Pray For MH370

Pray For MH370

KISAH PROTON V6 IBARAT MEMBUKA PEKUNG DI DADA

Kisah Pak Pandir dan Mak Andir agak melucukan tetapi kadang-kadang menyedihkan. Itu cerita zaman dahulu kala. Di era siber dan globalisasi kini, kisah yang sama diceritakan kepada budak sekolah rendah, mereka akan kata "membodohkan" serta "menyesatkan".

Ahmad Said sepatutnya tidak mendedahkan secara terang-terang kelemahan kereta PROTON khususnya proton V6. Ini kerana pihak "musuh" , pesaing dan bakal pelanggan luar negara akan menggunakan hujah di atas untuk memburuk-burukkan kereta buatan tempatan.

Sepatutnya beliau terus terang menyatakan pihak kerajaan terdahulu tidak kisah kos atau jumlah tuntutan perkhidmatan menservis kereta milik kerajaan negeri. ("money no problem") Pakai bayar saja.Lagipun mereka bukan orang lain, "kroni UMNO" juga. Jadi duit tak pergi ke mana. "Kuah tumpah ke dulang".

Pihak kerajaan tidak peduli sama ada nak tukar alat ganti "besi buruk", barang terpakai atau ciplak. Pihak kerajaan tak pernah nak audit kerja-kerja yang dibuat oleh kontraktor. Pihak kerajaan tak pernah terfikir nak tukar kontraktor lain selain kontraktor kroni.



Kos senggara mahal Kerajaan Terengganu bayar RM175,229.97 servis sebuah Perdana V6

Oleh NOR AZIAH JAAFAR utusanonline


KUALA TERENGGANU 22 Julai – Kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive yang dibayar oleh kerajaan Terengganu pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Menteri Besar di sini hari ini, ia merupakan kos tertinggi yang terpaksa dibayar oleh kerajaan negeri untuk servis sebuah kereta model itu sejak tahun 2004 hingga sekarang.

Harga sebuah kereta Perdana V6 Executive dianggarkan dalam lingkungan RM130,000.

“Kerajaan Terengganu tidak mampu lagi membiayai kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive.

“Sekiranya diperlukan, kerajaan negeri sedia mengemukakan bukti terperinci kos penyenggaraan dan kerosakan sejak mula Proton Perdana V6 Executive digunakan sebagai kereta rasmi,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah memberitahu Utusan Malaysia, semua kereta Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu dibeli terus daripada syarikat pengedar kereta Edaran Otomobil Nasional (EON).

“Penyenggaraan kereta-kereta itu terbuka untuk dilakukan di mana-mana bengkel kerana tidak semua daerah di Terengganu mempunyai pusat servis Proton,” katanya.

Menurut kenyataan pejabat Menteri Besar, pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 sedia ada selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II).

Pekeliling itu mensyaratkan penggunaan kenderaan rasmi hanya terdiri kenderaan buatan tempatan atau dipasang dalam negara (CKD). Kenyataan itu menyebut, penggunaan Mercedes E200 Kompressor memenuhi syarat berkenaan kerana model CKD itu dipasang di kilang di Pekan, Pahang.

Kerajaan negeri baru-baru ini telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.

Pembelian itu dipertahankan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang menjadikan kualiti kereta keluaran Proton sebagai alasan pembelian tersebut.

Kereta-kereta Mercedes itu bakal digunakan oleh Menteri Besar, Exco dan para pegawai kanan kerajaan negeri.

Walaupun setiap satu kereta Mercedes tersebut dibeli pada harga RM245,000 yang dikatakan lebih murah daripada harga pasaran, namun banyak pihak mengecam kerajaan Terengganu yang membuat pembelian berkenaan kerana ia bertentangan dengan arahan kerajaan Pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.

“Pembelian kereta Mercedes ini adalah telus serta wajar dan tidak sekali-kali menggunakan wang royalti minyak. Kewajaran pembeliannya adalah berdasarkan kelasakan serta kos penyenggaraan yang rendah,” ujar kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan negeri berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan Mercedes E200 Kompressor.

Keselamatan, katanya, merupakan perkara yang penting memandangkan Exco dan pegawai kanan yang menggunakan kereta itu merupakan eksekutif tertinggi dalam kerajaan negeri yang keselamatan mereka perlu diutamakan.

“Menteri Besar sendiri masih menggunakan kereta Mercedes sedia ada bernombor pendaftaran TAR 567 yang berusia 18 tahun,” tambah kenyataan itu.
Selain itu, kerajaan negeri juga membuat keputusan pembelian itu dengan mengambil kira kenaikan harga minyak petrol dan nilai terpakai yang tinggi dalam pembelian kereta berkenaan.



KUALA TERENGGANU 22 Julai – Rata-rata rakyat Terengganu terkejut dengan tindakan kerajaan negeri membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi Exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri.

SUNGAI PETANI 22 Julai - Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mendakwa kenderaan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan anggota Exco dan pegawai kanan sekarang sering menghadapi masalah kerosakan kotak gear dan cakera brek.

KUALA LUMPUR 22 Julai - Semua pihak diminta tidak terus mempertikaikan isu pembelian 14 Mercedes E200 Kompressor oleh kerajaan negeri Terengganu.

Comments :

0 comments to “KISAH PROTON V6 IBARAT MEMBUKA PEKUNG DI DADA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com