Pray For MH370

Pray For MH370

LEBIH 65 ANAK BUAH MAT TAIB DI SELANGOR MASUK PAS

Seramai lebih dari 65 orang ahli UMNO Selangor di sebuah cawangan yang dianggap kubu kuat parti kebangsaan itu mengambil keputusan keluar UMNO beramai-ramai setelah melihat sendiri kebaikan di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat sejak 10 bulan yang lalu berbanding dengan kesengsaraan di bawah kerajaan BN selama 50 tahun. Mereka terdiri dari naib ketua cawangan serta AJK. Majlis penyerahan borang akan berlangsung hujung minggu ini biiznillah.

Setiap kali pilihanraya mereka di"gula-gula"kan dengan pelbagai janji manis itu dan ini, selesai masalah di darat dan di laut, masalah keluarga, masyarakat dan negara. Selepas pilihanraya, batang hidung pemimpin UMNO hanya nampak di kaca TV sahaja. Yang dapat projek sana sini hanyalah dua tiga kerat "gurkha" pemimpin UMNO.

Comments :

3 comments to “LEBIH 65 ANAK BUAH MAT TAIB DI SELANGOR MASUK PAS”
Anonymous said...
on 

Assalamualaikum wbt.

Beli Camry yang mengeluarkan belanja RM1.2Juta(nilai sebenarnya ialah RM2.4juta)perlukah dibuat sekarang?

Padang permainan diharapan rumah kami di Lintang Tepi Sungai 1 & 2, Jalan Tepi Sungai Klang berlubang, pokok yang tidak dicantas, pandang dicacak tiang tok kong cina, longkang yang bongkah oleh akar pokok yang telah terlalu besar, longkang yang tersumbat tidak dipendulikan.

Kami penduduk kawasan tersebut telah membuat banyak aduan kepada MPK tetapi masih tidak ada tindakan.

Kalau kerajaan dulu sudahlah memang tidak ambil peduli saya rasa apa kurangnya yang sekarang?

Cukai pintu dibayar setiap penggal tetapi kemudahan semakin teruk.

Jual balik Camry tersebut sekiranya kawasan perumahan kami tidak ditambah baik. Jangan nak tambah baik kedudukan dan kemudahan Exco sahaja.

Perlu diingat kami dikawasan tersebut memileh kerajaan sekarang kerana mahu perubahan keselesan hidup kami bukan perubahan dari Proton V6 kepada Camry.

Unknown said...
on 

Terima kasih kerana membuat aduan di MPK. Kena ada follow up. Sila hubungi pejabat ADUN di sebelah pasaraya econmart. Jika buat aduan di pejabat ADUN kita buat salinan ke MPK, ketua kampung, alam flora dan agensi yang berkaitan.

Tentang pembelian kereta camry, ia dibuat setelah YB Ronnie Liu hampir maut sebab bonnet terbuka semasa kereta bergerak laju.
Kereta saya, plate BFU 55, kerap rosak dan dihantar servis, absorber dan spring dah rosak, berdasarkan analisis kos:benefit, elok tukar kereta untuk jangka panjang (3-4 tahun) bagi tujuan penjimatan.
Sila layari:http://www.suaraselangormaju.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=719&Itemid=1

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan tiga pegawai tinggi kerajaan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri akan menggunakan kenderaan tersebut.

Selain DUN Selat Klang, saya diamanahkan memantau DUN Sabak dan SG Air Tawar. Penggunaan kereta rasmi amatlah tinggi.

Jikalau saudara kurang bersetuju pembelian Camry , tak mengapa, kita jual dan beli kancil lebih jimat minyak.

Jikalau saudara bercakap tentang pembaziran senarainya panjang. RM1.2 juta masyarakat dah heboh, pembaziran ratus ribu juta (bilion) rakyat boleh bisu dan tutup mata. Inilah budaya BPR. perkara kecil dibongkar, hal besar tutup mata sebelah.

Sama juga dengan kesalahan motosikal tiada lampu denda maksimum, tetapi bas ekspres atau lori pasir lebih muatan beres.

Memang kita akui Perdana V6 boleh jalan tetapi untuk berkejar dari Semenyih ke Sabak Bernam dalan satu jam setengah agak "separuh nyawa".
Tuan tahu tak, Bos Syabas baru beli jet peribadi. Tak ada orang heboh. Mahathir beli jet, kerajaan beli jet tak siapa kisah. Jet digunakan setahun dua tiga kali berharga ratusan ribu, kereta digunakan setiap hari bernilai RM120K sahaja.

Tolong layari laman web di bawah untuk penerangan lanjut berkaitan pembelian Camry. Terima kasih.
http://www.suaraselangormaju.com.my/index.php?option=com_frontpage&Itemid=1

Anonymous said...
on 

salam dr.

Saya merupakan salah seorang bekas pelajar Yayasan Selangor di tahun 80an dan baru2 ini saya berkesempatan melawat Asrama Tun Dr Ismail, Kg pandan (yayasan selangor)untuk menghantar anak saya.

I'm appalled to see the condition of the hostel, owned and run by State Govt thru Yayasan Selangor.
It was not properly maintained to say the least while lacking in some areas.It was plain for all to see and thought it was humiliating for a developed state like Selangor.
It does not inspire confidence nor potraying an image befitting a State institution.

While Selangor had improved by leaps and bounds, sadly that's not the case with Yayasan Selangor.
Sepatutnya Yayasan Selangor yg sudah berusia hampir 40 thn, patutnya sudah memiliki kemudahan kelas dunia.
Antara pemerhatian saya:

1. Kemudahan rekreasi yg terhad/tiada maintenance
a. Rumput padang bola setinggi lutut masih tidak dipotong semasa pendaftaran pelajar walaupun tidak digunakan semasa cuti penggal.

b.Tiada garisan atas padang seperti sepatutnya. Pls note that there are primary schools having more pristine pitch than the one in ATDI.

c. Goalpost berusia lebih 20 thn masih digunakan walau telah berkarat dan mereput. It's an accident waiting to happen as we had read reports/news of accidental death resulting from fallen goalpost.
Not to mention image yg dipaparkan kepada org ramai yg lalu lalang disitu.

d. Kemudahan alatan muzik untuk jamming session sudah tiada.

e. Tennis court telah tiada dan digantikan dengan parking lot untuk bas sekolah.Tiada gantian telah dibuat.

f. Asrama masih menggunakan satu TV untuk 200 pelajar. That too a China brand 21 inch set. A big plasma TV broadcasting Astro Learning Channel sounds interesting Dr?

An adage of all work and no play makes Jack a dull boy patut digunapakai disini.

2. Kemudahan asas yg tiada/rosak

a.Sesetengah tandas masih tidak boleh digunakan memaksa pelajar untuk berebut menggunakan tandas semasa peak hours. Pls note that this also happened even 20 years ago and still not been addressed once and for all.

b. Sesetengah bilik hanya mempunyai 1 kipas untuk 10 pelajar kerana kipas yg rosak tidak diganti semasa cuti sekolah. Fan switchboards juga ada yg left dangling precariously di tepi pintu masuk.

c. Saiz bilik komputer yg terhad utk kegunaan 250 pelajar ditambah pula dengan penggunaan komputer yg outdated.

d. kantin asrama lebih kepada warung tepi jalan with its zinc roof. It should have a proper building due to hygiene concern.

e. hampir semua katil double decker telah hilang tangganya dan tidak diganti menyukarkan pelajar katil atas untuk naik.

f. Cermin solek pecah ditangga tidak ditanggalkan walaupun broken shards boleh mendatangkan bahaya.
Rasanya lebih elok cermin besar tersebut dialihkan kedalam bilik. Who wants to bring their toiletries to the stairs anyway? At least when it is relocated to the dorms surely it can curb the vandalism.

g. Some wood panels at the stairs and the bridge linking the rooms and Dewan Makan were left rotting and not replaced.

h. A new coat of paint is always welcomed to brighten the place up.

Dr, these boys are the future of Selangor. Surely world class facilities will put them in good stead. Why put them in a hazardous living condition?

Trust the above will have your immediate concern.

Thank you. Look forward to see immediate improvement befitting Selangor status as the most developed state in Malaysia.

p/s since when wearing jeans is a negative element? It is understandable to ban jeans to tuition classes but to ban it at all times? Sorry, do not see tangible benefits to the students.
I'm not aware of any study to relate wearing jeans as detrimental. Pls enlighten me if there is one.

Thank you again Dr.

Murid 80an.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com