Pray For MH370

Pray For MH370

DUIT KWSP GUNA NAIK HAJI: HAJI MABRUR ATAU MARDUD?



Akhbar Harian Metro bertarikh 13 Mac ada melaporkan saiz dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) kini melebihi RM312 bilion pada penghujung 2007. Saya memang sudah lama berhajat untuk komen tentang pelaburan KWSP kerana ramai dari masyarakat Islam di negara kita yang mengeluarkan caruman atau menggunakan wang dari simpanan KWSP untuk menunaikan rukun Islam kelima. Pernahkah anda terfikir sama ada pelaburan serta operasi KWSP menepati hukum syara' dan wang caruman dalam KWSP itu membawa barakah atau sebaliknya? Apabila melayari laman web KWSP, saya dapati beberapa kemusykilan serta keraguan tentang jenis pelaburan, aktiviti anak syarkat atau subsidiari seperti MBSB, zakat yang dikeluarkan, pendapatan lain KWSP serta sistem perbankan yang digunakan.

Di bawah ini merupakan salinan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengurus Perhubungan Awam bertarikh 2hb Disember 2001. Antara kandungan pengumuman ini ialah tujuan pelantikan Perunding Syariah ialah untuk memastikan aktiviti pelaburan KWSP yang berlandaskan Islam dilaksanakan berdasarkan Hukum Syarak. Pernyataan ini boleh diertikan sebagai pelaburan oleh KWSP yang tidak berlandaskan Islam tidak perlu kepada Hukum Syarak. Makna tersirat boleh ditakwilkan sebagai "kehidupan ini tak perlu hukum syarak. Bebas untuk pilih sebarang hukum hakam atau perundangan". Ini juga bererti terdapat dua jenis pelaburan, iaitu yang berlandaskan Islam dan yang satu lagi pelaburan yang tidak berlandaskan Islam. Jadi bagi pencarum yang beragama Islam, isunya ialah adakah pelaburan mereka betepatan dengan hukum syarak. Jika benar berlandaskan syariat Islam, adakah caruman mereka diurustadbir menurut hukum syarak seperti disimpan di institusi perbankan Islam dan sebagainya.

Jika kita rujuk kepada jadual pendapatan kasar KWSP bagi tahun 2006 di atas, kita akan dapati pendapatan dari pelaburan konvensional (tidak mengikut lunas syarak) jauh lebih besar dari pendapatan pelaburan Islam (RM10 bilion berbanding RM300 juta). Sebenarnya, istilah yang digunakan juga berbeza; "keuntungan" untuk pelaburan Islam dan" faedah " untuk pelaburan konvensional. Disebut juga dalam pengumuman di bawah bahawa pelaburan Islam hanyalah sebagai alternatif dan bukan "core" atau asas.

Jika kita rujuk kepada buku terbitan DynaQuest tentang saham di Bursa saham Kuala lumpur, kita akan dapati terdapat syarikat-syarikat yang aktiviti utama atau aktiviti sampingan mereka yang tidak berlandaskan syarak i.e haram seperti MAS, Maybank, Public Bank, Proton, BAT, F&N, DRBHCOM, P Perdana, EON, Tranmil, Pos, NSTP, Kencana, Malaysia Airport Holding, HaiHo dan lain-lain dimiliki sebahagian besar saham-sahamnya oleh KWSP, ASN dan ASB atau Khazanah Holding. Jika hal ini benar, maka institusi kerajaan seperti KWSP atau Permodalan Nasional Berhad (PNB) tidak sensitif atau peka dengan kehendak pencarum Islam. Walhal, Pengerusi institusi ini terdiri dari orang Islam dan kononnya mempunyai Penasihat Syariah.

Terdapat juga anak syarikat KWSP sendiri seperti Malaysian Building Society Berhad (MBSB) yang tidak mengamalkan kaedah baitbithaminajil (BBA) atau mudharabah dalam urusniaga mereka. Seperkara lagi, KWSP sendiri dalam operasi hariannya mengamalkan riba kepada majikan yang mencarum lewat atau lambat untuk pekerjanya. Ada ketikanya, wang KWSP digunakan tanpa redha atau kebenaran pencarum untuk menyelamat syarikat kroni seprti yang berlaku era Tun Dr Mahathir.

Kalau kita rujuk kepada jadual pembayaraan zakat oleh KWSP (sila layari laman web KWSP) kita akan dapati jumlahnya terlalu kecil. Ini bermakna pihak pengurusan KWSP beranggapan bahawa pelaburan berlandaskan syarak wajib dikeluarkan zakat, akan tetapi pelaburan konvensional tidak perlu "penyucian" melalui pembayaran zakat.

Dari perbincangan di atas pada saya jelas bahawa wang pelaburan yang dikeluarkan dari tabung KWSP adalah hukumnya syubhah (bercampuraduk, bersubahat dengan perkara haram) dan gharar (tidak jelas atau diragukan). Paling tidakpun wang simpanan KWSP terdapat unsur riba. Maka wang dari sumber begini digunakan untuk mengerjakan haji adalah, paling minima, merupakan kerja yang sia-sia, jika tidak jatuh berdosa hukumnya. Maka tidak hairanlah jika tiada keberkatan bagi kebanyakan TOK HAJI atau ABANG HAJI yang balik dari Mekah. Ini kerana menggunakan wang dari sumber yang haram untuk pergi haji. Maka jadilah HAJI DAM, sekali makan sampai habis, menolak hukum Allah, memakan rasuah, mengambil harta anak yatim, membeli nombor ekor dan seterusnya. Penerangan atau hujjah yang sama boleh digunapakai untuk kes pelaburan dalam ASN atau ASB. Tidak timbul isu dharurat dalam hal di atas kerana wujud alternatif lain dan alasan maqasid syariah untuk memilih yang haram dari yang halal tidak boleh diterima. Wallahu'alam.

"KWSP Melantik Perunding Syariah Kepada Panel Pelaburan


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melantik Dato' Haji Md Hashim Haji Yahya (Mufti Wilayah Persekutuan), Dato' Sheikh Ghazali Haji Abdul Rahman (Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia) dan Dr Mohd Daud Bakar (Dekan Pusat Pengajian Lepasan Ijazah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) sebagai Perunding Syariah kepada Panel Pelaburan KWSP.

Perlantikan ini yang berkuatkuasa pada 1 November 2001 adalah untuk memastikan mana-mana aktiviti pelaburan KWSP yang berlandaskan Islam dilaksanakan berdasarkan Hukum Syarak.

KWSP melabur dalam instrumen dan produk bercirikan Islam sebagai satu alternatif kepada instrumen pelaburan konvensional. Ini termasuk pelaburan dalam ekuiti, sekuriti, hutang dan pinjaman. Pengendalian pinjaman oleh KWSP juga memerlukan nasihat daripada Perunding Syariah.

Dato' Haji Md Hashim telah memegang jawatan Mufti Wilayah Persekutuan sejak Mac 1997. Beliau adalah bekas pensyarah di Kulliyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa. Beliau juga adalah Penasihat Syariah kepada Bank Negara Malaysia, Malayan Banking Berhad, Public Bank Berhad dan beberapa bank lain di negara ini.

Dato' Sheikh Ghazali, selain daripada menjadi ahli Panel Syariah kepada Bank Negara Malaysia, Bank Islam Malaysia Berhad dan Suruhanjaya Sekuriti, beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengawasan Syariah, Accounting and Audit Organization of Islamic Financial Institutions yang beribu pejabat di Bahrain dan Ahli Majlis Pengawasan Syariah, ASEAN Retakaful International Ltd.

Dr Mohd Daud Bakar berkelulusan ijazah kedoktoran dari University of St Andrews, Scotland. Beliau juga adalah Penasihat Syariah kepada Suruhanjaya Sekuriti, Affin Bank Berhad, EON Finance Berhad dan Abrar Global Fund Manager.

(NIK AFFENDI JAAFAR)
Pengurus
Perhubungan Awam
Kumpulan wang Simpanan Pekerja

Tarikh : 2 Disember 2001"


Comments :

2 comments to “DUIT KWSP GUNA NAIK HAJI: HAJI MABRUR ATAU MARDUD?”
Anonymous said...
on 

a'skum

komen dr terlalu keterlaluan. diharap agar dr dapat membuat kajian dan bertanyakan pada org yg pakar dalam perbankan islam sebelum menyiarkan berita yang kemudiannya menjadi fitnah.
memiliki setakat MBBS tidak beerti dr tahu segalanya. terus terang sy katakan bahawa komen dr mengenai KWSP merupakan lagak bodoh sombong.

memang sy akui bahawa KWSP, ASB mmg terlibat dalam pelaburan yg haram. akan tetapi pendekatan maslahat boleh diambil dan hukum harus utk mencarum kedalam KWSP.
lagipula, tiada akad pelaburan antara pencarum dengan kwsp, dan dividen yg diperolehi pencarum adalah hibbah, bukannya keuntungan pelaburan.

Firman Allah swt ' katakanlah (Muhammad), adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu'

Unknown said...
on 

Salam, Terima kasih kerana beri komen, tetapi sayang "tanpa nama" dan alamat, kurang enak.tak boleh nak muzakarah. Dikira komen yang kurang bertanggungjawab. Saudara kata maslahah. Apa ya? dharuri? tiada alternatif lain? Kenapa tidak bersihkan sistem KWSP itu sendiri? Mungkin kena batang hidung sendiri kot.

Tak apalah "Kepada Allah diserahkan keputusan segala urusan" dan " tiada taufik melainkan dari ALlah".
Salam hormat.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com