Pray For MH370

Pray For MH370

PENYEBAB UTAMA KEMASUKAN KE HOSPITAL KKM 2006

Statistik di atas diperolehi dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia. Walaupun ia tidak kemaskini untuk tahun 2007, namun kita boleh membuat rumusan dan mengambil pengajaran
darinya. Setelah diterjemah ke dalam bahasa melayu, berikut adalah hasilnya.


10 PENYEBAB UTAMA KEMASUKAN KE HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TAHUN 2006

1. KELAHIRAN BIASA.........................14.91%
2. KOMPLIKASI KEHAMILAN, KELAHIRAN DAN MASA PANTANG..12.39%
3. KEMALANGAN ......9.11%
4. PENYAKIT SISTEM PERNAFASAN........7.30%
5. PENYAKIT SISTEM PENGALIRAN DARAH....7.26%
6. KEADAAN YANG TIMBUL MASA PERINATAL...6.57%
7. PENYAKIT SISTEM PENGHADZAMAN.....5.20%
8. PENYAKIT SISTEM URINARI (KENCING).......3.74%
9. KEADAAN YANG TIDAK JELAS/ DIAGNOSIS TAK PASTI..3.43%
10.KANSER...........3.13%
( SEMUA SEBAB 1,905,089 ) 100.00%

Dari statistik di atas, kita dapati kelahiran biasa merupakan penyebab utama kemasukan ke wad hospital Kementerian Kesihatan pada tahun 2006 iatu sebaanyak 15%. Kelahiran biasa adalah diagnosis yang dibuat setelah proses kelahiran atau bersalin berlaku, ibu serta anak berada dalam kedaan sihat dan mungkin keluar hospital beberapa hari kemudian. Sebelum dari itu kita tidak dapat menjangkakan seratus peratus pasti yang suatu kelahiran itu akan normal. Ibu mengandung dan keluarga haruslah mengambil langkah proaktif meskipun pemeriksaan antenatal tidak signifikan. Tidak hairanlah jika penyebab kedua kemasukan ke hospital KKM ialah komplikasi kehamilan, kelahiran dan masa pantang 24 jam setelah bersalin. Jika kita gabungkan kedua-dua penyebab di atas, kita akan dapati peratusnya ialah 27% iaitu hampir satu perempat ke masukan ke hospital ialah perihal kehamilan dan kelahiran.

Jika kita gabungkan dengan penyebab keenam iaitu kedaan yang timbul semasa perinatal period (iaitu tempoh sekitar seminggu selepas kelahiran), jumlahnya menjadi
34% iaitu satu pertiga. Maka dari data ini Kerajaan harus menyediakan lebih banyak lagi kemudahan bersalin seperti wad, katil dan peralatan yang berkaitan dengannya. Latihan dan kursus untuk kakitangan seperti doktor, paramedik serta jururawat hendaklah dipertingkatkan. Peruntukan kewangan mestilah ditambah bagi menampung perbelanjaan menyediakan segala kemudahan di atas.

Penyebab ketiga kemasukan ke hospital KKM ialah kemalangan, lazimnya kemalangan jalan raya. Segala usaha dan langkah pencegahan harus diambil bagi mengurangkan jumlah kemalangan serta darjah keseriusan kemalangan jika tidak dapat dielak dari berlaku. Perbincangan ini telah kita buat beberapa minggu yang lalu. Sila rujuk posting berjudul "hujan menjadi faktor penentu..."

Comments :

0 comments to “PENYEBAB UTAMA KEMASUKAN KE HOSPITAL KKM 2006”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com