YB Dr Halimah juga terserempak dengan seorang OKU yang perlu disorong dengan kerusi roda yang jelas ceria mendapatkan bendera PAS. Wanita DHPP(DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS) juga ramai yang turun memberi sokongan kepada CIKGU MALA. Tahniah kepada calon DMPP.Tahniah kepada PAS. Tahniah kepada PAKATAN RAKYAT. Read More “TENANG; NORMALA BERPELUANG MENANG” »»
TENANG; NORMALA BERPELUANG MENANG
YB Dr Halimah juga terserempak dengan seorang OKU yang perlu disorong dengan kerusi roda yang jelas ceria mendapatkan bendera PAS. Wanita DHPP(DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS) juga ramai yang turun memberi sokongan kepada CIKGU MALA. Tahniah kepada calon DMPP.Tahniah kepada PAS. Tahniah kepada PAKATAN RAKYAT. Read More “TENANG; NORMALA BERPELUANG MENANG” »»
UMNO =MCA=MIC=PENENTANG NEGARA ISLAM
http://www.malaysiakini.com/news/153997
Umno sebagai ketua kepada MCA dan MIC akan guna apa sahaja taktik meskipun menjual prinsip SEMATA-MATA untuk mendapat undi.Dalam setiap pilihanraya, api-api ISLAMOFOBIA atau menakut-nakutkan golongan bukan Islam dengan hukum-hakam atau syariat Islam menjadi asam garam BN yang didalangi oleh UMNO dan disambut riang oleh konco-konconya MCA dan MIC. Sepatutnya, UMNO menyokong pendekatan untuk melebarkan kebaikan ISLAM, ISLAM sebagai rahmat kerana membawa keadilan,menjamin keselamatan dan kesejahteraan serta perkongsian rezeki ALLAH dengan adil tanpa mengira bangsa ,kaum dan keturunan. Ini dinanti dan didambakan oleh semua kaum, semua keturunan, semua agama.ISLAM bukan sembahyang lepas tu menzalimi orang.Inilah persepsi orang bukan Islam selama UMNO/BN memerintah terhadap pengertia Islam.
Justeru, apabila PAS mahu berkongsikan nikmat keadilan dan kerahmatan Islam bila mengutara konsep PAS FOR ALL, satu gagasan murni untuk kebaikan semua masyarakat dalam negara ini sepatutnya UMNO menerima baik gagasan ini.Bukan menjadi pengkhianat Islam dengan menakutkan golongan bukan Islam yang baru berjinak untuk mengetahui lebih lanjut tentang Islam dengan hujjah yang jelas menentang dasar Islam yang diturunkan untuk semua bukan untuk orang Melayu sahaja!!
Ini jelas membuktikan bahawa PIMPINAN UMNO memang ANTI ISLAM, ANTI MELAYU. Ini sudah jauh menyimpang daripada asal tujuan UMNO itu sendiri. Ayuh ahli UMNO yang bersih hati jangan biar dirimu terus diperkudakan oleh pemimpin mu yang mempunyai agenda sendiri!Sembahyang istikharah minta tunjuk daripada ALLAH untuk ditunjukkan kebenaran!
AWAS AKHLAK! AWAS PELAMPAU!
Bismillah.Ummat Islam sepatutnya tidak menjadi dayus apabila ada orang menggunakan perkataan exsklusif seperti jihad dan menakut-nakutkan orang dengan kesilapan yang kecil oleh orang bukan Islam.
http://www.malaysiakini.tv/video/20858/death-threat-group-accused-of-perverting-jihad-call-.html
"ACID TEST" BUAT SEMUA ADUN UMNO/BN DI SELANGOR


"Mengikut peraturan tetap dan juga mengikut Undang-undang Tubuh Negeri, selagi ada satu pertiga yang hadir maka kita cukup korum untuk mengadakan mesyuarat iaitu satu per tiga daripada jumlah ahli dewan kecuali speaker," kata Speaker Dewan Selangor Datuk Teng Chang Khim pada sidang media di Dewan Annex, dekat sini hari ini.
Sidang Dun ini bagi membentangkan cadangan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 atau Perlembagaan Negeri.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memperkenan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengadakan sidang berkenaan.
Teng juga berkata, tidak timbul soal sidang tidak dapat diteruskan tanpa kehadiran Adun BN kerana apa yang penting satu pertiga ahli hadir untuk membolehkan mesyuarat berlangsung.
Ujarnya, undi dua pertiga juga tidak diperlukan untuk meminda Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor.
"Kalau tidak ada pindaan perlembagaan, hanya ada sama ada pindaan kepada enakmen ataupun hanya ada rang undang-undang yang baru maka ia tidak memerlukan dua pertiga tapi hanya majoriti mudah.
Sementara itu Datuk Menteri Besar Selangor dilaporkan Harakahdaily berkata pindaan yang kerajaan negeri akan cadangkan ialah Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal berikut: “Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Dengan syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula.”
Katanya, pindaan itu jelas bertujuan mengembalikan prosedur untuk pelantikan tiga pegawai tersebut seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negeri sebelum ianya dipinda pada 1993.
22.1.11




