Gambar di atas telah dikutip dari akhbar the Star bertarikh 19hb Mac 2008 yang memaparkan anggota kabinet Malaysia yang terdiri dari muka-muka baru dan yang dinaikkan pangkat serta muka lama yang digugurkan.
Imej dari akhbar Kosmo! bertarikh 19hb Mac 2008 yang menyenaraikan kabinet baru serta portfolio yang diamanahkan kepada mereka yang terdiri dari muka baru, yang bertukar portfolio dan yang kekal di portfolio lama.
Bagi saya, kita beri anggota Kabinet yang baru dilantik peluang untuk menjalankan amanah dengan berpandukan pelbagai slogan yang telah diperkenalkan seperti BERSIH, CEKAP, AMANAH atau KEPIMPINAN MELALUI TELADAN dan sebagainya. Harap jangan menjadi seperti yang digambarkan dalam beberapa peribahasa Melayu seperti, harapkan pagar, pagar makan padi dan seumpamanya. Berdoalah semoga mereka tidak mengulangi skandal, salah laku, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya seperti yang berlaku sebelum ini. Semoga pisang tidak berbuah dua kali.
Yang paling menarik bagi saya ialah pelantikan Datuk Zaid Ibrahim dari Kelantan dan tokoh tak asing lagi buat kita orang lama, iaitu tak lain tak bukan Brother Muhammad Taib dari Selangor.
Tak lupa juga Ratu Hadhari, Ustazah Mashitah dari Kedah, buka kitab balik dan mentelaah serta bermuzakarahlah dengan anak murid anda. Mungkin kalau bermuzakarah dengan Tok Guru takut tak ikhlas. Diucapkan kepada ketiga-tiga insan di atas "Selamat menjalankan Tugas, Bertaubatlah. Tebuslah Kesilapan silam dengan Amal Bakti yang luhur dan terpuji."
KABINET YANG KECIL TETAPI BARU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment