Jabatan Paling Juara apa agaknya? Ikuti
wawasan KP JPJ Malaysia yang baru seperti yang dilaporkan oleh theStaronline.
Sementara itu,
Tan Sri Dato' Seri Megat Najmuddin (foto di atas)salah seorang anggota Lembaga Disiplin Umno dalam satu kertas kerja di sidang Kemuncak Anti Rasuah bertajuk:
"Tiada Tolak Ansur Bagi Rasuah"
anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Transparency International Malaysia mencadangkan lima langkah membanteras rasuah
(1) mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemberi dan penerima rasuah,
(11) gaji lebih baik untuk kakitangan awam,
(111) kurangkan birokrasi,
(1v) ketelusan dalam penajaan politik
(v) pendidikan yang memberi tumpuan kepada hakikat bahawa rasuah itu adalah satu dosa.
Jika terdapat kajian yang menganjurkan bahawa di sana mesti wujud pendidikan tentang bahaya rasuah kerana ia satu dosa, Kerajaan harus melihat kaedah bagaimana hendak menerapkan konsep "dosa" ke dalam hati sanubari- lubuk jiwa- minda otak penjawat awam serta rakyat biasa.
Setelah beberapa tahun konsep Islam Hadhari diperkenalkan, rakyat khususnya umat Islam semakin jauh sesat dari ajaran Islam yang sebenar. Marilah kita kembali kepada ajaran Islam yang syumul (lengkap), sempurna (tidak perlu tokok tambah) dan sesuai sepanjang zaman dan tempat.
Program bina insan, kursus BIRO TATANEGARA dan seumpamanya hendaklah dimuatkan dengan ajaran Islam yang asas, bukan diisi dengan modul membenci individu atau parti tertentu, membakar semangat kemelayuan yang mampu menghancurkan roh Islam dan iman para peserta kursus dan akhirnya rugi duniawi ukhrawi.
Posting penuh di SINI
Cleaning Up JPJ (foto Ketua Pengarah JPJ Dato Solah)
More Feedback Less Grafts
Positive Response From Industry Players and Public
When Gifts No Longer become Gifts: A guideline
JABATAN PALING JAHAT AKAN MENJADI JAB PALING JUARA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kesian..
Bila hati gelap gulita..
seronok mencari kesalahan orang..
Sudah lupa dosa dan pahala.
Salam saudara Anon, saya hanya melaporkan dari akhbar Star perihal JPJ yang diberi nama begitu rupa.
Selain melaporkan, saya bertindak sebagai pemudahcara (fasilitator) supaya masyarakat berfikir dan tidak terima bulat-bulat apa yang mereka baca, dengar dan lihat dari media arus perdana.
Saudara redha dengan maksiat dan munkar yang berlaku di depan mata?
Jika ya, memang "hati gelap gulita" seronok tengok munkar berleluasa, riddah, khurafat, bida'ah, syirik dan lain-lain penyakit diberi laluan dan penghormatan dalam masyarakat.
Terimalah padahnya.