Pray For MH370

Pray For MH370

ELIZABETH WONG DI'AIBKAN (DWIBAHASA)

Saya telah dimaklumkan pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 oleh wartawan-wartawan Malay Mail bahawa mereka memiliki foto-foto intim saya dan akhbar tersebut ingin menyiarkan berita mengenai foto-foto tersebut.

Saya dimaklumkan bahawa beberapa orang cuba menyebarkan foto/video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim.


Penyebaran dan penerbitan foto/video tersebut satu serangan berniat jahat terhadap keperibadian saya. Ia merupakan pencabulan maruah saya, satu pelanggaran ruang peribadi saya dan terutamanya, kekudusan kehidupan peribadi saya. Ia juga perbuatan mereka yang tidak berakhlak untuk memalukan saya dan mencemar nama baik saya.

Saya menjadi mangsa perbuatan tersebut.

Saya telah membuat laporan polis semalam berhubung perkara itu dan saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam menjalankan siasatan mereka. Oleh itu, saya tidak akan membuat sebarang spekulasi secara terbuka tentang siapakah mereka yang bertanggungjawab menceroboh ruang peribadi saya.

Saya telah menerima banyak sokongan daripada penyokong saya, rakan dan penduduk di kawasan pilihan raya saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan galakan mereka.

Anggota keluarga saya juga berdiri teguh di belakang saya. Saya ingin merayu kepada pihak media supaya memberikan saya dan anggota keluarga saya ruang keselesaan dalam menghadapi keadaan mencabar ini supaya saya boleh memikul cabaran berat ini.

Buat masa ini, saya akan menjalankan tugas seperti biasa, terus berkhidmat dengan jujur kepada rakyat Selangor.

Elizabeth Wong Keat Ping

Adun Bukit Lanjan

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna

HARAKAHDAILY


I was informed on Friday, Feb 13, 2009 by journalists from The Malay Mail that they have in their possession intimate photos of myself and that the newspaper will be publishing a story about these photographs.

I was told that some people are trying to distribute photos/ videos showing me asleep in partial nudity and also in intimate positions.

The distribution and publication of these photos/ video is a malicious attack on my personality. This constitutes a gross outrage on my modesty, a gross invasion of my privacy, and in particular the sanctity of my personal life. It is being done by unscrupulous persons to embarrass and discredit me?

I am a victim in this incident.

I have yesterday lodged a police report in relation to this matter and I will fully cooperate with the police in their investigation. I will therefore not speculate publicly about those responsible for this gross invasion of my privacy.

I have received a lot of support from my supporters, friends, colleagues and members of my constituency. I wish to thank them for their concern, support and encouragement.

My family members are standing behind me. I would like to appeal to the media to give me and my family members some breathing space in this trying time so that I can weather this huge challenge.

I will in the meantime continue to carry out my task of serving the people of Selangor faithfully.

Elizabeth Wong
Bukit Lanjan assemblyperson
Exco for Tourism, Environment and Consumer Affairs



APA KATA THE NUT GRAPH


Comments :

4 comments to “ELIZABETH WONG DI'AIBKAN (DWIBAHASA)”
Xenan said...
on 

Puan dr,
Fitnah terhadap puan berleluasa lagi.Ini blog penulisnya.
http://perakbangkit.blogspot.com/2009/02/sajak-seks-pakatan-rakyat.html

Unknown said...
on 

Saudari Xenan, Terima kasih saya ucapkan di atas keprihatinan saudari.
Di alam maya, banyak perkara diluar kawalan kita. Banyak hal bergantung kepada pembaca untuk membuat penilaian dengan berbekalkan fikiran yang waras, hati yang bersih dan mungkin iman yang syahdu.

Anonymous said...
on 

saya simpati atas musibah yg menimpa YB Eli walaupun saya dari aliran politik yg berlainan cuma agak tidak adil apabila Dato Seri Anwar menuduh UMNO dan BN mendalangi kejadian keji ini. kalau beliau mempunyai bukti sila serahkan pada Polis atau dedahkan kepada umum. kepada Dr Halimah selaku rakan karib YB Eli pujuk2 lah beliau untuk memeluk Islam, teman lelaki beliau pun orang melayu. manalah tau lembut hatinya bertambahlah seorang lagi umat Nabi Muhammad SAW

anakMalaysiaRaya said...
on 

Bagaimana org yang bermoral rendah masih dikekal jadi Adun?mungkin bagi PR isu moral adalah remeh temeh saja. Sendiri buat,sendiri tanggung la kot.Kalu UMNO kita hentam cukup cukup,perlu ikut amal maaruf nahi mungkar.Apa pula pendirian PAS?Mungkin akan jawab dia bukan Islam tapi perlu ingat dia Adun PR.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com