Pray For MH370

Pray For MH370

BAHANG DAN BAHANA KENAIKAN HARGA MINYAK KIAN TERASA

Dalam satu majlis dialog anjuran "Selangor State Investment Centre Bhd" yang telah diadakan pada 1 hb Julai 2008, pihak pengusaha industri telah menyuarakan kebimbangan akan gulung tikar, paling tidakpun menanggung kerugian dengan kenaikan harga bahan api yang mendadak.


Peserta dialog antaranya ialah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor, Dataran Usahawan Selangor, Dewan Perniagaan India Malaysia Selangor, Perniagaan Industri Desa Cawangan Selangor, Malaysia Automative As
sociation, Persatuan Pengilang-Pengilang Telok Gong dan MIDA Selangor.

Pengusaha Industri Mula Rasai Kesan Kenaikan Harga Minyak



Noor Allia Kassim

Suara Selangor maju

SHAH ALAM, 1 Julai - Kenaikan harga minyak petrol yang berkuatkuasa 4 Jun lalu mula memberi kesan kepada pengusaha industri di negeri ini.

Pengusaha terbabit termasuk dari sektor kecil dan sederhana mendapati kenaikan itu juga menjejaskan perniagaan mereka.

"Mereka mula mendapati kejatuhan urusniaga walaupun mereka sudah menjangkakan, tetapi mereka juga khuatir jika keadaan ini berterusan mungkin ramai pengusaha dan peniaga terpaksa bukan saja menanggung kerugian tetapi mungkin tidak dapat beroperasi," kata Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan sesi dialog bersama pengusaha dan persatuan industri di Bilik Mesyuarat Kekwa, Bangunan SSAAS dekat sini petang tadi.

Turut serta antaranya Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor, Dataran Usahawan Selangor, Dewan Perniagaan India Malaysia Selangor, Dewan Perniagaan Industri Desa Cawangan Selangor, Malaysia Automative Association, Persatuan Pengilang-Pengilang Telok Gong dan MIDA Selangor.

Antara rintihan yang dikemukakan pengusaha terbabit ialah semakin kurangnya pelanggan di restoran-restoran, semakin kurang orang membeli produk atau mendapatkan sesuatu perkhidmatan.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri menerima pandangan dan rintihan yang dikemukakan pengusaha itu dan akan turut menyampaikan perkara itu kepada kerajaan pusat.

Antara yang dicadangkan beliau ialah pengusaha terbabit membuat cadangan kepada Unit Perancang Ekonomi di peringkat pusat bagi memastikan kenaikan harga minyak dibuat secara berperingkat.

Kerajaan negeri juga akan melihat jenis-jenis pertolongan yang sesuai bagi membantu pengusaha terbabit meneruskan perniagaan.

"Mereka ini berfikiran positif dan apa yang mereka mahukan ialah kerajaan Malaysia dapat bersama-sama mereka meningkatkan ekonomi," katanya.

Comments :

0 comments to “BAHANG DAN BAHANA KENAIKAN HARGA MINYAK KIAN TERASA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com