Pray For MH370

Pray For MH370

DSAI ENGGAN UNTUK UJIAN DNA


Apakah alasan DSAI untuk menolak ujian DNA dilakukan ke atas beliau ?

Saya ada alasan kukuh tolak ujian DNA: Anwar

SUMBER SINAR HARIAN


Menurutnya, dia menolak untuk melakukan ujian itu berdasarkan nasihat peguamnya dan melalui pakar DNA dari dalam dan luar Negara bagi memastikan tiada unsur penipuan yang boleh dilakukan oleh pihak pendakwa.

“Saya mempunyai sebab yang kukuh kenapa saya tidak menjalani ujian DNA pada malam tadi (semalam) di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan saya mempunyai hak untuk tidak mengikut arahan tersebut," katanya.

Katanya untuk dia melakukan ujian tersebut walhal mereka (pihak hospital) masih memilikinya.

“Mereka sudah memiliki DNA saya dalam kes sama yang disabitkan ke atas diri saya pada tahun 1998,” katanya dalam sidang media di rumahnya di Bukit Segambut semalam.

Tambahnya, dia telah dibawa ke HKL pada malam kelmarin untuk melakukan ujian DNA tetapi menolaknya dan hanya membuat pemeriksaan ke atas tulang belakangnya yang sakit oleh pasukan perubatan.

Menurut Anwar, dia khuatir sekiranya ujian DNA dilakukan, keputusan ujian tersebut akan dimanipulasi oleh individu-individu tertentu untuk menyabitkan kesalahan tersebut.

“Saya tidak percaya pada individu-individu yang mengetuai siasatan dalam tuduhan yang disabitkan ke atas saya pada tahun 1998.

“Individu tersebut sekarang ini memainkan peranan yang penting dalam penyiasatan ke atas saya iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dan SAC Rodwan,” katanya.

Anwar juga mendakwa dia mempunyai bukti yang kukuh terhadap Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Ghani Patail dalam pemalsuan bukti semasa kesnya pada tahun 1998 dan siasatan ke atas mereka masih dijalankan oleh pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Jelasnya, dia juga mendakwa sekiranya pihak berkenaan memperoleh DNAnya, perkara yang tidak benar boleh terjadi memandangkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan masih berada dalam perlindungan polis.

Menurutnya lagi, sehingga kini pihak polis masih tidak menunjukkan kepadanya laporan polis yang dibuat oleh Saiful ke atas dirinya dan itu telah menimbulkan keraguan di pihak Anwar yang bimbang akan kemungkinan laporan tersebut dipinda.

Comments :

0 comments to “DSAI ENGGAN UNTUK UJIAN DNA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com