Pray For MH370

Pray For MH370

UNDI POPULAR BARISAN NASIONAL PADA PRU 12 HANYA 50 PERATUS


PADA Pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO hari ini, slogan digunakan Khairy ialah "Setiakawan" berbanding slogan "Pemuda Berani" bagi Mohamad Khir dan "Berani Berubah" untuk Mukhriz.


Dengan 51 peratus undi popular, Umno dan BN dianggap berada dalam keadaan seperti "telur di hujung tanduk" dengan perkiraan jika satu peratus undi memihak kepada pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Rakyat mahukan perubahan. Mereka mahukan pemimpin yang ada integriti dan tidak korup. Keputusan pemilihan esok akan menguji sama ada perwakilan memahami mesej itu," kata penganalisis politik Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman.

Pemilihan Ketua Pemuda Umno Titik Mula Transformasi Parti



Hari ini 25 Mac 2009, 791 perwakilan Pemuda Umno akan memilih barisan kepimpinan baru termasuk Ketua pergerakan itu yang dianggap komponen kritikal dalam transformasi Umno untuk kekal relevan.

Pemilihan kali ini bukan sekadar menguji kematangan perwakilan, sebaliknya akan menguji sejauh mana kesedaran mereka terhadap mesej yang disampaikan rakyat pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) 8 Mac tahun lepas.

"Rakyat mahukan perubahan. Mereka mahukan pemimpin yang ada integriti dan tidak korup. Keputusan pemilihan esok akan menguji sama ada perwakilan memahami mesej itu," kata penganalisis politik Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Selasa.

Pemilihan Ketua Pemuda Umno dilihat amat penting kerana sebahagian besar daripada 4.9 juta pengundi muda dilihat beralih arah kepada pembangkang pada pilihan raya umum lepas menyebabkan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno gagal mengekalkan majoriti dua pertiga.

Dengan 51 peratus undi popular, Umno dan BN dianggap berada dalam keadaan seperti "telur di hujung tanduk" dengan perkiraan jika satu peratus undi memihak kepada pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Pemilihan kali ini menentukan hidup mati Umno. Pada PRU13 nanti akan ada lebih kurang 1.5 juta orang muda mengundi iaitu tambahan dari dulu," kata calon Ketua Pemuda Umno yang juga Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir.

Ketiga-tiga calon Ketua Pemuda Umno, Mukhriz, 44, Anggota Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, 43, dan Anggota Parlimen Rembau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, 33, menyatakan tentang perubahan dalam Umno perlu bermula dengan Pemuda.

Mukhriz menekankan kepentingan Pemuda Umno menjadi suara pendesak dalam dan luar kerajaan dan mengubah peranannya seperti NGO, manakala Mohamad Khir mahu Pemuda menjadi suara rakyat dan bukannya suara kerajaan.

"Jika kita gagal menjadi suara rakyat pengundi akan beralih kepada pembangkang," kata Mohamad Khir yang mendapat 62 pencalonan, di belakang Mukhriz dengan 74 pencalonan dan diikuti Khairy dengan 52 pencalonan.

Khairy sebelum ini berkata perubahan merakyatkan Pemuda Umno amat penting dengan penekanan untuk menjana ekonomi di peringkat akar umbi bagi kepentingan golongan muda perlu dibuat.

"Antara tugas Pemuda adalah untuk memudahkan generasi muda mendapat akses kepada kemudahan dan peluang ekonomi yang disediakan kerajaan," katanya mempertaruh slogan "Setiakawan" berbanding slogan "Pemuda Berani" Mohamad Khir dan "Berani Berubah" Mukhriz.

Seorang perwakilan dari Perak yang ditemui Bernama pada perhimpunan agung parti itu berkata persaingan jawatan Ketua Pemuda Umno kali ini amat sengit dengan 10 peratus pengundi "kelabu" daripada 791 perwakilan dijangka menjadi penentu.

"Nisbahnya 30-30-30 bagi setiap calon. Sepuluh peratus akan jadi penentu. Tiada pihak yang boleh mendabik dada yang mereka kini di depan," katanya yang enggan dikenali sambil menolak politik wang mempunyai pengaruh besar pada pemilihan kali ini.

Jika faktor pengalaman menjadi ukuran, Mohamad Khir dilihat mempunyai kelebihan berbanding Mukhriz dan Khairy, namun kedua-dua calon itu juga dilihat mempunyai kelebihan tersendiri.

Khairy dilihat mempunyai kelebihan jika faktor umur menjadi sandaran dan dilihat mampu mendekati generasi muda manakala Mukhriz pula dilihat sebagai pemimpin yang lantang bersuara dengan pendekatan berbeza.

Pada 17 Mac lepas, Lembaga Disiplin Umno memutuskan Khairy bersalah di bawah Artikel 10.1 Etika Parti melibatkan politik wang tetapi diberikan amaran dan dibenarkan bertanding, dan ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemilihan itu.

Persoalannya di sini adakah suara akar umbi menjadi pertimbangan pada pemilihan kali ini? Adakah perwakilan ini memikirkan tentang aspirasi parti dan masa depan negara atau faktor-faktor lain sebagai penentu?

"Kita tak boleh salahkan perwakilan jika mereka tidak ikut suara akar umbi. Ini kerana perwakilan lebih mengenali calon secara peribadi. Mereka tahu sejauh mana kemampuan setiap calon," kata Mohamad Khir.

Namun bagi penganalisis politik, apa yang lebih penting, perwakilan perlu memilih pemimpin yang boleh melakukan perubahan seiring dengan perkembangan zaman selain menangkis persepsi negatif bahawa Umno parti tiada integriti.

"Pemimpin dipilih perlu ada kemampuan untuk membawa perubahan mengikut kehendak semasa. Umno perlu bekerja bukannya untuk pembangunan fizikal seperti 52 tahun lepas tetapi pembangunan 'intangible', good governance dan integriti," katanya yang enggan dikenali.

Pemilihan Pemuda Umno dijadual bermula pukul 11 pagi esok di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan keputusannya dijangka diumumkan pada malam hari yang sama.


Oleh Syed Azwan Syed Ali/ BERNAMA

Comments :

0 comments to “UNDI POPULAR BARISAN NASIONAL PADA PRU 12 HANYA 50 PERATUS”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com