanya ialah pengalaman team pakar yang mempunyai track record kejayaan yang hebat.
Kerajaan BN/UMNO masih tidak "berhati perut" serta sensitif dengan keperitan rakyat marhaen dalam suasana kegawatan ekonomi serta buat "tak faham" pentingnya tidak mewujudkan suasana MONOPOLI dalam apa jua bentuk penyediaan perkhidmatan atau bekalan produk. Lihat sahajalah apa keadaan sebenar dengan bekalan barangan asas seperti beras, tepung, gula, baja dan lain-lain. Pihak kerajaan sendiri diugut dan di"ransom" oleh syarikat pengimport dan pengedar seperti Kuok Brothers dengan mengurangkan bekalan barangan seperti gula dan baja di pasaran tempatan agar tuntutan kenaikan untuk menaikkan harga barangan tersebut dibenarkan oleh Kerajaan. Apa dah jadi dengan perkhidmatan TOL di lebuhraya utama yang mana kenaikan tol tidak dapat dibendung?
Buat masa sekarang, waiting list untuk pembedahan jantung di IJN begitu panjang. Alternatif lain kepada rakyat biasa bagi menjalani pembedahan jantung ialah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Untuk menjalani pembedahan di Pusat Perubatan seperti SJMC atau Pantai, kos dianggarkan sekitar RM40,000/= hingga ke RM100,000/= sahaja.
PAS bantah IJN dijual pada Sime Darby
Irwan Muhammad Zain / Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Hrkh) - PAS membantah keras hasrat kerajaan mahu menjual Institut Jantung Negara (IJN) kepada Sime Darby Berhad.
ImagePenjualan IJN atas dasar penswastaan itu menandakan kedudukan kewangan negara barada pada tahap kritikal akibat dari penyelewengan dan rasuah yang semakin meningkat, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar.
"Kita mempersoalkan apa keperluan terdesak kerajaan mahu menjual IJN ini kepada Sime Darby sedangkan IJN tidak menghadapi masalah kewangan sebaliknya kerajaan yang menghadapi masalah kewangan.
"Kalau Kementerian Kewangan sudah tidak mampu menguruskan IJN serahkan saja kepada Kementerian Kesihatan," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.
Beliau turut mempersoalkan apakah hasrat kerajaan mahu menjual IJN kepada Sime Darby kerana ada pihak tertentu yang bakal memperolehi keuntungan.
Mahfuz menegaskan PAS mebantah penjualan IJN kerana kerana selama ini institusi itu sedikit sebanyak membantu rakyat yang tidak berkemampuan.
Selain itu beliau berkata, banyak projek yang diswastakan di negara ini mengakibatkan bayaran yang meningkat dan beliau tidak melihat mana-mana projek yang diswastakan bayarannya menurun.
"Sudah tentu apabila bayaran meningkat ia akan membebankan golongan berpendapatan rendah," kata beliau.
Beliau juga menegaskan apa yang penting ialah sama ada penswastaan boleh menjamin kecekapan dan keberkesanan khidmat yang diberikan.
"Bila diswastakan tentu akan ramai doktor pakar memilih untuk berkhidmat di hospital swasta kerana tawaran gaji dan beberapa insentif yang menarik dan akhirnya hospital kerajaan tidak lagi mempunyai doktor pakar," tegas Mahfuz.
Bernama pada 17 Disember lalu melaporkan Sime Darby Berhad melalui Sime Darby Healthcare telah menulis surat kepada kerajaan menyatakan hasratnya membeli kepentingan dalam IJN Holdings Sdn Bhd.
Kabinet pada prinsipnya sudah bersetuju untuk menjual kepentingan Kementerian Kewangan kepada Sime Darby Healthcare.
IJN ditubuhkan untuk membantu rakyat mendapatkan rawatan jantung pada kadar yang lebih murah berbanding hospital swasta.
Ketika ini, Kementerian Kewangan melalui syarikat Menteri Kewangan diperbadankan memiliki 99 peratus saham IJN.
PAS BANTAH IJN DIJUAL
PEGANGAN KERAJAAN YANG BERSIFAT LOMBONG EMAS ELOK DIJUAL
Dalam ilmu pengurusan moden, disarankan "cash cow" harus disimpan tetapi jual syarikat atau pegangan yang merugikan atau kurang strategik. Itulah konsep BCG matrix dalam bidang pengurusan. Sekarang Kerajaan BN/UMNO harus melihat apa lagi hak milik rakyat yang ditadbirurus oleh BN/UMNO yang mesti dijual atau diswastakan sepenuhnya. Cadangan: Jabatan Tanah dan Galian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , hospital, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Kastam dan Eksais, Jabatan Imigresyen, Petronas dan semua anak syarikat dan sebagainya. Kini yang nampak telah berjaya diswastakan sepenuhnya dan lumayan pula pendapatannya ialah lebuhraya, Tenaga, POS, Air dan Puspakom. Pengurusan syarikat sebegini tak perlu MBA dari Harvard Universiti.
Dulu Sime Darby rugi bila buka bank. Subang Jaya Medical Center yang dimiliki oleh Sime Darby sudah ada unit Kardiologi dan Kardiotorasik. Pesaingnya ialah IJN. Untuk atasi persaingan, mudah saja: take over competitor. Maka beli IJN. Period. Read More “PEGANGAN KERAJAAN YANG BERSIFAT LOMBONG EMAS ELOK DIJUAL” »»
USTAZ HADI DIMASUKKAN KE IJN
Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara setelah mengadu tidak sihat. Beliau yang sepatutnya merasmikan Ibu Pejabat baru PASTI Pusat yang terletak di Batu Caves Selangor pada pukul 3 petang tadi telah digantikan oleh Saudara Mohamad Sabu.
Ustaz Hadi yang beberapa bulan lalu telah mengalami TIA atau "Transient Ischaemic Attack" yakni sejenis phenomenon otak akibat dari saluran darah ke otak menjadi sempit seketika natijah dari plak atheroma (kolesterol dan lain-lain) mengidap diabetis mellitus.
Semoga kesempatan ini merupakan satu-satunya cara untuk Ustaz berehat dan menjalani ujian yang sesuai bagi mengenal pasti status jantung serta kecergasan beliau. Jika tidak, saya pasti Ustaz akan menangguh-nangguhkan pemeriksaan rutin atau berkala untuk kesihatan beliau.
Kita mendoakan agar Ustaz dikurniakan kesihatan yang optimum serta dipanjangkan umur bagi memimpin parti serta jemaah dalam periode yang semakin mencabar dalam segenap aspek.
| Presiden PAS di IJN, kini stabil dan ceria |
| M Khaleel Kas Harakahdaily. Sun | Jul 13, 08 | 9:16:39 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 13 Julai (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) petang tadi setelah mengadu tidak sihat. Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir,keadaan Ustaz Hadi tidak perlu dibimbangkan. "Setelah menjalani pemeriksaan beliau dinasihatkan berehat dan kini ditempatkan di wad di hospital berkenaan. Keadaan beliau bagaimanapun stabil dan ceria,"jelas Roslan dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily sebentar tadi. Dalam pada itu, beliau menyeru kepada seluruh ahli dan para pendukung PAS dipohon agar mendoakan kesihatan beliau. "Semoga Allah SWT memberikan beliau kekuatan untuk terus memimpin parti dan ummah,"ujarnya. - mks. |

