Pray For MH370

Pray For MH370

OSA (AKTA RAHSIA RASMI) BERCANGGAH dengan AMALAN KETELUSAN

Menteri Besar Selangor yang baru dilantik, YAB Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim berjanji akan mengambil langkah tegas dalam mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dari rasuah dan telus. Beliau akan berbincang dengan Penasihat Undang-undang Negeri bagi membolehkan rakyat mendapat maklumat mengenai dokumen-dokumen kerajaan negeri terutama mengenai perniagaan dengan meluluskan enakmen baru untuk tujuan di atas agar tidak terkongkong oleh Akta Rahsia Rasmi(OSA).

Dalam suatu sesi penerangan di Dewan PutRa suatu ketika dahulu beliau menyebut bahawa rasuah berlaku apabila tiada ketelusan iaitu maklumat tidak sampai kepada rakyat maka banyak berlaku penyelewengan, penyelahgunaan kuasa dan ketidakadilan dalam pentadbiran dan pengurusan kewangan. LANGKAH PERTAMA ke arah pentadbiran bersih dan rasuah sifar ialah kesedaran rakyat tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai seorang rakyat di negara berdaulat dan pembayar pelbagai cukai. LANGKAH KEDUA ialah segala bentuk halangan ke arah masyarakat bermaklumat harus ditangani. Rakyat tidak boleh dinafikan hak mereka untuk mengetahui bagaimana dan ke mana perginya wang dan kekayaan negara mereka. LANGKAH KETIGA ialah semua yang terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan negeri harus sentiasa peka dan berwaspada tentang bahaya rasuah dari aspek mental dan rohani individu serta bahaya rasuah kepada masyarakat. LANGKAH KEEMPAT, pemantauan,odit, hisbah dan penguatkuasaan undang-undang anti rasuah harus dipertingkatkan. LANGKAH KELIMA, mereka yang terlibat secara langsung dalam membuat keputusan seperti, ahli Exco, ahli majlis kerajaan tempatan dan sebagainya hendaklah mengisytiharkan harta serta aset mereka sama ada di dalam atau di luar negera.

Tan Sri Khalid juga menyeru keraajan Pusat agar tidak menganaktirikan negeri-negeri yang diperintah oleh BA dalam aspek kewangan dan lain-lain.

Comments :

0 comments to “OSA (AKTA RAHSIA RASMI) BERCANGGAH dengan AMALAN KETELUSAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com