Berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian pada 20 Mac 2004 bertajuk “ Fatah ‘ditikam dari belakang’ calon PAS” didakwa fitnah telah disiarkan sehari sebelum pilihan raya umum 2004 yang mengakibatkan Dr Yunus tidak berupaya menjawab tuduhan tersebut di akhbar.
Datuk Abdul Fatah Haji Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press ( Malaysia ) Berhad telah disebut sebagai defenden.
Dr Ahmad Yunus dapat gantirugi RM55,00
Mahkamah Sesyen Klang hari ini (30 Julai 2010) merekodkan persetujuan Datuk Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan kumpulan NSTP Press membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepada Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus ekoran berita yang disiarkan akhbar itu tahun 2004 lalu.
Persetujuan itu direkodkan oleh pihak yang terlibat iaitu Dr Ahmad Yunus (gambar) sebagai plaintif melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin dan para defendan.
Defendan adalah Datuk Fatah yang membuat kenyataan itu dengan diwakili oleh firma Datuk Salahuddin Saidin serta Berita Harian yang menyiarkan berita itu dan Datuk Kalimullah Hassan yang mewakili NSTP Press.
Selepas pilihan raya umum 2004 lalu, akhbar Berita Harian menyiarkan satu berita yang bertajuk "Tikam dari belakang - calon PAS".
Ekoran itu, Dr Ahmad Yunus yang kini timbalan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor memfailkan saman kepada pihak-pihak berkenaan menuntut gantirugi itu.
Pada 29 Julai 2004, Dr Ahmad Yunus Khairi telah memfailkan saman ke atas Datuk Abdul Fatah Haji Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press ( Malaysia ) Berhad di atas berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian pada 20 Mac 2004 bertajuk “ Fatah ‘ditikam dari belakang’ calon PAS” di mana antara lain berita tersebut menyatakan:
“Ahmad Yunus rapat dengan saya, dia ikut hampir setiap ceramah dan majlis yang saya hadiri. ..Sebelum penamaan calon, saya ada terdengar nama dia akan dicalonkan. Saya tanya dia berkali-kali sama ada dia hendak bertanding, tapi dia nafikan akan melawan saya.’.. Abdul fatah menyifatkan tindakan Dr. Ahmad Yunus sebagai “menikamnya dari belakang” kerana persahabatan mereka begitu rapat. Saya yakin pengundi tahu memilih yang mana calon yang boleh membawa pembangunan dan yang mana calon yang hanya berjuang berdasarkan emosi.” Katanya. .. Abdul Fatah menyifatkan perkembangan Pas menampilkan Dr Ahmad Yunus menjadi calon sebagai parti yang terdesak kerana mereka tidak mempunyai calon yang cukup.”
Di dalam samannya Dr Yunus yang ketika itu adalah calon PAS bagi Dun Sijangkang mendakwa kata-kata tersebut adalah satu fitnah yang amat jahat ke atas beliau kerana dalam maknanya yang asal dan biasa kata-kata tersebut antara lain bermaksud bahawa beliau adalah seorang yang tidak boleh dipercayai, seorang penipu dan tidak mempunyai integriti.
Kata-kata fitnah tersebut dakwa Dr Yunus juga bermaksud bahawa beliau adalah calon tangkap muat dan beliau adalah calon yang berjuang berdasarkan emosi.
Kata-kata yang didakwa fitnah itu disiarkan sehari sebelum pilihan raya umum 2004 yang mengakibatkan Harakahdaily Dr Yunus tidak berupaya menjawab tuduhan tersebut di akhbar.
Saman Dr Yunus telah ditetapkan untuk bicara hari ini di Mahkamah Sesyen Klang dan mahkamah telah merekodkan penghakiman persetujuan di mana defendan-defendan telah bersetuju dengan tanpa pengakuan liabiliti membayar gantirugi sebanyak RM 55,000-00 kepada Dr Yunus.
Dr Yunus diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Dato Abdul Fatah Iskandar diwakili oleh firma Tetuan Salehuddin Saidin dan akhbar Berita Harian diwakili oleh peguam Josephen dari Tetuan Sharizat & Lee.
Harakahdaily
DUA KALI PILIHANRAYA BERLALU BARU SELESAI
SUBSIDI RAKYAT DINAFIKAN
APA SEBENARNYA YANG DIKATAKAN "KRONI DIDAHULUKAN"

Subsidi rakyat dikerat, kroni dibayar RM222.58 juta
Abdul Aziz Mustafa/HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR, 29 Julai: Tindakan kerajaan mengarahkan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membuat pembayaran RM222.58 juta kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) membuktikan lagi bahawa kepentingan kroni lebih diutamakan berbanding rakyat, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Bernama melaporkan, semasa membuat keputusan itu, kerajaan melalui kenyataan Kementerian Pengangkutan mendakwa telah mengambil kira semua faktor berkaitan termasuk komitmen kerajaan kepada pemegang bon, serta tanggungjawab LPK di bawah perjanjian yang telah ditandatangani.
Salahuddin mempersoalkan, adakah ia merupakan tanggungjawab Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) atau tanggungjawab KDSB.
Beliau merujuk kepada laporan mengenai jaminan KDSB bahawa sebarang kekurangan dalam pembayaran semula bon adalah tanggungjawab syarikat tujuan khas itu dan wang rakyat tidak akan digunakan untuk membayarnya.
"Kerajaan perlu menjelaskan, tanggungjawab siapa untuk menanggung bebanan ini? Tanggungjawab rakyat atau KDSB?
"Kalau untuk rakyat, subsidi direntap, dikerat. Kalau untuk kroni, adakah kerajaan senang-senang belanjakan RM222.58 juta walaupun ahli lembaga LPK memutuskan tidak mahu membuat pembayaran tersebut," katanya.
Bagi Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, tindakan kerajaan itu menguatkan lagi ingatan rakyat kepada dakwaan salah seorang Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker bahawa ramai tokoh Umno dan MCA yang menerima wang dari Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing.
Tiong juga adalah Ahli Parlimen Bintulu dan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC).
"Sebelum ini beria-ia (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Idris Jala kata subsidi berterusan akan menyebabkan negara ini bankrap sembilan tahun lagi, tetapi pada masa yang sama kerajaan semakin kelihatan membelanjakan wang rakyat dengan sesuka hati," kata Salahuddin lagi.
PKA withhold payment to PKFZ
SEMENTARA ITU......
Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan pecah amanah berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA. Beliau adalah antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Selanjutnya di SINI.
PAC syor siasat bekas menteri pengangkutan
EZAM KINI BERKUASA DALAM UMNO SELANGOR
Ezam 'kuasa' baru dalam
Umno Selangor

Ezam: Nyahkan Anwar dari S'gor
Umno Selangor menuju ke pusara
Tiada bukti lombong pasir cemar taman rekreasi
BUMBUNG TERBANG DUIT MELAYANG KONTRAKTOR GIRANG
Kerajaan persekutuan dalam projek mee segera berikutan kekosongan kerusi Parlimen Ulu Selangor telah membaik pulih bumbung dan mengecat 57 blok pangsapuri dengan kos RM17.7 juta atau kos purata RM310,526.32 seblok.
Belum sampai setahun bumbung terbang setelah hampir RM20 juta melayang. Bila lagi kita nak belajar dari kesilapan silam.....
S'gor siasat punca bumbung pangsapuri terbang
Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) diarah menjalankan siasatan terhadap bumbung pangsapuri di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa bagi menentukan sama ada ianya masih selamat.
Keputusan ini dibuat setelah bumbung-bumbung bagi 2 blok pangsapuri di situ telah diterbangkan oleh ribut kelmarin, kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad.
Bumbung itu telah diganti oleh kerajaan persekutuan ketika pilihanraya umum Hulu Selangor Mac lalu dan projek itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika program Juara Rakyat di Hulu Selangor sebelum itu.
Menurut laporan, sebanyak 57 blok pangsapuri kos rendah terlibat dalam projek tersebut.
Iskandar berkata, kerajaan persekutuan juga mesti melakukan satu siasat yang terperinci agar penduduk Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa tidak terdedah kepada sebarang bahaya.
"Kerajaan persekutuan mesti mengenal pasti punca kegagalan bumbung tersebut dan kerja baik pulih mesti dilakukan dengan segera demi keselamatan rakyat.
Kesemua 57 blok mesti disiasat dengan segera dan sekiranya telah berlaku sebarang penyelewengan, mereka yang bertanggung jawab mestilah dihukum.
"Kerajaan persekutuan telah membaik pulih bumbung dan mengecat 57 blok pangsapuri dengan kos RM17.7 juta atau kos purata RM310,526.32 seblok.
"Kerajaan Selangor pula telah mengganti bumbung untuk dua blok dengan kos RM372,196 atau kos purata RM186,096 seblok.
"Bumbung yang diganti itu masih kukuh hingga ke hari ini," tambahnya.
Malaysiakini
laporan:
MDHS diarah periksa bumbung pangsapuri
SIAPA DALANG DI BELAKANG PENCURI PASIR?
Syabas dan tahniah kepada PDHL atas kejayaan mematahkan kegiatan mencuri pasir. Dalam operasi awal pagi PDHL serta PDRM `telah menyita lori bersama pasir dalam masa serentak yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1 juta adalah kejayaan yang terbesar dicapai sehingga kini.
Persoalannya adakah pemandu lori yang diberkas sebenarnya di belakang kes mencuri pasir atau ada jerung yang berkeliaran di air tenang dan paya sebenarnya pemilik operasi serta master mind segala-galanya!
Tumpas
BANDAR BARU BANGI – Taktik sekumpulan pencuri pasir yang mengeluarkan pasir tanpa kebenaran pada awal pagi dan bergerak secara serentak gagal apabila ditahan sepasukan Pegawai Penguatkuasa Pejabat Daerah Hulu Langat (PDHL) bersama anggota polis awal pagi semalam.
Modus operandi mereka yang masuk dan keluar secara berkumpulan di Batu 24 Jalan Sungai Lalang, Semenyih ternyata sia-sia setelah lapan buah lori pasir muatan lapan tan ditahan semasa dalam perjalanan membawa keluar pasir berkenaan untuk pasaran sekitar Selangor kira-kira jam lima pagi.
Kejayaan PDHL mematahkan kegiatan berkenaan dan menyita lori bersama pasir dalam masa serentak yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1 juta adalah kejayaan yang terbesar dicapai sehingga kini.
Pegawai Daerah Hulu Langat, Zainal Abidin A’ala berkata, berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima daripada masyarakat setempat, intipan dijalankan oleh PDHL diketuai oleh Ketua Penguatkuasa Daerah, Khairul Fahmi Mahmud dan Setiausaha Keselamatan Daerah, Noor Dasrafeezal Abdul Shukur serta enam anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah Kajang (IPD) di kawasan berkenaan.
“Rondaan dan intipan diadakan bermula tiga pagi namun pergerakan masuk lapan lori yang memasuki lokasi pengeluaran pasir tanpa kebenaran berkenaan hanya berjaya dikesan seawal empat pagi sebelum keluar semula dengan membawa muatan pasir jam lima pagi.
“Anggota penguatkuasa kemudiannya mengekori lori itu sebelum bertindak mengarahkan pemandu memberhentikan kenderaan mereka dibahu jalan Sungai Lalang menuju ke Pekan Semenyih untuk siasatan lanjut.
“Hasil pemeriksaan, kita dapati kesemua lori muatan lapan tan berkenaan membawa muatan pasir dipercayai tanpa permit di Batu 24 Jalan Sungai Lalang, Semenyih.
“Kesemua pemandu tempatan berusia lingkungan 20 hingga 50 an disoal siasat dan kegiatan haram itu dipercayai baru beroperasi”, katanya.
Sinar Harian
Isu Pasir: (1) Senarai pemegang permit pasir S'gor dikeluarkan
(2) Kenyataan rambang rosakkan Paya Indah Wetland
