Pray For MH370

Pray For MH370

ADUN KEADILAN PERAK MUNGKIN DALAM BAHAYA


Marilah kita sama-sama berdoa dan bermunajat untuk keselamatan kedua-dua ADUN yang juga exco kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang telah dilaporkan hilang sejak empat hari yang lalu. Pelbagai spekulasi dan andaian boleh dibuat namun kita bersangka baik dan berdoa agar kesudahannya juga baik.

Dua Adun KeADILan Perak 'hilang' empat hari

Kehilangan dua Adun KeADILan yang juga exco kerajaan Perak sejak empat hari lalu membimbangkan bukan saja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.

Demikian kata Pengerusi Perhunbungan Negeri KeADILan Perak Osman Abdul Rahman dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily petang tadi.

Menurut Osman, kedua-dua exco tersebut ialah Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu dan pihaknya menjangka kehilangan itu ada kaitan dengan cubaan Barisan Nasional (BN) memujuk mereka dengan imbuhan termasuk tawaran wang ringgit.

"Kami percaya ada usaha-usaha oleh BN untuk memujuk kedua-dua exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Najib Tun Razak termasuk menggugurkan kes rasuah mereka berdua," kata Osman.

Kedua mereka ditangkap dalam satu serbuan meragukan menjelang Pilihanraya Umum Mac tahun lepas dan kes mereka akan dibicarakan bermula 10 Februari depan.

"Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh Umno dan BN sebagai satu ugutan politik," tambah Osman.

"Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan mujslihat Umno/BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu," tambah beliau.

Sumber Harakahdaily.

Lagi tentang politik di Perak SINI dan SINI
Kenyataan Akhbar Pengerusi BPN Perak di SINI

Comments :

3 comments to “ADUN KEADILAN PERAK MUNGKIN DALAM BAHAYA”
Anonymous said...
on 

PAS offer 5 juta dengan syarat mesti dengar cakap Ngeh.

PKR offer 6 juta dengan syarat mesti dengar cakap Ngeh

UMNO offer lebih singgit je dari PKR tanpa syarat plak tuh

hehehe

mat_terab said...
on 

Nampak nya ade orang umno sendiri mengaku dia rasuah........
memang sah la

Anonymous said...
on 

Kerusi MB Perak di hujung tanduk.

MB Perak nk report police atas 'kehilangan' EXCO PKR.

Report jangan tak report.

Anak bibi EXCO itu pong tak report police, Nizar sudah kucut.

Mereka berdua mungkin nak 'berhijrah' nak jaga Melayu Perak yang telah digadaikan maruah mereka.

999 years leasehold? HamPAS betul..

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com