Pray For MH370

Pray For MH370

EXCO Pendidikan Selangor isytihar keputusan SMA, SMATQ

 SHAH ALAM
26.1.12

Prestasi sekolah yang mengambil peperiksaan SMA semangkin meningkat di seulurh Selangor. Bilangan pelajar yang lulus peringkat cemerlang(mumtaz)juga semakin ramai dan jumlah rasib atau gagal berkurangan.

Dalam ucapan beliau, YB Dr Hjh Halimah Ali selaku EXCO Pendidikan mengingatkan pelajar, guru-guru dan kakitangan JAIS bahawa pencapaian SMA hanyalah sebahagian daripada langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai kejayaan hakiki kerana skop pembelajaran mencakupi keperluan hidup di dunia hingga akhirat.
Beliau menegaskan pelajar yang diterima masuk ke sekolah JAIS samada SABK dan Maahad Tahfiz merupakan pelajar yang memang sudah terpilih dan berpotensi untuk mencapai yang terbaik dalam apa-apa bidang. Beliau berharap JAIS dan sekolah mampu memberi perhatian kepada 5 elemen SPIES bagi membantu hasrat kerajaan Selangor mahu mengehsankan insan di Selangor Darul Ehsan.




Read More “EXCO Pendidikan Selangor isytihar keputusan SMA, SMATQ”  »»

ADUN SELAT KLANG raikan kaum Tionghua Telok Pulai

26.1.12
Perkarangan
PEJABAT ADUN SELAT KLANG

JLN SG BERTIH, KLANG

Majlis ringkas sumbangan angpau kepada warga emas, miskin dari kawasan Telok Pulai dan Sg Bertik di adakan bagi meraikan golongan ini. Hampir 200 orang menerima angpau daripada ADUN SELAT KLANG.

Suasana amat riang dan semua kelihatan amat mesra dengan ADUN. Angpau diberi sebagai tanda ingatan kepada golongan yang lazimnya terpinggir ini. Sedikit sentuhan memberi impak besar kepada mereka yang dahagakan perhatian dan layanan istimewa.
Mereka nampaknya tidak janggal bergaul dengan orang PAS dan PAKATAN RAKYAT.
Turut hadir, Ahli Majlis MPK, Hj Jamaluddin, PA ADUN Selat Klang Hj Kamaludin, Hj Bakir(PKR), Ketua kampung , pimpinan PAS Selat Klang dan PKR serta DAP, Pengerusi Persatuan Penduduk Telok Pulai, Loo Hock Chai.





Read More “ADUN SELAT KLANG raikan kaum Tionghua Telok Pulai”  »»

S.P.I.E.S Setiausaha dirasmi penutup oleh YB ZAILAH


 SHAH ALAM

Untuk menjadi setiausaha yang cekap dan berkesan serta segala usahanya diredhai oleh Allah swt, semua setiausaha perlu menyenarai semak elemen S.P.I.E.S dirinya sebagai insan.

Menurut model pembangunan insan S.P.I.E.S ini, aspek rohani atau spiritualnya mesti diberi fokus agar sentiasa segar berfungsi. Setiausaha yang menjadi tulang belakang sesebuah organisasi ( analogi YB SITI ZAILAH) mesti melakukan tazkiyatul nafsu setiap hari.Jiwa mesti bersih, barulah elemen kedua keinsanannya, iaitu fizikal bertenaga untuk bertindak.Hati yang segar keehsanannya akan mendorong segala modal atau asset anggota badannya untuk berfungsi dengan terbaik.Rajin, produktif akan terhasil daripada padanan jiwa ikhlas dan pemberdayaan jasad ini. Surat mudah ditulis, notis kesyuarat mudah dibereskan.Minit mesyuarat tersiap pantas.Maklumat penting cepat disampaikan. Ketua sudah diingatkan segala yang telah dipersetujui dan input baru yang perlu diketahui.
Pembangunan intelek(I) setiausaha amat kritikal untuk melahirkan setiausaha yang mampu berfikir secara kritikal, analytikal untuk memahami insiden yang berlaku, agar peka dengan keadaan sekeliling dan agar perjalanan organisasi lancar.Setiausaha juga perlu melatih diri berfikiran kreatif untuk berupaya menyelesaikan masalah.
   Untuk berjaya menjaga keharmonian warga organisasinya, beliau harus berfikiran lateral supaya dapat menerima kepelbagain pendapat, cara kerja dan segala yang boleh mencetsukan ketegangan dalam institusi.

Ketiga-tiga elemen ini tidak mampu melahirkan setiausaha yang diidamkan sekiranya beliau tidak berupaya untuk mengendali emosi. Jenis kerja setiausaha sudah tentu perlu berurusan dengan pelbagai manusia untuk mencapaikan matlamat organisasi tersebut. Beban kerja serta karenah ahli selain daripada tekanan dari keluarga menuntut beliau mempunyai skil 'membaca' situasi diri dan keadaan dan juga ilmu untuk menguasai ledakan emosi yang boleh menatijahkan pecah belah dalam organisasi dan salah tanggapan dek emosi yang menggelabukan.Justeru semua setiausaha perlu membangunkan elemen emosi(E) untuk menggalas tugas kesetiausahaan.
Akhir sekali, untuk menjadi setiausaha yag boleh diterima ramai, beliau harus mengasah skil berkomunikasi dan berinteraksi sesama insan dan juga menurut keperluan sesuatu agensi atau badan lain untuk membina jaringan luas dan berstrategi organisasi beliau.Inilah dimaksudkan dengan pembangunan skil sosial(S) dalam logo SPIES.
Kelima-lima elemen teras ini perlu dibangun secara sinergi untuk melahirkan SETIAUSAHA CEMERLANG insyaallah.

Read More “S.P.I.E.S Setiausaha dirasmi penutup oleh YB ZAILAH”  »»

Yayasan Selangor melahirkan pelajar cemerlang: sekolah agama amat menyerlah

 21.1.12
KEM BINA SEMANGAT,
AMPANG PECAH,
KUALA KUBU BARU

Sesuai dengan nama kemnya , Yayasan Selangor membuat perubahan untuk meraikan pelajar-pelajar cemerlang yang dibiayainya.
Dewan dipenuhi oleh pelajar cemerlang yang menerima anugerah pelbagai kategori bersama keluarga, wakil pengetua sekolah-sekolah,dan warden asrama.
 Pelajar-pelajar yang ditaja oleh Yayasan Selangor melalui rancangan khas pendidikan adalah daripada  golongan miskin di luar bandar dan diberi bantuan pendidikan oleh Yayasan Selangor bagi mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan dengan pencapaian pendidikan yang tinggi.

Paling menarik ialah apabila Yayasan Selangor merubah fokus daripada hanya tertumpu selama 40tahun ke sekolah-sekolah di bandar raya Kuala Lumpur yang bersifat sekular,mulai 2009 EXCO Pendidikan Selangor meminta Yayasan Selangor memberi tumpuan kepada sekolah-sekolah terbaik di Selangor sendiri termasuk sekolah -sekolah agama yang lazimnya adalah sekolah terpilih kerana dinilai melalui dua sukatan iaitu UPSR dan sukatan agama PSRA.
 Ternyata perubahan ini membuat kejutan kepada Yayasan Selangor sendiri kerana pelajar mereka yang mencapai keputusan terbaik rupa-rupanya daripada sekolah-sekolah agama. Bahkan lebih baik keputusan pelajar dari sekolah agama ini daripada sekolah-sekolah yang ternama yang telah lama menerima habuan kerana bergelar dan ber'jenama'.
Ini boleh mengikiskan 'inferiority complex' di kalangan institusi yang menguruskan hal ehwal pendidikan tentang status sekolah aliran agama.
Majlis dirasmikan oleh YAB MB Selangor. Turut hadir EXCO Pendidikan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali dan Pengurus Besar Yayasan Selangor serta wakil jabatan pelaran Selangor dan Wilayah


Read More “Yayasan Selangor melahirkan pelajar cemerlang: sekolah agama amat menyerlah”  »»

Duit rakyat = duit UMNO??!!

Umno 'perasan' BR1M dari kocek mereka

Harakahdaily, 23 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 23 Jan: PAS mengingatkan Umno BN agar tidak mendabik dada mendakwa wang RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang disalurkan ketika ini adalah wang dari kocek parti itu.
Sebaliknya kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, wang tersebut adalah wang rakyat hasil dari pelbagai sumber yang dibayar kepada kerajaan.

"Umno jangan "perasan" Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 wang kocek Umno. Kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah ini adalah pemberian Umno BN.

"Pada hal ini ialah wang rakyat diambil daripada berbagai sumber negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kain-kain rentang yang sedang dipasang Umno BN di serata kampung sempena pengagihan wang tersebut kepada rakyat.

Kain-kain rentang itu ujar Idris seolah-olah mendakwa duit RM500 yang sedang diagihkan kepada rakyat yang berpendapatan kurang RM3000 itu adalah duit Umno dan bukan duit hasil cukai yang dibayar rakyat.

"Semua rakyat yang layak wajib ambil, kerana ini adalah wang rakyat bukan wang Umno," tegasnya sambil menyifatkan ianya hanya modal kempen untuk memikat hati rakyat di musim pilihanraya.

Katanya, rakyat perlu sedar bahawa pemberian terbaru itu hanya diberi setelah 55 tahun Umno BN berkuasa dan setelah nyawa mereka di hujung tanduk.

"Selama ini pemberian ini tidak pernah terfikir oleh pemimpin Umno BN untuk memberinya.

"Keadaan yang sama juga berlaku di Terengganu, walaupun minyak ditemui sejak tahun 70an, tetapi rakyat baru dapat wang ehsan RM300 setahun apabila PAS memerintah Terengganu 1999," jelasnya lagi.

Menurutnya lagi, rakyat harus sedar bahawa Umno semakin tertekan dengan berbagai tawaran yang telah ditunjukkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat, walaupun mengalami kekangan kewangan.

Dengan prinsip penjimatan dan bebas rasuah, rakyat kini selesa di bawah Pakatan Rakyat berbanding di bawah BN sebelum ini.

"Umno terpaksa ikut (tawaran PR), jika tidak rakyat akan bangkit menolak BN.

"Sebelum jatuh biarlah tunjuk bakti terakhir untuk rakyat, sekurang-kurangnya generasi akan datang dapat melihat bahawa kerajaan Umno BN pernah memberi wang RM500 setelah 55 tahun merdeka," sindirnya.

Read More “Duit rakyat = duit UMNO??!!”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com