Pray For MH370

Pray For MH370

Pelajar mati dihempap tiang gol:Kementerian Pelajaran Perlu serius pantau peralatan aktiviti sukan

20.9.11
KLANG

EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali amat terkilan dengan kematian Muhammad Fkhrul Amin Abd Rahman, 11 tahun, pelajar yang maut dihempap tiang gol ketika bermain bola di padang SK Kpg Jawa(2) pada Sabtu 17.9.11. 
Menurut ayahnya dan beberapa saksi beliau didapati berlumuran darah dan tidak sedar diri serta merta apabila tiang gol jatuh menghempanya ketika bermain bola dengan kawan-kawannya.
Beliau menziarahi keluarga Allahyarham bersama Presiden MPPIBG Selangor, Miswaddi Sarbini.Ibu yang masih sayu menunjukkan berita tentang kematian anaknya dalam akhbar. Ibu yang kehilangan anak tersayang itu juga menunjukkan gambar keluarga bersama di hari raya di rumah atok mereka di Kelantan. 
    Ayah beliau terkilan tiang gol sekolah yang berkarat dan sudah tidak ada penghadang belakang tidak diganti pihak sekolah. Bukan anaknya sahaja yang boleh dihempap tiang gol itu, katanya, sesiapa sahaja yang berada di situ boleh mengalami kemalangan yang meragut nyawa itu.


keputusan post mortem

EXCO Pendidikan Selangor amat berharap altiviti sukan yang digalakkan oleh kementerian di sertai dengan kemudahan sukan yang mencukupi dan setiap peralatan sukan adalah sentiasa berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.Lebih-lebih lagi bagi jenis aktiviti sukan kegemaran pelajar seperti bola sepak.
Kementerian Pelajaran perlu sudah bersedia mempastikan keselamatan semua perkakas dan peralatan serta keperluan aktiviti sukan sebelum melancarkan kempen 1murid 1 sukan yang bboleh mengakibatkan kemalangan lebih banyak lagi.

Read More “Pelajar mati dihempap tiang gol:Kementerian Pelajaran Perlu serius pantau peralatan aktiviti sukan”  »»

Pandangan EXCO -EXCO Selangor mengenai pengumuman PM tentangISA

Read More “Pandangan EXCO -EXCO Selangor mengenai pengumuman PM tentangISA”  »»

ADUN SELAT KLANG SANTUNI PENGANTIN DAN KELUARGA

 17.9.11
DUN SELAT KLANG

    Sudah menjadi lumrah wakil rakyat,  hari Sabtu dan Ahad adalah waktu yang sangat sibuk menghadiri kenduri-kendara dan jemputan lain.Lebih-lebih lagi bila bertembung di bulan Syawal.
   
Maka ditambahkan pula dengan jemputan hari raya samada daripada pemimpin PAS,  Pakatan Rakyat dan rakan YB EXCO dan ADUN/AHLI PARLIMEN.
 ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali juga perlu melaksanakan tanggungjawab sosial tersebut. Apabila terlalu banyak jemputan beliau memulakan ' kenduri round'nya awal.    
   Adakala pukul 8-9.00 pagi.Walaupun tuan rumah tidak bersedia hidangan tetapi niatnya adalah untuk menunaikan jemputan.
Pada hari ini, YB sempat berjumpa dengan saudara mara pengantin. Seorang saudara yang berada di kerusi roda terasa haru disapa dan diambil peduli oleh YB.Beliau merupakan salah seorang penerima bantuan sumbangan Muslimat PAS DUN SELAT KLANG dalam program Ihya' Ramadhan baru-baru ini.

Read More “ADUN SELAT KLANG SANTUNI PENGANTIN DAN KELUARGA”  »»

PM perlu buktikan kerajaan pusat ikhlas mansuh ISA

Tunjuk keikhlasan, bebas tahanan ISA sekarang
Sep 17, 11 12:46pm
Kongsi 38
PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya membebaskan semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting sebagai langkah keikhlasan pertama ekoran pengumuman beliau untuk menghapusan akta tersebut.

"Jika tidak dapat dibebaskan serta-merta pun, PAS menggesa agar tahanan tanpa bicara ini dapat dihadapkan ke mahkamah serta-merta supaya mereka dapat membela diri sekiranya kerajaan mendakwa mempunyai bukti kukuh bahawa mereka adalah golongan pengganas," tegas ketua penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan manKatanya, amatlah dikesali kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein "yang sekali lagi mengikut langkah melawan arus seperti dalam hal menangani perhimpunan BERSIH 2.0, dengan mengumumkan tahanan ISA akan kekal ditahan sehingga dua akta baru menggantikan ISA disiapkan.

"Dua akta itu pula, mengikut kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz - hanya akan dibentangkan tahun depan dan semua ini menambahkan perit kepada ahli keluarga tahanan ISA yang menaruh harapan tinggi sejak pengumuman Najib semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seharusnya, tegas beliau, menteri dalam negeri bertindak lebih bijak dalam hal ini dengan membebaskan semua tahanan ISA secepat mungkin.

"...sebagai langkah keikhlasan dan demi membantu Najib mendapatkan kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat bahawa pengumuman melakukan reformasi untuk kebaikan negara bukanlah hangat-hangat tahi ayam seperti apa yang melanda siri reformasi ekonomi yang diwar-warkan beliau.

"Kita yakin terdapat puluhan lagi yang ditahan dalam kem Kamunting sekarang dengan pelbagai tuduhan yang mungkin hanya berpunca daripada sangka buruk, dendam dan politik.

"... seperti yang berlaku pada enam ahli PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat baru-baru ini. Najib mesti memilih antara dua pilihan ini - sama ada mereka mesti dibebaskan atau dibicarakan," tegasnya.

Di samping itu, katanya, PAS juga menuntut kerajaan memohon maaf kepada tahanan ISA yang ditahan tanpa bicara, ekoran perdana menteri mengakui terdapat kepincangan dalam akta drakonian tersebut sekiranya beliau betul-betul ikhlas dalam reformasi ini.

"Janganlah pula cepat menolak tanggungjawab untuk memohon maaf, kepada bapa-bapa negara yang lalu, kerana mereka yang menggubal akta yang zalim ini.
"Sebaliknya Najib patut mewakili bapa-bapa negara yang lalu untuk memohon maaf kepada semua tahanan ISA kerana mereka adalah daripada rumpun yang sama iaitu Barisan Nasional.

"Sebagai tanda keikhlasan juga, kerajaan tidak boleh berlepas tangan begitu sahaja kerana mangsa kekejaman ISA terus tertekan sama ada dari sudut mental, fizikal mahupun spiritual. Nama mereka mesti dibersihkan akibat akta zalim ini," tambahnya.

Read More “PM perlu buktikan kerajaan pusat ikhlas mansuh ISA”  »»

HAPUS ISA HAPUS AUKU SEKALI!

HAPUSKAN AUKU  UNTUK LONJAKKAN KEUPAYAAN MODAL INSAN

Tahniah kepada YAB Perdana Menteri kerana mengambil langkah wajar untuk menghapuskan undang-undang rimba ISA. Untuk lebih lengkap beliau harus menghapuskan undang-undang AUKU yang dianggap penjara akal fikiran siswa-siswi di Malaysia
    Demi masa depan Malaysia, bakal modal insan di Institusi Pengajian Tinggi perlu diberi ruang yang luas untuk membina jati diri, belajar untuk menjadi individu berani supaya mampu berdaya saing dan pantas bangkit semula sekira tergelincir daripada landasan yang betul. Mereka juga sepatut berupaya menyata yang hak dan cekap menangkis yang batil. Mereka wajar diberi kebebasan menyuarakan pendapat, mengutarakan ketidakpuasan hati dengan cara tertib dan sopan.
   
     Mahasiswa-mahasiswi sudah dalam lingkungan umur dewasa. Mereka sudah ada pengalaman. Mereka lebih terdedah kepada informasi maya yang mencuitkan mereka untuk respon.Ini adalah reaksi yang normal dan sihat.Ini adalah proses pembelajaran hidup sebenar untuk mahasiswa yang berguna, bernilai untuk mencorak masa depannya.Sudah tentu kadang-kadang mereka akan mengambil tindakan atau mengeluar pendapat yang tersasar daripada kenyataan.Sekiranya pelajar-pelajar lain dan mana-mana pihak diberi kebebasan untuk memberi respon kepada reaksi tadi, sedikit sebanyak mereka akan mula mengerti bagaimana mahu bertindak dengan sesuatu berita, kenyataan atau pemberitahuan. Dengan kata lain mereka akan belajar untuk menjadi lebih matang.
  Kerajaan yang professional dan berwibawa serta mempunyai yakin diri yang tinggi tidak akan rasa tergugat dengan kebebasan bersuara pelajar IPT. Kerajaan berintegriti ini akan mengalu-alukan teguran, kritikan bahkan gelagat demonstrasi mahasiswa-mahasiswi yang tidak puas hati dengan mana-mana isu.Sekiranya yang dibangkitkan oleh para pelajar itu benar dan hujjah mereka munasabah, kerajaan akan mengambilkira dalam proses membuat keputusan. Sekiranya rungutan/desakan mereka adalah disebabkan emosi dan kurang maklumat mereka akan di beri taklimat dan diterangkan dengan niat dan cara mendidik mereka sebagai bakal modal insan.
     AUKU sudah memberi konotasi mengongkong yang melemahkan daya juang, sifat berani dan menggugat keupayaan bersuara generasi pelapis pemimpin negara ini. Segelintir  golongan yang mempunyai bakat kepimpinan dan mempunyai kecenderungan politik akan terbantut dan menjadi ‘pengikut’ yang derita dalam diam dan kegusaran ini menyebabkannya menjadi pembangkang tegar kerajaan yang dilihat sentiasa menghalang hak bersuaranya.
AUKU sudah tidak relevan.Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Tinggi mengesyor kerajaan Malaysia membatalkan AUKU sekaligus dengan ISA.
YB Dr Hjh Halimah Ali
EXCO Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor
16.9.11

Read More “HAPUS ISA HAPUS AUKU SEKALI!”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com