Pray For MH370

Pray For MH370

"TAK HARAM" WALAUPUN TANPA PERMIT

Dilaporkan bahawa satu perhimpunan telah bermula pada pukul 2.30 petang selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Simpang Enam berhampiran dengan KOMTAR Pulau Pinang pada 14 Mac 2008 yang lalu dan berakhir kira-kira pukul 3.30 petang setelah disuraikan oleh FRU. Seramai 3000 penunjuk perasaan telah berhimpun untuk menyerahkan memorandum bantahan berhubung isu DEB kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dilantik. Tiada tangkapan dan pendakwaan dibuat walaupun perhimpunan itu tidak mendapat kelulusan pihak Polis. Juga tiada semburan gas pemedih mata atau air berkimia "disempurnakan". Difahamkan ramai pemimpin tertinggi UMNO Pulau Pinang terlibat dalam peristiwa tersebut. Motif tunjuk perasaan tersebut amat baik. Ia memberi amaran kepada Pemerntah baru Pulau Pinang agar tidak menyempitkan peluang orang Melayu Pulau Pinang.

Ulasan saya ialah kenapa sekarang baru hendak sedar dan insaf tentang nasib Melayu Pulau Pinang. Masih segar di ingatan saya saranan Tuan Guru agar orang Melayu Pulau Pinang yang diibaratkan tinggal dalam BECA dan jadi bahan tontonan pelancong asing BANGUN dari tidur dan lihat apa yang pemimpin UMNO telah lakukan ke atas tanah-tanah mereka, rumah-rumah mereka dan maruah mereka atas nama PEMBANGUNAN dan KEMAJUAN.Turut juga dimuatkan di dada akhbar ialah tentang perhimpunan yang bermula di Masjid Negeri Shah Alam selepas solat Jumaat pada 14hb Mac 2008 anjuran BERTAM (Badan Bertindak Malayu) dan disertai oleh Gabungan badan Ekonomi Melayu Selangor (GABEM). Kumpulan yang tiada permit Polis ini kemudian berarak ke bangunan SUK dan Balai Polis Shah Alam untuk membuat laporan polis tentang kenyataan yang telah dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang. Tiada sebarang tindakan telah diambil oleh pihak Polis terhadap perhimpunan ini, setakat mengiringi demonstrasi jalanan haram ini. Anda tentu masih ingat, oh ya Melayu Mudah Lupa, apa yang telah terjadi kepada bantahan , perarakan, demo , unjuk rasa , penyerahan memo dan apa jua nama yang kita beri, yang telah dianjur oleh BA. Bermula dari tunjuk perasaan membantah pasukan kriket Regime Zionis Israel, hinggalah kepada perarakan BERSIH serta HINDRAF. Di Trengganu, peristiwa Batu Buruk yang mana Polis telah menggunakan peluru hidup dan menembak ke arah orang awam yang datang ceramah dengan hanya memakai kain pelikat, bukan uniform celoreng atau outfit rambo, masih belum selesai dibicarakan. Bagi saya, amat jelas bahawa PEMIMPIN UMNO/BN telah mengarahkan PIHAK POLIS untuk bertindak ganas tanpa belas kasihan kepada orang awam yang berhimpun atas platform "pembangkang". Polis hanya menjadi kuda tunggangan dan budak suruhan. Tetapi apabila UMNO/BN sendiri sudah merasa menjadi pembangkang, kenapa tidak menggunakan saluran yang "betul" dan "sesuai" untuk menyuarakan ketidakpuasan dan masalah mereka, sebaliknya memilih mengadakan demonstrasi jalanan haram. Satu markah untuk Polis kerana "double standard".
.
Satu lagi perhimpunan haram yang berlangsung di Ipoh Padang pada 16hb Mac 2008 telah berlangsung tanpa campur tangan pihak keselamaatan dengan alasan ia adalah perhimpunan aman dan penunjuk perasaan diberi kuasa bercakap oleh Polis. Satu lagi mata untuk Polis. Profesionalisme di tahap maksimum.

Comments :

0 comments to “"TAK HARAM" WALAUPUN TANPA PERMIT”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com