Pray For MH370

Pray For MH370

BUKTI KESUNGGUHAN PAS DALAM PR


Inilah adalah salah satu bukti kesungguhan dan keikhlasan PAS dalam menjayakan Pakatan Rakyat. Justeru janganlah hendaknya terdapat ahli PAS yang masih meragui, bersikap skeptikal, mempersoalkan sama ada syraie atau tidak kerjasama ini. Diharap percakapan di kedai-kedai kopi serta penulisan di blog tentang hubungan PAS serta kerjasama yang sedia erat di kalangan parti komponen PR hendaklah positif sehingga terbukti sebaliknya. Tahalluf syiasi serta sebarang bentuk perjanjian dihormati dan dipelihara.

*Mustafa Ali akui faham teguran Mursyidul Am
*Mustafa Ali, Nik Aziz mend fences

Harakahdaily/ BERNAMA

Mustafa Ali akui faham teguran Mursyidul Am

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustapa Ali menjelaskan faham segala teguran Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadapnya baru-baru ini.

"Jadi apa sebab Tok Guru tegur saya itu saya fahamlah. Dan selepas itu saya ambil sikap tidak jawab Tok Guru. Saya sebagai anak, Tok Guru boleh panggil saya pada bila-bila masa sahaja. ,

"Jadi saya terus terang apabila keluar dalam Harakah kata Tok Guru tegur saya itu sebenarnya saya sudah menghantar mesej kepada Setiausaha Politiknya, Haji Annual Bakri Haron.

"Saya kata sampaikan terima kasih saya kepada Tok Guru. Jadi rasanya ada sesuatu yang Tok Guru tegur saya dan saya sendiri rasa tidak jelas. Jadi hari ini jelaslah," katanya kepada media selepas pertemuan dengan Menteri Kelantan di JKR 10, hari ini.

Baru-baru ini dalam wawancara ekslusif bersama Harakah, Mustafa yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat mendakwa pertukaran kerajaan pada 16 September tidak menjadi kenyataan.

Ekoran itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegur kenyataan tersebut kerana dianggap bertentangan dengan keputusan yang dicapai pada muktamar di Ipoh Ogos lalu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata, beliau tidak boleh hendak cerita apa dimaksudkan jelas itu.

"Sebagai anak saya kena mari. Jadi apa yang diterangkan Tok Guru saya fahamlah. Bagi saya sekarang sudah tidak ada apalah.

"Dan InsyaAllah seterusnya tidak ada apa. Saya puas hati dan faham apa hasil pertemuan tadi," katanya.

Menurutnya beliau dan Tok Guru sebagai ayah dan anak dan hubungan di antara ayah dengan anak.

"Hubungan ayah dengan anak kadang-kadang ada benda-benda kecil, sebab ayah rasa dia hendak tegur dia tegur.

"Dan sebagai anak apabila kena kena tegur kadang-kadang ada rasa hendak cakap atau lagu mana ke... itu sudah menjadi perkara biasa," ujarnya.

Beliau menjelaskan isu itu bermula ada hubung kait interview khasnya yang disiarkan Harakah sebelum ini. Image

"Jadi tidak berbangkit dengan mana-mana isu lain dan ia hanya ada kaitan dengan interview saya dalam Harakah sahaja. Saya hormat Tok Guru macam ayah saya," katanya.

Oleh itu beliau menolak andaian yang menyebut PAS dilanda krisis.

"Bukan krisis sebagaimana diperkatakan. Kita akui ada perbezaan pendapat itu dan bukan krisis. Tok Guru akan tegur semua," katanya.

Manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, isu itu seumpama kiambang bertaut bagi merapatkan hubungan kepemimpinan PAS.

Mustafa Ali, Nik Aziz mend fences



KOTA BARU (Sept 18, 2008) : Terengganu PAS Commissioner Datuk Mustafa Ali and Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat have resolved their differences over the current political development.

Mustafa said he clarified his statement, which was published by Harakah, PAS' official newspaper, to Nik Aziz when he called on the PAS spiritual leader at the latter's official residence here today.

He said Nik Aziz accepted his explanation and the meeting had diffused the so-called quagmire in PAS, with both agreeing to settle their differences amicably.

Denying that PAS was facing an internal crisis, he said the differences in opinions would not affect harmony in the party.

"Actually, PAS is not facing any crisis. We admit that there are differences of opinions but not a crisis. It was resolved today...both parties have understood it, there is no problem," he told reporters after the meeting which was called by Nik Aziz.

Mustafa was quoted as saying that Pakatan Rakyat's plan to form a new government on Sept 16, as announced by Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim, would not happen due to technical factors and the political reality.

In his response, Nik Aziz took Mustafa to task by likening the statement to an 'Umno mouthpiece' which ran contrary to the Muktamar PAS and Syura Council's decisions to strengthen the Pakatan Rakyat.

Meanwhile, Nik Aziz said PAS was watching closely the current political scenario with the possibility of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi handing over the reins to his deputy, Datuk Seri Najib Tun Razak, earlier than the transition plan in 2010. ,/span>

Comments :

0 comments to “BUKTI KESUNGGUHAN PAS DALAM PR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com