Pray For MH370

Pray For MH370

PESURUHJAYA PAS SELANGOR MENGHADAP SULTAN

Pesuruhjaya Pas Selangor, YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali dengan penuh tawadhu' menyembah ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor. DYMM Sultan Selangor telah memanggil wakil dari Pas, PKR dan DAP bagi tujuan pelantikan Menteri Besar Selangor. Sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Bab 3, Undang-udang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Sultan hendaklah melantik dengan suratcara di bawah tanda-tangan baginda dan mohor kerajaan, seorang Menteri Besar mengikut Perkara 53, di mana Sultan hendaklah pertama -tamanya melantik seorang Menteri Besar untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Menurut Datuk Lela Bakti Datuk Mohamad Munir Bani, Setiausaha Sulit Tuanku, peruntukan ini memberi kuasa budi bicara mutlak kepad Sultan Selangor untuk melantik Menteri Besar yang baru. Tambah beliau lagi, mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, seorang Menteri Besar yang dilantik itu perlu berbangsa Melayu dan menganut agama Islam seperti yang tertakluk dalam peruntukkan Fasal Empat Perkara 53. Bagi jawatan Timbalan Menteri Besar, menurut beliau, adalah wajar dilantik daripada orang Melayu yang beragama Islam.

Datuk Lela bakti juga menegaskan bahawa pelantikan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) perlu mendapat perkenan Baginda sultan setelah dicadangkan oleh Menteri Besar.

Comments :

0 comments to “PESURUHJAYA PAS SELANGOR MENGHADAP SULTAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com