Pray For MH370

Pray For MH370

RAKYAT PENANG PUAS HATI SETAKAT 27 JAN2008

Merdeka Centre dengan kerjasama NSTP telah menjalankan kaji selidik yang membabitkan 1221 responden berusia lebih 21 tahun antara 18 Jan hingga 27 Jan 2008 di kalangan kaum Melayu, Cina dan India secara temu bual melalui telefon. Kajian rawak ini mencakupi seluruh penduduk Pulau Pinang. Carta di atas adalah hasil keputusan kaji selidik yang telah dijalankan untuk ketiga-tiga kaum utama di Pulau Pinang.

Sebanyak empat pilihan respon kepada soalan yang diajukan telah diberi kepada responden dalam temu bual iaitu: Puas hati (warna merah dalam graf), tidak puas hati (biru muda), tidak tahu (warna oren) dan tiada respon (warna kelabu). Antara soalan yang ditanya dalam temu bual ialah: harga barang, rumah mampumilik, keadaan trafik, ekonomi, pendapatan reponden sendiri, pengangkutan awam, pendidikan, kadar jenayah, kadar rasuah, kadar masalah sosial, layanan kerajaan terhadap bangsa responden dan kualiti Pemimpin Nasional.

Secara umumnya, sehingga 27hb Januari 2008, tahap sokongan semua kaum di Penang terhadap kerajaannya berada di paras antara 53 hingga 69 peratus.
Secara purata, semua ahli Parlimen menerima sokongan padu melebihi 50 peratus dengan kaum Melayu memberikan sokongan 69 peratus, Cina memberi 63 peratus dan kaum India memberikan 50 peratus sokongan. Sila rujuk carta di atas untuk kepeutusan keseluruhan bagi semua kaum yang terlibat.

Antara perkara /masalah yang responden "tidak puas hati" ialah kadar jenayah (79 %), harga barang (77%), kadar masalah sosial (74%), kadar rasuah (66%), keadaan trafik (61%) dan rumah mampumilik (61%).

Rata-rata, responden menyatakan puas hati dengan pendidikan (69%), pengangkutan awam (53%) dan kualiti pemimpin nasional (52%).

Menurut Pengarah Merdeka Centre, terdapat peningkatan pada peratus responden yang puas hati dengan pengangkutan awam (dari 36 % pada tahun 2007 ke 53 % pada awal tahun 2008). Ini kerana telah diperkenalkan perkhidmatan bas Rapid Penang Sdn Bhd pada tahu 2007. Namun rakyat Pulau Pinang masih tidak berpuas hati dengan keadaan trafik (kesesakan lalulintas). Mungkin kaji selidik ini boleh diulangi di tempat lain. Mungkin juga hasil atau "finding" kaji selidik di Penang dapat diekstrapolasikan ke bandar dan negeri-negeri lain di Malaysia dengan sedikit pengubahsuaian

Comments :

0 comments to “RAKYAT PENANG PUAS HATI SETAKAT 27 JAN2008”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com