Pray For MH370

Pray For MH370

FUEL- EFFICIENT VEHICLE: SEARCH GOES ON

Bersempena dengan perlumbaan F 1 di litar Sepang yang mana penaja utamanya ialah Petronas, apa kata kita tinjau sedikit ke dalam dunia permotoran. Kereta lumba berbeza dalam banyak aspek dengan kereta anda atau saya. Pertamanya, ia dibuat khas untuk berlumba. Kereta kita dibikin untuk membawa penumpang dengan kadar kelajuan yang munasabah dan selamat. Kedua, engin kereta lumba kuat "memakan minyak". Kita cuba untuk berjimat dalam penggunaan bahan api untuk kereta kita. Sebab itu kita tidak digalakkan memecut atau memperlahankan kelajuan kereta kita dengan mengejut demi menjimatkan petrol atau diesel.

Ketiga, spring dan absorber kereta lumba dibina khas untuk perlumbaan di litar yang tak ada bump, lubang, hump dan sebagainya, maka "clearance" kereta lumba amat rendah dan hampir mencecah bumi. Kereta kita dikhaskan untuk membawa penumpang serta barangan di jalan raya yang terdapat lubang, bump dan hump. "Clearance"nya tinggi kecualilah jika guna spring potong. Anda boleh fikirkan sendiri perbezaan antara keduanya tanpa anda sendiri menjadi mekanik atau jurutera mekanikal.

Dengan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia, harga bahan api utama iaitu petrol dan diesel akan terus naik jika tiada subsidi diberikan oleh kerajaan. Malaysia sebagai pengeluar dan pengeksport minyak akan beroleh keuntungan hasil jualan minyak pada kadar harga yang tinggi. Wang dari keuntungan ini setelah ditolak kos pengeluaran serta perbelanjaan lain seperti R&D (research and development) harus kembali balik ke perbendaharaan dan digunakan untuk kebajikan rakyat. Inilah salah satu ciri negara demokrasi maju, jangan pula membandingkan negara kita dengan sesetengah negara di Afrika. Bandingkan epal dengan species, genus dan kelas yang sama. Bukan limau dengan epal.

Yayasan Prize X, pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa New York telah menawarkan ganjaran RM31.7 milion (USD10 million) kepada pasukan yang boleh mengeluarkan kenderaan yang telah sedia diuji dan dapat dikeluarkan bila-bila masa yang mana kenderaan ini memiliki keupayaan mencapai sekurang-kurangnya 42 km per liter bahan api. Dengan lain perkataan, setiap liter bahan api , kenderaan ini mesti mampu pergi sejauh sekurang-kurangnya 42 km. Setakat ini, sebanyak 60 pasukan dari 9 negara telah mendaftar untuk mengambil bahagian, termasuk Aptera Motors, Tesla Motors, Loremo dan team Universiti Cornell.

Mereka yang dapat membuktikan mampu membina kereta yang dapat dipasarkan serta mesra pengguna dikira layak dan wajib menyertai perlumbaan merentas negara yang dijangkakan berlangsung dalam tahun 2009. Pada 2010 pula kriteria pemilihan akan ditambah lagi termasuk kelajuan, pemanduan dalam bandar dan prestasi keseluruhan. Kategori juga akan merangkumi kereta perdana /utama dan kereta alternatif. Kereta perdana/ utama termasuk kereta yang boleh membawa empat atau lebih penumpang, berhawadingin (pemanas suhu), memiliki sistem audio, ruang kargo berukuran 0.283 meter kubik, mempunyai sekurang-kurangnya 4 roda, kuasa pecutan 100km sejam dalam 12 saat atau kurang dan memiliki kelajuan minima 160 km sejam. Kenderaan alternatif mesti boleh membawa 2 atau lebih penumpang, punya ruang kargo 0.141 meter kube dan mempunyai kelajuan paling tinggi sekurang-kurangnya 128km sejam.

Keratan akhbar di bawah memaparkan gambar team yang menang dalam peraduaan Kejohanan F1 Antara Sekolah yang terdiri dari pelajar A level di England. Ciptaan mereka memfokuskan aspek "aerodynamic" sesebuah kereta. Konsepnya ialah untuk lebih laju lagi, sebuah kereta itu harus mengurangkan "drag" atau "resistence" (rintangan, tarikan) yang berpunca dari angin.


Comments :

0 comments to “FUEL- EFFICIENT VEHICLE: SEARCH GOES ON”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com