Pray For MH370

Pray For MH370

ISYTIHAR HARTA: APA, DI MANA, KENAPA, BAGAIMANA

Harta siapa yang dipunggah ni? Rakyat atau individu?
Seperti kita sedia maklum, harta ialah perkataan umum yang digunakan secara meluas tanpa kita memikirkan maknanya dari sudut bahasa, sudut istilah perundangan, dari segi ekonomi dan sebagainya. Ada yang mengklasifikasikan harta kepada dua jenis iaitu harta mudah alih dan harta tetap atau tidak mudah alih. Harta intelektual seperti patent dan hak cipta juga merupakan harta yang jarang kita fikirkan. Royalti dan komisyen adalah sumber kewangan yang dipanggil pendapatan sisa ("residual income"). Ramai di antara kita yang telah mencuba pelbagai perniagaan multilevel atau MLM (multilevel marketing) "meniaga larut malam" untuk mendapatkan pendapatan sisa.

Terdapat ramai orang yang kelihatan dan berlagak kaya sebenarnya net worth ("nilai net") diri mereka adalah negatif. Ini bermakna liabiliti (tanggungan ) mereka melebihi aset yang mereka miliki. Orang yang sebegini rupa mungkin banyak berhutang untuk mengekalkan status mereka dalam masyarakat. Mereka mungkin berkereta mewah atau kerap menukar kereta untuk kelihatan bergaya atau paling tidak "hendak merasa" pakai kereta mewah atau mengamalkan gaya hidup orang atasan atau kelas menengah. Mentaliti ini saya lihat sering berlaku dalam masyarakat Melayu. Tidak hairanlah perniagaan along makin menjadi-jadi. Begitu juga dengan budaya berhutang untuk mengadakan majlis pertunangan atau perkahwinan. Para selebriti menjadi model muda mudi masakini. Bila ditanya berapa ada dalam bank, masing-masing geleng kepala. Jadi perkataan aset atau harta memerlukan sedikit analisis.

Terdapat beberapa kelas aset, antaranya, wang tunai sama ada di tangan atau tersimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap (fixed deposit) atau akaun simpanan (saving account); saham syarikat; rumah atau rumah kedai; emas atau perak; batu bernilai seperti zamrud; logam; barangan antik seperti lukisan ("ingat tak bagaimana MAS telah membeli lukisan yang bernilai juta ringgit") dan tanah sama ada kosong atau diusahakan.


Dari segi perundangan terdapat beberapa cara seseorang individu itu dikira tuan empunya sesuatu harta atau aset. Pertama ialah dengan membuktikan yang aset itu dibeli atas namanya sendiri. Dengan kata lain, pada surat jualbeli tertera namanya. Contohnya, jika aset itu melibatkan tanah, maka pada geran tanah itu tertera nama dan nombor kad pengenalannya. Pasal tanah, kita akan ulas kemudian. Contoh lain ialah geran kereta. Jika tiada lagi hutang bank maka setelah proses pindah milik selesai, akan dibatalkan hak milik dituntut oleh bank berkenaan. Jika kereta berkenaan dibeli dengan cara tunai, maka pemilik kereta tersebut adalah si fulan (fulanah) bin (binti) si fulan (fulanah). Jika ia masih berhutang dengan bank, pada geran kereta itu dicetak nama bank berkenaan atau dicop " hak milik dituntut oleh Bank ABC".

Cara kedua seseorang itu masih dikira tuan empunya sesuatu aset ialah dengan menggunakan kaedah "nominees" atau penama. Nominee ini mungkin adik beradik atau orang lain. Hanya peguamcara yang terlibat sahaja yang tahu sesuatu aset itu hak milik individu berkenaan.
Cara ketiga ialah dengan menggunakan proksi. Cara ini banyak dilakukan oleh orang korporat dan ahli politik untuk mengelak dari diketahui oleh pihak-pihak tertentu tentang harta pemilikan mereka.

Bagi pemegang amanah ( trust) dan pemegang surat kuasa ( Power of Attorney ), pemilikan sesuatu aset atau harta tertakluk kepada beberapa perkara.

Aset atau harta yang berbentuk wang ringgit, emas, dan barang kemas lebih mudah untuk disembunyikan dari pengetahuan umum dengan cara menyimpannya di luar negara (off shore). Bank Swiss merupakan suatu tempat popular untuk menyimpan harta di luar negara. Penggunaan kod rahsia dan darjah kerahsiaan yang tinggi menyebabkan Switzerland pilihan utama mengapa ramai menyimpan wang di sana. Ada orang kaya yang membeli hartanah dalam bentuk hotel atau tanah di luar negara. Seorang kawan kita yang bergelar Tan Sri telah ditangkap oleh pihak berkuasa Australia di Brisbane kerana membawa beg yang berisi wang tunai berjuta ringgit kononnya untuk membeli harta di Gold Coast, Queensland beberapa tahun yang lalu. Kini kawan kita ni sedang naik balik di persada politik tanahair.

Bagimana pula pemantauan penambahan harta atau aset seseorang wakil rakyat dibuat? Apakah mekanisme yang akan digunapakai bagi memastikan tiada proksi, nominee dan friendly party terlibat dalam pengumpulan aset berkenaan? Jika terdapat pengurangan aset setelah menjadi wakil rakyat, apa pula tindakan selanjutnya dalam kes ini? Adakah pampasan akan diberi kepada beliau bagi menggantikan kehilangan aset beliau setelah menjadi wakil rakyat?

Keratan akhbar di atas memperlihatkan bagaimana Perdana Menteri kita memandang serius masalah rasuah. Namun, wakil rakyat yang pernah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas terdapatnya unsur-unsur atau kes rasuah ke atas mereka masih bebas malah diberi amanah untuk memimpin kementerian dan jabatan dalam Kabinet yang baru dilantik. Bagaimana para pegawai BPR hendak menyiasat seorang Menteri atau Timbalannya yang disyakki menerima rasuah dalam satu-satu jabatan atau kementerian jika BPR sendiri diletak di bawah jabatan berkenaan. Secara logiknya tidak BOLEH. Sebagai contoh, seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah disyakki terlibat dengan rasuah dalam pemberian permit teksi beberapa tahun yang lalu. Apabila disiasat oleh pegawai BPR, Menteri berkenaan boleh jawab yang beliau ialah BOS dan mempertikaikan pangkat serta gaji pegawai BPR yang menyiasat. Tuhan telah menunjukkan "kebenaran" kepada rakyat bagaimana menteri berkenaan telah kehilangan barang kemas serta wang tunai bernilai ratusan ribu ringgit apabila "safe" telah dicuri orang. Jadi, Badan Pencegah Rasuah harus bebas dari mana-mana Kementerian atau Jabatan agar stafnya dapat berkhidmat tanpa sebarang masalah. BPR seharusnya diurustadbir oleh Parlimen sendiri. Kadangkala Suruhanjayapun tak sebebas yang kita sangka. Soalan Cepu emas? Suruhanjaya manakah yang mengendalikan Pilihanraya di negara kita? Lima saat dari sekarang.

Pembuat polisi seperti ketua jabatan, pembuat keputusan seperti Menteri, timbalannya, ketua setiausaha, Yang Arif Para Hakim di semua peringkat dan yang seumpama dengannya akan sentiasa terdedah dan tercabar untuk menerima rasuah. Siapakah yang akan mengawasi tindak tanduk dan gerak geri mereka di pejabat, di padang golf, di hotel luar negara dan sebagainya? POLIS ? BPR ? Perdana Menteri sendiri? BUKAN, tetapi para MALAIKAT, Rokib dan Atid. Itupun jika mereka beriman dan percaya kepada yang ghaib serta hari pembalasan. Bagaimana kita hendak meningkatkan kesedaran pihak yang diberi amanah atau berwajib ? Pasang CCTV di semua tempat seperti pejabat, dalam kereta, bilik mesyuarat dan sebagainya? Atau setiap ketua jabatan, setiausahanya, menteri dan timbalan, dan sesiapa sahaja yang membuat keputusan dibekalkan microfon kawalan jauh (remote control microphone) bagi tujuan memantau perbualan serta percakapan mereka? Pasang satu P.I (private investigator) atau SB (special branch/ polis cawangan khas) bagi setiap individu yang terlibat? Habis, siapa pula yang memantau dan mengawasi SB dan PI?

YAB Perdana Menteri Malaysia, dicadangkan di kesempatan ini, agar program bina insan, bina syakhsiah, kollokium kefahaman Islam, Qiamulail dan sebagainya diwajibkan kepada Pak Menteri dan Mak Menteri serta timbalan mereka yang beragama Islam secara berkala dan berterusan, tiada pengecualian. Bagi menteri atau timbalannya yang Muslim tetapi tidak lagi mahu beriman, diwajibkan dia bertaubat dan menjalani program intensif pemurnian AQIDAH. SSebenarnya, APA PILIHAN KITA SEBAGAI MUSLIM? Orang NON MUSLIM ketawa kat kita tengok perangai orang Islam. Apa yang hendak dibanggakan tentang Addin Islam sebagai satu cara hidup jika penganut agama lain lebih berakhlak dan berperibadi mulia dari kita yang mengaku Umat Muhammad S.a.w.

Jika kita bercakap mengenai modal insan (human capital), kita tak boleh lari dari menyentuh aspek role modelling, immitation, copy cat, walk the talk (cakap serupa bikin), paradigma, persepsi, perubahan (change) kognitif serta mental-emosi, pengukuhan (reinforcement), perlakuan/gelagat dan seterusnya. Kita tidak diam dalam vakum (vacuum). Pelajar sekolah disarankan agar berdisiplin, berjati diri, berakhlak mulia dan sebagainya. Waktu yang sama, pelajar-pelajar ini tidak nampak, tidak terbaca, tidak terdengar melainkan perilaku dan gelagaat para pemimpin negara kita. Nak jadi hipokrit ke kita ni. Semoga Allah melindungi kita dari yang demikian. Dipohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa dan tulisan ini menyinggung perasaan pembaca.

Comments :

0 comments to “ISYTIHAR HARTA: APA, DI MANA, KENAPA, BAGAIMANA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com